Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

ATM terbang tinggi

View previous topic View next topic Go down

ATM terbang tinggi

Post by Park Deen on Wed Oct 03, 2012 3:52 am

ATM terbang tinggi (Kosmo)



Laporan NAN HIDAYAT NAN AZMIE, KHAIRI MOHAMAD, SYED ZULKARNAIN SYED ALI,
AHMAD FAZLI MOHD. YADI
dan ZULHILMI JALIL
sukan@kosmo.com.my


PENYERANG ATM, Hairuddin Omar (kiri)
cuba dihalang pertahanan Negeri Sembilan pada aksi suku akhir kedua di
Paroi malam tadi. ATM menang 3-1 untuk melangkah ke separuh akhir.




EGO penyandang juara, Negeri Sembilan akhirnya dirobek pasukan
berstatus kelab, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setelah kecundang 1-3
dalam aksi suku akhir kedua kempen Piala Malaysia di Stadium Tuanku
Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Dengan keputusan itu, skuad kendalian B. Sathianathan melangkah penuh
bergaya ke separuh akhir menerusi agregat 6-3 setelah terlebih dahulu
menang selesa dalam suku akhir pertama sebelum ini.

Sang Rusa terlebih dahulu di depan seawal minit keempat menerusi
jaringan Mohd Alif Shamsudin sebelum Aidil Zafuan Razak menyamakan
kedudukan buat ATM kira-kira lima minit kemudian.

Penyerang import ATM, Marlon Alex James akhirnya muncul ‘duri dalam
daging’ pasukan tuan rumah apabila meledak dua lagi gol pada minit ke-42
dan 57.

Di Stadium Shah Alam, Selangor memastikan ‘Misi 33’ terus membara
apabila menjinakkan Johor FC 2-1, sekali gus mara dengan agregat 5-2.

Pemain pinjaman Gergasi Merah, S. Veenod berjaya membuka tirai
jaringan pada minit ke-28 sebelum Sang Lebah menyamakan kedudukan
menerusi Fernando Augusto pada minit ke-65.

Mohd. Fitri Shazwan akhirnya menjamin kemenangan mutlak tuan rumah apabila meledak gol kemenangan pada penghujung babak kedua.

Di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, juara Liga Super dan
Piala FA, Kelantan menepati ramalan awal muncul empat pasukan terbaik
kempen kali ini biarpun sekadar melakar keputusan seri 2-2 dengan Felda
United malam tadi.

Meskipun seri, The Red Warriors tetap layak menerusi agregat 4-3
selepas melakar kemenangan 2-1 dalam suku akhir pertama di Stadium Hang
Jebat, Melaka minggu lalu.

Malam tadi, keghairahan tuan rumah memburu gol awal akhirnya dihukum
pelawat apabila Mickael Antoine Curier tenang meletakkan skuad E.
Elavarasan di depan pada minit ke-42.

Skuad kendalian Bojan Hodak bertambah tertekan apabila penyerang
Felda United, Faderin Kadir berjaya menggandakan kelebihan pelawat pada
minit ke-53.

Kesungguhan Sang Kijang akhirnya berbaloi apabila Norfarhan Muhammad
berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-70 biarpun cuba dibantah
pemain Felda United yang mendakwa bola masih belum melepasi garisan gol.

Gol tersebut jelas membangkitkan semangat The Red Warriors sebelum
penyerang, Mohammad Ghaddar muncul penyelamat menerusi gol penyamaan
pada masa kecederaan, sekali gus memaksa Felda United ‘berputih mata’.

Di Stadium Jalan Besar, Singapura, dua gol ledakan kapten Lions XII,
Shahril Ishak pada minit ke-35 dan 79 berjaya memadam hasrat Pahang
untuk mara lebih jauh dalam kempen kali ini selepas akur dengan agregat
2-3.

Dalam aksi separuh akhir pertama Jumaat depan, Lions XII akan melayan
kunjungan ATM di stadium yang sama sementara Selangor berdepan tugas
getir melayan kunjungan Kelantan di Stadium Shah Alam sehari kemudian.

Aksi separuh akhir kedua pula dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12
Oktober depan sementara aksi final bakal berlangsung di Stadium
Nasional, Bukit Jalil pada 20 Oktober depan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum