Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

‘Saya dengan Rajagobal okey’

View previous topic View next topic Go down

‘Saya dengan Rajagobal okey’

Post by Park Deen on Tue Oct 02, 2012 9:27 am

‘Saya dengan Rajagobal okey’ (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
CERITA kononnya hubungan antara dua watak penting dalam skuad bola
sepak negara, Datuk K. Rajagobal dan Ong Kim Swee (gambar) yang
dikatakan ‘tersulam dingin’ sebelum ini ternyata tidak berasas.

Semalam, Kim Swee menegaskan, beliau sentiasa menghormati kredibiliti Rajagobal sebagai jurulatih skuad kebangsaan.

Sebelum ini, spekulasi itu dilihat rancak meniti di bibir segelintir
pemerhati bola sepak tempatan ekoran lima pemain Harimau Muda – Izham
Tarmizi Roslan, Gary Steven Robbat, Zubir Azmi, Mohd. Fadhli Shas dan
Wan Zack Haikal Wan Noor – dipanggil Rajagobal menyertai 33 pelatih lain
di Wisma FAM, Jumaat ini.

Ia sebagai persiapan awal Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong pada 16 Oktober depan.

Sedangkan pada masa sama, Kim Swee bersama Harimau Muda bakal
menggalas tanggungjawab mengharumkan nama negara pada Kejohanan Jemputan
Newspaper Cup di Vietnam selama lapan hari bermula 13 Oktober ini.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Kim Swee sebaliknya mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’ berhubung perkara itu.

“Hubungan saya dengan Datuk (Rajagobal) okey, tidak ada apa- apa masalah. Saya sentiasa menghormati beliau.

“Benda ini sebenarnya normal dan tidak perlu dijadikan isu. Saya pun ada memanggil khidmat skuad Harimau Muda B sebelum ini.

“Jadi, saya tidak tahu mengapa isu tersebut boleh timbul,” tegasnya kepada Kosmo! semalam.

Enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, Kim Swee berharap supaya isu tersebut tidak disensasikan mana-mana pihak.

Ketika ditanya sama ada isu tersebut bakal memberikan kesan terhadap
peluang pemain Harimau Muda menyarung jersi kebangsaan, Kim Swee
menegaskan: “Macam inilah, biar saya mengadakan pertemuan (dengan
Rajagobal) terlebih dahulu.

“Selagi belum berjumpa beliau, saya enggan mengeluarkan sebarang komen.”
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum