Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kareena enggan jawab isu peluk Islam

View previous topic View next topic Go down

Kareena enggan jawab isu peluk Islam

Post by Park Deen on Tue Oct 02, 2012 9:18 am

Kareena enggan jawab isu peluk Islam (Kosmo)





KAREENA KAPOOR dan Saif Ali Khan.




SEMAKIN dekat hari perkahwinannya pada 16 Oktober ini, Kareena Kapoor
terus menjadi buruan media di India. Selain persoalan tentang persiapan
kahwin dengan aktor Saif Ali Khan, Kareena juga dihimpit beberapa
soalan sensasi, termasuk isu adakah dia akan memeluk agama Islam selepas
menjadi isteri Saif.

Sewaktu diajukan persoalan tersebut, ternyata aktres yang ditemui
dalam satu majlis baru-baru ini dilihat kurang senang. Dengan tegas dia
yang dikhabarkan telah bersedia membawa nama Khan selepas berkahwin
berkata: "Ini adalah soalan yang salah (tukar agama). Saya tidak akan
menjawabnya."

Kareena merupakan penganut agama Hindu, sementara Saif merupakan
seorang Muslim. Bagaimanapun ada laporan yang mendakwa Saif tidak
memaksa Kareena untuk memeluk Islam selepas berkahwin.

Dalam pada itu, aktres berusia 32 tahun tersebut juga enggan menjawab
sebarang persoalan tentang majlis perkahwinannya. Katanya, biar majlis
itu berlangsung terlebih dahulu, baru dia akan memberi sebarang
kenyataan.

"Buat masa sekarang saya tak mahu bercakap apa-apa tentang majlis
tersebut. Apa yang saya tahu, saya akan memakai baju kahwin warna merah,
kerana ia warna kegemaran saya," ujarnya sebelum berlalu pergi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum