Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Khairul Fahmi Che Mat

View previous topic View next topic Go down

Khairul Fahmi Che Mat

Post by Karl on Fri Nov 04, 2011 10:52 am




Nama : Khairul Fahmi bin Che Mat

Tarikh Lahir : January 7, 1989

Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tinggi :1.71 m (5 ft 7 1⁄2 in)

Sukan : Bola Sepak

Posisi : Penjaga Gol

No. Jersi Kegemaran : 19

Pencapaian :-

  • Juara Piala AFF 2010
  • Juara Piala Malaysia 2010
  • Juara Piala Sumbangsih 2011
  • Juara liga Malaysia 2011
  • Naib Juara Piala FA 2011

Karl
co-Admin
co-Admin

Negeri:
Posts: 34
Points: 88
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Karl on Fri Nov 04, 2011 10:54 am

'Henti kritik saya'

Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bharian.com.my
2011/11/04



KHAIRUL Fahmi Che Mat


Tapi bagilah kritikan membina: Khairul Fahmi

KHAIRUL Fahmi Che Mat memohon kepada peminat bola sepak segera menghentikan kritikan ke atasnya kerana mahu memberi fokus 100 peratus membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta.

“Peminat boleh kritik tapi bagilah kritikan yang boleh membina semangat. Jika mahu terus mengkritik biarlah ia berkaitan prestasi di dalam padang.

“Bagi saya semua ini harus ditolak ke tepi. Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal lain dan hanya mahu fokus kepada Sukan SEA saja,” kata penjaga gol skuad negara itu, semalam selepas dipalit kontroversi baru membabitkan soal peribadinya, baru-baru ini.

Malaysia membuka tirai perlawanan Kumpulan A menentang pasukan tetangga, Singapura, Isnin ini.

Ketika sama dia tidak menganggap ia satu masalah baru dengan pelantikan Baddrol Bakhtiar selaku kapten pasukan ke Sukan SEA.

“Tidak ada sebarang masalah,” kata Apek yang menerima apa saja keputusan jurulatih, Ong Kim Swee.
Dia menambah: “Baddrol pemain lebih berpengalaman berbanding saya dan berhak diberi tugas ini.

“Bagi saya siapa dipilih kapten tak penting. Apa perlu dilakukan adalah beri komitmen penuh dan saya ajak rakan lain memberi kerjasama kepada Baddrol untuk pulang membawa pingat emas sekali lagi.”

--- Berita Harian

Karl
co-Admin
co-Admin

Negeri:
Posts: 34
Points: 88
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Park Deen on Fri Dec 02, 2011 2:57 pm

Hilang permata berharga jika Khairul bersara awal

JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menyifatkan Malaysia
akan kehilangan permata berharga jika penjaga gol nombor satu negara,
Khairul Fahmi Che Mat membuat keputusan bersara awal akibat kontroversi
melampau yang melanda dirinya.

Selaku antara individu yang cukup mengenali personaliti kapten skuad
Olimpik itu, beliau merayu semua pihak khususnya media tempatan
memberi ruang kepada Khairul Fahmi untuk memberi tumpuan kepada kerjaya
sebagai pemain bola sepak.

“Apek (Khairul Fahmi) baru berusia
22 tahun, dia masih muda dan tidak dapat lari daripada melakukan
kesilapan. Kita harus ingat dia banyak memberikan sumbangan besar kepada
negara.

“Sifat hasad dengki manusia memang ada, dengan statusnya seperti
‘superstar’, sudah pasti akan ada anasir luar yang cuba menjatuhkan dia.
“Kalau benar dia akan bersara awal selepas ini kerana tidak tahan
dengan masalah di luar padang, kita sendiri yang akan rugi. Dia pemain
berbakat dan mampu menjadi pengganti bekas penjaga gol negara sebelum
ini seperti Datuk R Arumugam (mendiang) dan Rashid Hassan,” kata Kim
Swee.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Arena
Metro semalam terhadap kenyataan Khairul Fahmi yang sebelum ini pernah
terfikir untuk bersara awal apabila dirinya sering kali dihimpit
kontroversi.

Terbaru membabitkan penyebaran lima keping
gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang tersebar menerusi beberapa
blog hiburan.Kim Swee turut meminta peminat terus memberi sokongan
kepada Khairul Fahmi dan tidak mudah terpedaya dengan laporan yang
dianggapnya tidak benar.

“Peminat jangan mudah terpengaruh sebaliknya teruslah beri sokongan
bukan saja kepada Apek tapi juga kepada pemain lain. Saya kenal Apek
sebagai pemain yang berdisiplin. Dia tidak pernah datang lewat ketika
sesi latihan dan sebagai kapten, dia dihormati rakan sepasukan,”
katanya.

Seperkara yang turut merisaukannya ketika ini adalah
bin tang baru, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang mula mendapat tumpuan
peminat dan media.

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Park Deen on Tue Dec 06, 2011 9:20 am

Harimau Muda A berlatih tanpa Khairul ........



Pasal dia balik Kota Bharu.Sedara dia meninggal....
Al Fatihah

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Park Deen on Thu Jan 26, 2012 7:28 am

Mana hilangnya Apek?
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my



KERJA KERAS...pemain skuad Olimpik berlatih di Wisma FAM, semalam.



KHAIRUL FAHMI...hilang.

KETIADAAN penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat pada sesi latihan
pusat skuad Olimpik negara semalam membingungkan jurulatih, Ong Kim
Swee.

Tanpa sebarang alasan, kelibat kapten negara itu tidak kelihatan
bersama 24 pemain lain yang dipanggil bagi persiapan menentang Bahrain
dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik London di Manama 5 Februari
depan.

Kim Swee yang terkejut dengan ketiadaan Khairul Fahmi bagaimanapun
enggan berbicara mengenai tindakan yang akan diambil kerana mahu memberi
peluang kepada pemain itu dan pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan
(Kafa) memberi penjelasan.

“Khairul Fahmi tidak melaporkan diri
dan saya tidak tahu kenapa dia tidak hadir. Dia dan Kafa tidak
memaklumkan apa-apa kepada saya setakat ini.

“Saya pelik adakah pihak persatuan tidak tahu mengenai perkara
ini sedangkan surat mengenai latihan pusat sudah dihantar pada 18
Januari lalu.

“Saya akan tunggu penjelasan mereka esok (hari ini) sebelum
memikirkan mengenai tindakan yang perlu diambil,” katanya yang ditemui
pemberita selepas tamat sesi latihan semalam.

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Park Deen on Tue Feb 14, 2012 9:36 am

Apek tidak tergugat

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
sukan@hmetro.com.my

PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui tidak tergugat
dengan pelbagai kontroversi dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini dan
akan memastikan gawang The Red Warrios tidak dibolosi ketika berdepan
Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil,
malam ini.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek berkata, dia sudah
lali dengan kontroversi dan tidak pernah membawa masalah peribadi ke
padang ketika beraksi dalam kejohanan antarabangsa mahupun liga
tempatan.

“Saya akan pastikan segala perkara yang tiada kaitan
dengan bola sepak ditinggalkan di luar padang sebelum perlawanan
bermula dan sentiasa berdoa supaya berjaya membantu pasukan.

“Untuk perlawanan dengan Selangor, saya harap Kelantan berjaya
mengutip tiga mata di tempat lawan,” katanya ketika ditemui selepas sesi
latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.

Menurut
Khairul Fahmi, kontroversi itu tidak pernah mematahkan semangatnya
untuk terus berjaya dalam kerjaya sebagai penjaga gol nombor satu
negara, malah menganggap apa yang berlaku itu membantu mematangkannya.

“Walaupun
ada kalanya terkilan, saya kuatkan semangat untuk memberi persembahan
terbaik kepada pasukan kebangsaan dan negeri,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Peter James Butler berharap
anak buahnya mampu mengulangi kejayaan menewaskan Terengganu di Kota
Bharu, Sabtu lalu selain optimis Kelantan, mampu meraih kemenangan.

“Saya
harap kemenangan ke atas Terengganu akan menyuntik semangat pemain
mengekalkan rentak permainan dan yakin pemain mampu melakukan yang
terbaik,” katanya.

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum