Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Angelina Jolie versi Bollywood

View previous topic View next topic Go down

Angelina Jolie versi Bollywood

Post by Park Deen on Sat Sep 29, 2012 10:21 am

Angelina Jolie versi Bollywood (KOSMO)









PASANGAN kekasih terhangat Bollywood saat ini, aktres Kareena Kapoor
dan aktor Saif Ali Khan kini meraih label Brangelina versi Bollywood.

Brangelina merujuk kepada pasangan pelakon tersohor Hollywood, Brad
Pitt dan Angelina Jolie yang sudah bercinta dan bersekedudukan tanpa
sebarang ikatan pernikahan selama tujuh tahun.

Kareena dan Saif pula melakukan perkara yang sama sejak lima tahun yang lalu.

Tiada langsung perasaan malu dalam diri Kareena dilabelkan setaraf
pasangan Brangelina atau lebih tepat dirinya kini diumpamakan sebagai
Angelina Jolie versi Bollywood, khususnya daripada segi bersekedudukan
tanpa nikah dengan kekasih hati.

Kareena sebaliknya bersikap terbuka mengenai perkara tersebut.

Ia ekoran gosip tersebar sejak beberapa bulan lalu mengatakan dia dan Saif bakal berkahwin sekitar bulan Oktober ini.

Malah tarikh perkahwinan mereka iaitu pada 18 Oktober ini sudah
didedahkan kepada media baru-baru ini oleh ibu Saif sendiri iaitu aktres
veteran legenda Sharmila Tagore.

Namun khabarnya pula, tarikh itu ditunda ekoran Saif dikatakan sibuk dengan projek filem terbaharu lakonannya, Go Goa Gone.

Laporan-laporan akhbar di India sebelum ini juga telah mendedahkan
bahawa Saif sudah menghantar beberapa dokumen undang-undang di pejabat
pendaftaran Bandra, Mumbai, India pada 12 September lepas bagi
membolehkan dia mengahwini Kareena.

Mengikut undang-undang di India, bagi pasangan yang ingin berkahwin
mereka perlu menghantar borang berkaitan sekurang-kurangnya sebulan awal
bagi mendapatkan kebenaran perkahwinan.

Justeru, Kareena dan Saif dijangka akan berkahwin selepas 12 Oktober nanti.

Namun, kedua-dua Kareena dan Saif sehingga kini masih mengunci mulut mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka.

Kareena terutamanya, seumpama bermain teka-teki tentang perkara itu.

Ini kerana ketika ditemui wartawan di India dan ditanya mengenai
tarikh sebenar perkahwinan itu baru-baru ini, Kareena secara sinis
menegaskan bahawa dia sudah lama 'berkahwin' dengan Saif.

"Sudah lima tahun saya dan Saif tinggal bersama. Kami beli rumah dan
menghias rumah itu bersama-sama. Saya juga sudah jumpa keluarganya dan
semua orang tahu mengenai hal ini," ujarnya.

Jelasnya lagi, perkahwinan mereka cuma masih belum ada pengesahan di atas kertas dan mereka akan melakukannya tidak lama lagi.

"Ertinya saya sudah berkahwin dengan Saif dan menjadi Puan Saif Ali
Khan bukan suatu perkara baharu buat saya," ujar Kareena yang baru-baru
ini turut menerima ucapan tahniah daripada pasangan Brangelina berhubung
perkahwinan mereka itu.

Tambah Kareena, dia langsung tidak mempunyai masalah dengan anak-anak Saif daripada perkahwinannya terdahulu.

Hasil perkahwinan Saif bersama aktres Amrita Singh sebelum ini memperoleh dua anak iaitu Ibrahim dan Sarah.

Katanya: "Saya menyayangi kedua-dua Ibrahim dan Sarah seperti mana mereka menyayangi saya.



AKTRES jelita ini berjanji akan mengumumkan tentang tarikh sebenar perkahwinannya.



"Ibrahim dan Sarah juga hormati saya. Mereka sedang membesar dan Sarah kelihatan sangat cantik."

Isu tarikh perkahwinan Kareena dan Saif sebenarnya telah bertiup
kencang sejak tahun lepas lagi, apabila pasangan itu dikatakan akan
berkahwin pada bulan Februari atau Mac tahun tersebut.

Namun, mereka telah menundanya kerana ingin memberi tumpuan kepada
penggambaran filem, Agent Vinod yang melibatkan mereka sebagai pelakon
utama.

Sekarang ini timbul tarikh baharu pula. Kareena dan Saif dikatakan
akan berkahwin pada 16 Oktober ini, tetapi Kareena pantas menafikan
perkara berkenaan dengan berkata: "Sejak tahun 2009 sehingga kini, ramai
pihak membuat spekulasi sendiri mengenai tarikh perkahwinan kami."

"Jangan risau, jika kami benar-benar berkahwin, sudah pasti kami akan
mengumumkannya kepada media dan peminat semua," kata Kareena.

Walaupun sering diasak dengan pelbagai khabar angin mengenai tarikh
perkahwinannya, Kareena tetap memberi tumpuan utama terhadap kariernya.

"Saya perlu bersikap profesional dan tidak mudah melatah. Industri
hiburan pastinya mengundang pelbagai gosip dan anda perlu bijak
menanganinya," ujar Kareena.

Peluk Islam

Dalam perkembangan sama, setelah berkahwin nanti, Kareena dikatakan akan menukar namanya menjadi KKK atau Kareena Kapoor Khan.

"Saif tidak mahu saya mengubah apa-apa selepas berkahwin nanti
termasuklah nama saya, tetapi saya tetap akan menggunakan nama Kareena
Kapoor Khan," ujarnya.

"Ia cukup bermakna buat saya kerana mempunyai dua nama keluarga hebat
dalam industri perfileman Bollywood," katanya seperti dilaporkan Times
of India.

Ketika ditanya mengenai agama anutannya selepas berkahwin dengan
lelaki Muslim itu, Kareena yang beragama Hindu menjawab dalam nada
tegas: "Itu satu soalan yang salah. Saya tidak akan menjawabnya. Sebelum
ini media melaporkan bahawa Saif tidak akan memaksa bakal isterinya
untuk menukar agama asalnya."

Spekulasi kehamilan

Mengenai karier lakonannya pula, selepas muncul dengan filem pecah
panggung terbaharunya, Heroine, Kareena dikatakan menjadi pilihan
penerbit tersohor di Bollywood, Sanjay Leela Bhansali untuk watak utama
filem berjudul, Ram Leela.

Namun menurut laporan Times of India bertarikh 26 September
lepas, Kareena tidak akan membintangi filem itu kerana dia dikatakan
gagal memenuhi klausa kontrak lakonan untuk produksi filem di Bollywood.



KIRI: Kareena bersama
kakaknya, Karishma Kapoor dirakam semasa menghadiri sebuah majlis
hiburan di Mumbai pada 14 September lalu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum