Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kim Swee buka 'buku' baharu

View previous topic View next topic Go down

Kim Swee buka 'buku' baharu

Post by Park Deen on Sat Sep 29, 2012 9:51 am

Kim Swee buka 'buku' baharu (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


THAMIL Arasu (depan) meletakkan Harimau Muda di depan sebelum perlawanan dihentikan.




BENAR kata orang, barang yang lepas usah dikenang.Malam kelmarin,
skuad Harimau Muda kempunan meneruskan momentum kemenangan selepas aksi
menentang Balestier Khalsa dalam saingan Liga Singapura (Liga S) di
Stadium Yishun terpaksa ditangguhkan gara-gara hujan lebat.

Biarpun selesa mendahului 1-0 hasil jaringan tunggal penyerang, A.
Thamil Arasu menerusi sepakan penalti pada minit ke-12, anak-anak buah
Ong Kim Swee terpaksa akur dengan keputusan pengadil yang bertindak
menangguhkan perlawanan pada pertengahan babak kedua atas faktor
keselamatan.

Disebabkan itu, kedua-dua pasukan terpaksa mengharungi perlawanan ulangan di stadium yang sama pada 3 Oktober depan.

Begitupun, Kim Swee enggan fokus anak-anak buahnya terjejas dengan
situasi itu sambil menegaskan mereka perlu bersedia dari aspek mental
dan fizikal ketika berdepan Gombak United di stadium yang sama, malam
esok.

“Kecewa memanglah kecewa (apabila perlawanan ditangguhkan), tetapi
kami menghormati keputusan pengadil ekoran kilat sabung-menyabung selain
permukaan padang yang semakin licin.

“Jika diteruskan sehingga membahayakan nyawa pemain, sudah tentu
kedua-dua pasukan berdepan natijah yang lebih teruk,” katanya kepada
Kosmo! ketika dihubungi di Singapura semalam.

Selain aksi kedua-dua pasukan, pertembungan antara Geylang United dan
Gombak United dalam satu lagi aksi Liga S kelmarin juga ditangguhkan
gara-gara faktor cuaca. Geylang ketika itu sedang mendahului 1-0.

Kim Swee memberitahu: “Kami perlu membuka ‘buku’ baharu kerana aksi
berdepan Gombak United (malam esok) juga tidak kurang penting jika mahu
menamatkan saingan Liga S di tangga kelima musim ini.”

Selepas menentang Gombak United dan Balestier Khalsa, Harimau Muda
akan membuat perhitungan dengan Hougang United di tempat lawan pada 20
Oktober sebelum melayan kunjungan Geylang United empat hari selepas itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum