Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Mudarat air ketum sama seperti dadah

View previous topic View next topic Go down

Mudarat air ketum sama seperti dadah

Post by Park Deen on Fri Sep 28, 2012 3:56 am

Mudarat air ketum sama seperti dadah (Kosmo)





PIHAK polis giat melancarkan operasi
bagi membendung pengambilan air ketum yang berleluasa terutamanya dalam
kalangan pelajar-pelajar sekolah. - Gambar hiasan




PENAGIHAN dadah dalam kalangan anak muda kita semakin membimbangkan.
Munculnya pelbagai jenis dadah moden seperti ice, pil kuda, dan ekstasi
bukan sahaja menjadikan cara manusia menghisap dadah berubah, malah
menjadikannya merebak dengan begitu cepat.

Kini, di beberapa negeri di utara tanah air, muncul pula kegilaan
baharu masyarakat terhadap air ketum. Ia merupakan daun yang diambil
dari sejenis tumbuhan yang tumbuh secara melata di beberapa negeri utara
tanah air.

Daun ini kemudiannya direbus dan airnya diminum dengan anggapan bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit dan memulihkan tenaga.

Bagaimanapun, yang jarang disedari ialah simptom ketagihan bahan ini.
Adalah mustahil ia mampu mengubat penyakit atau memberikan kekuatan
jika penggunanya tidak boleh meninggalkannya sama sekali dan perlu
bergantung pula pada air ketum setiap hari.

Dalam keadaan seperti ini, air ketum tidak lagi mampu menjadi ubat,
sebaliknya sedang menjadi racun yang sedang merosak diri dan masyarakat.

Kesan ketagihan

Benar, kesan ketagihannya mungkin tidaklah sebesar penggunaan dadah
hingga menyebabkan ada yang mencuri atau melakukan jenayah lain.
Bagaimanapun, ada kesan sosial lain yang lebih buruk daripada penggunaan
dadah.

Tidak seperti penggunaan dadah, peminum air ketum ini terdiri
daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ia bukan hanya melibatkan anak
muda, malah orang dewasa.

Kalau penggunaan dadah biasanya melibatkan mereka yang dianggap
sebagai 'rosak akhlak', bagaimanapun peminum air ketum ialah ahli
masyarakat yang normal.

Mereka terlibat dengan aktiviti harian lain seperti bekerja, pergi ke
masjid dan terlibat dengan kegiatan kemasyarakatan seperti biasa. Dalam
erti kata yang lain, mereka ialah manusia budiman.



SESETENGAH pihak sengaja mencampurkan air ketum dengan bahan terlarang lain untuk menambahkan kesannya. - Gambar hiasan



Aktiviti meminum air ketum juga lebih terbuka. Ia diminum di rumah
ketika duduk bersantai dan dianggap hal biasa yang tidak merosakkan
masyarakat. Malah, dalam banyak keadaan, peminumnya memberi tanggapan
positif kononnya ia boleh menghilangkan pelbagai jenis penyakit
termasuklah kencing manis dan darah tinggi.

Hakikat yang jarang diselidiki ialah sejauh manakah air ketum ini memberikan kebaikan dibandingkan dengan keburukannya?

Mereka yang telah beberapa kali meminum air ketum biasanya berpotensi
untuk terus menjadi penggunanya. Pengguna yang cuba meninggalkannya
pula akan berasa mengantuk, tidak senang duduk, malah ada yang mengadu
mengalami cirit birit.

Simptom ini sebenarnya sama seperti yang dialami oleh penagih heroin
dan ubat batuk, malah penggunaan air ketum yang terlampau menyebabkan
kulit muka menjadi seperti terbakar dan kehitaman. Semua ini merupakan
kesan buruk yang biasanya tidak disedari oleh penggunanya.

Hakikat lain yang jarang difikirkan ialah penagihan air ketum ini
telah menyebabkan kesan sosial yang jauh lebih buruk malah, lebih buruk
daripada penggunaan dadah yang lain.

Begitupun, oleh kerana penggunanya ialah orang dewasa dan ada yang
'warak', maka mereka boleh memberikan pelbagai fatwa untuk menghalalkan
penggunaannya.

Ini menjadikan ia mampu berkembang dan merebak dengan cepat ke dalam
masyarakat. Bayangkan, kini penggunanya melibatkan pelajar sekolah
menengah pula.



ANAK-ANAK muda dikhuatiri terbiasa
dengan tabiat ketagihan dan sudah tidak mempunyai rasa takut pada orang
dewasa. - Gambar hiasan




Persepsi berubah

Ia tidak dianggap sebagai hal terlarang kerana golongan dewasa
sendiri telah menganggapnya secara positif. Sekiranya ada anak-anak
remaja yang menggunakannya, adakah golongan dewasa mampu memberikan
teguran kalau mereka sendiri penggunanya?

Sebenarnya inilah antara isu besar yang sedang melanda kita. Orang
dewasa yang menggunakan air ketum ini akan kehilangan 'pengaruh'
psikologikal untuk menegur dan membimbing anak-anak remaja sekiranya ada
yang terjebak dengan ketagihan air ketum.

Harus diingat, penagihan dadah biasanya berkembang daripada satu
tahap ke tahap yang lain. Bayangkan, sekiranya anak-anak ini kemudiannya
mula menjinakkan diri dengan dadah. Apakah yang boleh dilakukan oleh
orang dewasa untuk menegur mereka?

Bagaimana nanti sekiranya anak-anak ini mula bertanya apakah bezanya
mereka, 'ayah menagih air ketum, dan kami pula menagih ganja!'.

Inilah sebenarnya kesan buruk yang mungkin tidak disedari oleh
pengguna air ketum. Walau sebesar mana mitos positif mengenai air ketum,
ia sebenarnya lebih banyak mengundang kerosakan kepada masyarakat
berbanding kebaikannya.

Ia sedang menyumbang kepada beberapa kerosakan lain yang tidak
disedari. Mitos kehebatan air ketum hanyalah dongeng seperti yang juga
muncul dalam penggunaan dadah yang lain. Berhentilah, kalaupun bukan
untuk diri sendiri, tetapi untuk anak-anak kita yang kian membesar.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum