Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Impak beralih karier

View previous topic View next topic Go down

Impak beralih karier

Post by Park Deen on Fri Sep 28, 2012 3:53 am

Impak beralih karier (Kosmo)





AWIE mengakui pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan tidak disenangi golongan pelakon sedia ada pada ketika itu.




SEJAK dulu lagi sudah ramai penyanyi yang terjun ke dunia lakonan.
Populariti yang dimiliki memudahkan mereka menggalas peranan utama untuk
sesebuah drama atau filem walaupun ketika itu tahap lakonan masih lagi
setahun jagung.

Antara yang begitu menyerlah ketika dahulu ialah Jamal Abdillah
apabila dia ditawarkan peranan utama dalam filem Azura. Malah, atas
dasar populariti Jamal dan juga kehebatan filem romantik itu sendiri,
naskhah tersebut telah menjadi fenomena pada ketika itu.

Penerbit-penerbit yang memilih penyanyi untuk berlakon dalam filem
mereka mula tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan sehingga menimbulkan
rasa kurang senang dalam kalangan pelakon-pelakon tempatan.

Bagi penerbit-penerbit, dengan mempertaruhkan penyanyi sebagai
pelakon, ia mampu menarik peminat untuk menonton filem-filem keluaran
mereka. Namun, menjadi persoalan sejauh mana keberkesanan lakonan
penyanyi-penyanyi tersebut?

Ikuti pengalaman penyanyi Awie, Misha Omar dan Tomok mengenai pembabitan mereka dalam bidang lakonan.



AWIE mengakui pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan tidak disenangi golongan pelakon sedia ada pada ketika itu.



Awie pernah ditohmah

Bagi Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 44, lakonan
merupakan salah satu bidang seni yang ada dalam industri Malaysia dan
bagi dirinya tidak timbul masalah buat golongan penyanyi untuk mencuba
bakat sebagai pelakon.

Ulasnya, penyanyi yang menceburi dunia lakonan juga dapat
menguntungkan penerbit kerana populariti yang ada pada penyanyi itu
sendiri.

"Disebabkan itu, sekarang ramai penyanyi mendapat tawaran menjadi
pelakon. Secara tidak langsung, ia juga dapat memeriahkan lagi industri
seni tempatan," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Walaupun pada mulanya sekadar mencuba, kongsi Awie, selepas berlakon
dan mendapat pelbagai pengiktirafan, baru dia sedar bahawa sebenarnya
dirinya boleh berlakon dan bukan bersandarkan kepada populariti sebagai
penyanyi semata-mata.

Bercerita mengenai pembabitan dalam bidang lakonan, kata Awie, dia
mula menempa nama dalam bidang lakonan apabila mula berlakon dalam filem
terbitan Datuk Yusof Haslam iaitu Pemburu Bayang pada tahun 1993.

Namun, kehadirannya dalam bidang lakonan mula menyerlah apabila dia
membintangi filem Sembilu (1984) dan Sembilu II (1994). Menerusi filem
terbitan Skop Production Sdn. Bhd. itu, Awie berjaya merangkul trofi
Anugerah Skrin untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Ditanya filem lakonannya yang dilihatnya sebagai paling berjaya menjulang bakat lakonannya, kata Awie:

"Filem Merah terbitan syarikat Datuk M. Nasir iaitu Luncai Emas Sdn.
Bhd. membuka peluang buat saya untuk sukses dalam meraih pelbagai
anugerah."

"Pada Festival Filem Malaysia ke-13 (FFM13), manakala pada Anugerah
Skrin 1997 saya meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem," ujarnya
yang kini sukses dalam kedua-dua bidang.

Berkongsi cerita, kata Awie yang juga merupakan vokalis band rock
legenda, Wings, kehadirannya dalam seni lakonan pada mulanya tidak
disenangi pelakon-pelakon lain.

Ujarnya, dia pernah dikritik dan ditohmah kerana statusnya sebagai penyanyi, tetapi ingin menjadi pelakon pada ketika itu.

"Mungkin pelakon-pelakon ketika itu tidak puas hati apabila ramai
penyanyi yang jadi pelakon kerana takut periuk nasi mereka tertutup.
Sepatutnya perkara itu tidak perlu timbul. Saya tidak putus asa ketika
dikritik dan ditohmah, janji saya dapat mencuba bidang yang lain selain
menyanyi," luahnya.

Mengaku masih berada dalam tahap pembelajaran sebagai pelakon, kata
Awie yang juga terjun ke bidang teater melalui siri teater Cuci-Cuci The
Muzikal, sebagai pelakon, seseorang itu perlu mempelbagaikan watak,
berbanding stamina yang kuat untuk melontarkan vokal yang diperlukan
dalam bidang nyanyian.

Awie dalam pada itu, meletakkan sasaran tempoh lima tahun akan datang untuk menjadi seorang pengarah atau penerbit filem.



AWIE menegaskan cabaran dalam kerjaya lakonan adalah dia perlu berusaha menghidupkan pelbagai watak yang berlainan.



Misha cabar diri

Bagi penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar, kehadirannya dalam
bidang lakonan selepas sukses di lapangan seni suara adalah kerana ingin
mencabar diri.

"Lakonan pertama saya adalah menerusi filem terbitan Datuk Yusof
Haslam iaitu Gerak Khas The Movie 3. Dalam filem itu, saya cuma
membawakan watak pembantu. Peluang itu sebenarnya saya gunakan untuk
mencabar diri saya sebagai pelakon pula," tuturnya.

Selepas tawaran filem, sitkom dan telefilem, Misha akhirnya mulai jatuh cinta untuk terus serius sebagai pelakon.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 30, mengakui melalui
lakonan, dia dapat membina keyakinan diri yang tinggi dan boleh diguna
pakai di pentas nyanyian.

Ujarnya, bidang nyanyian dan lakonan juga saling berkait rapat
apabila dia perlu menghafal skrip lakonan. Ini kerana dalam masa yang
sama, dia juga perlu memahami lirik sesebuah lagu terutamanya dalam
menekankan maksud dan mood sesuatu perkataan.

Dia yang juga pernah membintangi filem Main-Main Cinta bersama Adam
AF mengakui pernah dikritik pada awal kemunculannya dalam bidang
lakonan.

"Memang saya akui ketika pertama kali berlakon dalam filem Gerak Khas
The Movie 3, saya kelihatan kaku. Malah, sehingga kini saya menerima
kritikan peminat menerusi Twitter mengenai lakonan saya itu jika filem
tersebut diulang tayang di kaca televisyen.

"Namun, saya belajar dan tunjukkan peningkatan dalam bidang lakonan
sama seperti bidang nyanyian. Mula-mula menyanyi dulu, saya akui tidak
begitu bagus. Sumbang sana dan sini. Malah, imej saya juga dikritik
peminat ketika itu, tetapi kita belajar dan tidak melakukan kesilapan
yang serupa," jelasnya.

Mengulas mengenai perbezaan kedua-dua bidang yang diceburinya, kata
Misha, bidang nyanyian perlukan bakat untuk menceburinya dan dia
bersyukur kerana dikurniakan bakat menyanyi.

Sebaliknya untuk bidang lakonan pula kata Misha, boleh diasah bakat
dan ia memerlukan masa untuk menjadikan lakonan lebih baik daripada yang
sebelum ini. Tegasnya, dia akan memastikan kedua-dua bidang yang
diceburinya berjaya dilakukan dengan sempurna.

Misha yang sinonim dengan watak-watak komedi dalam telemovie serta
drama menegaskan, dalam setahun dia hanya mengambil dua atau tiga projek
lakonan sahaja.

Malah, Misha yang juga pernah terbabit dalam teater Uda & Dara
tidak pernah meletakkan sasaran bila dia akan berhenti berlakon mahupun
menyanyi.

"Selagi peluang ada saya akan terus menyanyi dan berlakon, tetapi selepas berkahwin nanti saya juga kena fokus pada keluarga.

"Jika melibatkan penggambaran yang lama saya akan meminta pandangan
suami terlebih dahulu," jelasnya yang bakal bernikah pada tahun hadapan.



MISHA mengakui sehingga
kini, mutu lakonannya dalam produksi terbitan Yusof Haslam, Gerak Khas
The Movie 3 masih diperkatakan dalam kalangan peminat filem Melayu.



Tomok tidak akan mengalah

Bagi penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28,
filem pertamanya iaitu Mantera tidak mendapat kutipan tiket yang
memberangsangkan bukan disebabkan kegagalan lakonannya.

Jelasnya, banyak peminat yang memberi respons positif mengenai lakonannya.

"Bagi saya, percubaan pertama kali berlakon tidaklah gagal walaupun
filem Mantera tidak mendapat sambutan. Ini kerana, ramai peminat yang
memberikan komen positif dan menyukai lakonan saya," katanya.

Ditanya sama ada dia kecewa dan putus asa untuk terus berada dalam
bidang lakonan selepas kegagalan filem tersebut, ujarnya, dia tidak
kecewa dan tidak akan berputus asa.

Katanya, mungkin rezeki tidak menyebelahinya dan dia mengharapkan
untuk filem keduanya iaitu Istanbul Aku Datang yang akan ditayangkan di
pawagam pada November ini akan meraih kutipan yang lebih baik berbanding
Mantera.

"Sebagai pelakon baharu saya masih perlu belajar selok-belok lakonan
dan tidak boleh terlalu berpuas hati dengan apa yang dilakukan.

"Masih banyak ruang yang perlu saya perbaiki untuk menjadi pelakon
yang lebih baik. Jadi, saya tidak akan mengalah dan akan menerima setiap
tawaran lakonan yang datang," ujarnya.



TOMOK kini semakin aktif menunjukkan bakat dalam dunia lakonan.



Erra lebih menyerlah berlakon

Erra Fazira sememangnya mempunyai minat menyanyi dan menari sejak
kecil. Bakat nyanyian Erra mula dikesan oleh penyanyi popular 80-an,
Dayangku Intan. Erra mula aktif menyanyi di pertunjukan -pertunjukan
kecil sebelum berjaya mendapat kontrak rakaman dengan syarikat Polygram
Records.

Namun impak populariti yang melonjak naik setelah bergelar Ratu
Cantik Malaysia pada tahun 1992, Erra meraih tawaran untuk muncul dalam
filem Sembilu arahan pengarah Datuk Yusof Haslam.

Filem tersebut mencapai kutipan pecah panggung sekali gus melonjakkan
namanya sebagai antara aktres paling popular pada era tersebut.

Sementara itu, menurut pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam, dia
mengambil Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain sebagai pelakon bukan
semata-mata status mereka sebagai penyanyi yang mampu melariskan
filemnya.

Ujarnya, bukan menjadi jaminan kepada penerbit-penerbit bahawa
mengambil penyanyi untuk berlakon dalam karya mereka akan menjadikan
filem mereka laris mahupun pecah panggung.

"Kadang-kadang penerbit mengambil penyanyi berlakon filem mereka kerana mahu sesuaikan watak yang ada," jelasnya.

Mengambil contoh filem Sembilu, peranan Awie sebagai penyanyi dalam
filem itu sangat bersesuaian kerana di alam nyata, Awie juga seorang
penyanyi terkenal.

Namun, Yusof tidak menolak daya penarik yang dimiliki penyanyi-penyanyi popular mampu menarik minat penonton untuk menonton.

Ditanya sama ada penyanyi yang menjadi pelakon mampu menyamai
keberkesanan lakonan pelakon-pelakon yang sedia ada, jawab Yusof, hampir
70 peratus penyanyi mampu berlakon dengan baik tetapi ada juga yang
kurang berbakat.

Walaubagaimanapun, Yusof memberitahu, penyanyi yang terjun ke dunia lakonan mampu dibentuk lakonan mereka.

"Ada artis yang senang untuk dibentuk. Sebagai contoh Erra Fazira.
Memang pada asalnya lakonan Erra nampak kaku, tetapi lama kelamaan
lakonan dia nampak semakin bagus. Macam Awie dan Ziana mereka memang
pandai menyanyi mahupun berlakon," ujarnya lagi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum