Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Dakwaan biarlah berasas

View previous topic View next topic Go down

Dakwaan biarlah berasas

Post by Park Deen on Fri Sep 28, 2012 3:43 am

Dakwaan biarlah berasas (Kosmo)





YUNUS ALIF... Jurulatih T-Team bagi musim 2012.




BANYAK perkara boleh dibahaskan apabila tersiarnya kenyataan media
oleh pengurus T-Team, Rozi Mamat berkaitan isu elaun tertunggak
melibatkan sejumlah pegawai pada peringkat pengurusan pasukan tersebut.

Dalam kenyataannya yang disiarkan Kosmo! pada 17 September, beliau
berkata bahawa dakwaan berlakunya elaun tertunggak selama tiga bulan
melibatkan lima pegawai T-Team sebagai suatu hal yang tidak ber- asas.

Benarkah isu hangat itu tidak berasas dan apa sebenarnya maksud tidak berasas?

(Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 82) mentakrifkan kosa kata asas
dalam dua makna iaitu pertama; asas merupakan alas, dasar, atau tapak
sesuatu bangunan; dan kedua, asas ialah sandaran bagi sesuatu perbuatan
seperti tindakan, kesimpulan dan tuduhan).

Jika bijak dan adil melihat isu, perkara utama yang timbul ialah elaun tertunggak.

Berapa orang pegawai yang terlibat, berapa bulan elaun tidak dibayar,
dan apa punca elaun tidak dibayar sudah menjadi kedua, ketiga, dan
seterusnya.

Jadi, memang wujud hakikat bahawa ada sejumlah pegawai mengalami
kelewatan menerima elaun (gaji) dan keadaan itu tidak membolehkan pihak
tertentu dengan mudahnya berkata bahawa isu itu tiada asas.

Asas memang ada. Hakikat itu terbukti dalam ungkapan Rozi pada perenggan 3, 4, 7, dan 8 laporan akhbar Kosmo! pada halaman 62.

Ada kemungkinan bahawa yang dimaksudkan Rozi sebagai tidak berasas itu ialah fakta isu berkenaan tidak tepat atau kurang tepat.

Jika itulah yang dimaksudkannya, maka kenyataan beliau boleh diterima
sekiranya memang benar bahawa hanya tiga; bukannya lima pegawai
terlibat dan hanya sebulan; bukannya tiga bulan elaun tertunggak.

Sungguhpun begitu, dari segi ketepatan komunikasi, jika itulah
hakikatnya, maka hakikat perlu diterima bahawa isu elaun tertunggak
memang berasas, namun wujud kelemahan dari segi kredibiliti fakta.

Ramai yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku atau siapakah yang benar dan siapa yang salah dalam kemelut ini.

Yang perlu diperhatikan, sungguhpun kelewatan bayaran itu cuma
berlaku ke atas tiga pegawai dan melibatkan sebulan bayaran, isu ini
tidak seharusnya terjadi.

Tiga pegawai berkenaan mempunyai tanggungjawab nafkah
sekurang-kurangnya ke atas diri sendiri; apatah lagi jika mereka juga
tonggak pencari rezeki keluarga.

Kelewatan bayaran elaun itu pula melibatkan keperluan hidup pada
bulan Ogos yang kebetulannya merupakan sebahagian bulan Ramadan dan
bulan Syawal.

Rasanya kita tidak perlu memanjangkan hujah berkaitan keperluan
perbelanjaan pada bulan berkenaan kepada umat Islam jika semua atau
sebahagian pegawai itu penganut Islam kerana mereka sudah sedia maklum
akan hal itu.

Maka, pada masa-masa akan datang, jika hayat T-Team panjang, isu
kelewatan elaun kepada sesiapa pun dan melibatkan berapa bulan pun
perlulah dielakkan kerana hal seumpama ini menjejaskan reputasi dan
prestasi pasukan.

Frasa 'ada niat yang tidak baik dan cuba menangguk di air keruh'
sebagaimana yang ada pada perenggan 3 laporan akhbar Kosmo! itu pula
jika benar diujarkan Rozi, perlu difikirkan sebelum dilantunkan kepada
media.

Sekiranya benar ada pihak berniat tidak baik ke atas T-Team,
kata-kata itu wajar, namun jika pendedahan pihak yang berkenaan itu
benar dan tidak lebih daripada menuntut hak mereka, maka impak
negatifnya kepada pengurusan T-Team besar sekali.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk memburuk-burukkan sesiapa. Yang
dihasratkan cuma T-Team terus maju dan terus relevan bersaing dalam
kancah tertinggi bola sepak Malaysia.

Selain itu, semua pihak perlu tahu bahawa ketidaktepatan sebahagian
fakta dalam sesuatu isu tidaklah semesti- nya bermakna isu itu tiada
asasnya.

Jika hal ini difahami, komu- nikasi akan menjadi lebih matang dan berwibawa. - ALIAS ISMAIL
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum