Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Waspada kebangkitan Lebah

View previous topic View next topic Go down

Waspada kebangkitan Lebah

Post by Park Deen on Fri Sep 28, 2012 3:41 am

Waspada kebangkitan Lebah (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PEMAIN Selangor (jersi kuning)
diingatkan agar tidak terlalu yakin pada aksi suku akhir kedua Piala
Malaysia menentang Johor FC, 2 Oktober depan.




ATAS kertas, Selangor dilihat seolah-olah sudah 'sebelah kaki' ke
separuh akhir Piala Malaysia hasil kemenangan selesa 3-1 ke atas Johor
FC dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Pasir Gudang, Selasa lalu.

Tidak mustahil, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim kini sudah
boleh 'berkira-kira' memikirkan lawan mereka di separuh akhir nanti -
sama ada Kelantan ataupun Felda United.

Begitupun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS),
Datuk Hamidin Mohd. Amin tidak mahu pemain Gergasi Merah dibuai mimpi
indah selagi aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam, Selasa depan
belum berakhir.

Menurut beliau, pasukan Merah Kuning harus berwaspada dengan
kebangkitan Sang Lebah jika enggan berputih mata dalam merealisasikan
'Misi 33' kali ini.

"Lumrah dalam bola sepak, apa juga boleh berlaku. Silap-silap Selangor boleh tersingkir jika tewas 0-3 dalam perlawa- nan itu.

"Jadi, saya harap pemain dapat mempamerkan karakter sebenar dalam perla- wanan itu biarpun selesa mendahului menerusi agregat.

"Bukan apa, ia juga sebagai penghargaan kepada penyokong kami yang sanggup datang ke stadium," katanya kepada Kosmo! semalam.

Menganggap masih terlalu awal untuk memikirkan siapa lawan mereka
pada peringkat separuh akhir nanti, Hamidin menegaskan, pasukan itu
komited dengan pertembungan bersama Johor FC terlebih dahulu.

"Masih ada 90 minit aksi suku akhir kedua, sudah habis perlawanan
nanti baru boleh fikir siapa lawan kami pada separuh akhir," katanya.

Pada masa sama, Hamidin juga menegur kesilapan tonggak pertahanan,
Bunyamin Omar yang dilayangkan kad merah pada pertemuan pertama tempoh
hari dan berharap pemain tersebut tampil lebih matang.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum