Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kerjaya Shila ke peringkat Asia

View previous topic View next topic Go down

Kerjaya Shila ke peringkat Asia

Post by Park Deen on Thu Sep 27, 2012 12:07 pm

Kerjaya Shila ke peringkat Asia (Kosmo)



Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


SHILA bersama trofi kejuaraan Asian Wave 2012 ketika tiba di KLIA, Sepang semalam.



SEPANG – Juara pertandingan Asian Wave 2012, Shila Amzah bakal
menandatangani kontrak dana pembangunan untuk mengembangkan kerjayanya
di peringkat Asia bernilai RM5 juta tidak lama lagi.

Dana tersebut akan dikongsi bersama pemenang tempat kedua
pertandingan tersebut iaitu Chang Shilei dan ketiga, Huo Jun yang
kedua-duanya artis dari China.

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, yang
ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam,
jumlah sebenar habuan itu belum dapat dipastikan kerana pihaknya masih
meneliti kontrak yang disediakan oleh Shanghai Media Group, sebuah
syarikat media terbesar di China.

“Setakat ini belum tahu jumlah sebenarnya kerana hadiahnya bukan
berupa wang ringgit sebaliknya dana pembangunan kerjaya sebagai
persediaan melahirkan bintang Asia yang seterusnya.

“Apa yang diberitahu, jumlah RM5 juta itu akan dikongsi bersama
pemenang tempat kedua dan ketiga. Pihak saya akan meneliti kontrak
selama seminggu, kemudian kami akan terbang ke Shanghai semula untuk
majlis menandatangani kontrak,” ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum