Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Neelofa nafi cuti bersama Hans Isaac

View previous topic View next topic Go down

Neelofa nafi cuti bersama Hans Isaac

Post by Park Deen on Thu Sep 27, 2012 12:04 pm

Neelofa nafi cuti bersama Hans Isaac (Kosmo)



Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


NEELOFA mengakui sedikit kesal kerana memuat naik maklumat tentang percutian di Koh Samui, Thailand ke laman Twitter.




NEELOFA tidak henti-henti digosip bercinta dengan aktor kacak
tinggi lampai, Hans Isaac biarpun dia pernah menafikannya. Terbaharu,
merujuk kepada laman Twitter masing-masing, mereka berdua seolah-olah
pergi ke destinasi yang sama iaitu di Koh Samui, Thailand.

Menerusi Twitter mereka, Neelofa dan Hans masing-masing menampilkan
foto keindahan Koh Samui, selain tweet Neelofa memberitahu tentang
pemergiannya ke sana.

Neelofa atau Lofa yang ditemui pada majlis pratonton filem Hantu
Kapcai di Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa lepas
mempunyai jawapan tersendiri yang diluahkan kepada Kosmo!.

Kosmo!: Pasti Lofa sendiri sudah tahu tentang gosip yang mendakwa
Lofa bercuti bersama Hans Isaac di Koh Samui, Thailand baru-baru ini.
Betul atau tidak?

NEELOFA: Jika mahu dikatakan saya bercuti bersama dia (Hans Isaac),
dia sebenarnya sudah cuti lama (ke Koh Samui) sejak hari Khamis dan dia
juga belum pulang lagi. Sedangkan, saya bersama kawan-kawan saya ingin
bercuti selepas tamat penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah. Hans
pula pergi ke sana dengan tujuan yang lain tapi apa yang
menghairankan, mengapa mereka ini (blog-blog gosip hiburan tempatan)
mahu paparkan gambar (yang) saya (rakam) dan jadikan ia isu besar.

Ini kerana memang saya sendiri yang muatnaik gambar (pemandangan di
Koh Samui) tersebut. Pelik mengapa mereka paparkan gambar tersebut dan
reka cerita lain. Jika Lofa mahu orang tahu bahawa Lofa bercuti
bersama Hans, baik Lofa rakam gambar bersama dia sahaja.

Jadi Lofa memang bercuti bersama kawan-kawan Lofa?

Ya, betul.

Lofa ada berjumpa dengan Hans di Koh Samui?

Tidak sama sekali. Kami tidak berada di lokasi yang sama di
Thailand, dia telah ke Phuket. (Pelakon) Nazim Othman juga ada bercuti
di Phuket. Saya juga tidak jumpa Nazim kerana dia menginap di resort
yang lain. Ini kerana percutian Lofa itu hanya selama dua hari sahaja.
Lofa pergi hari Ahad dan pulang semalam (Isnin).

Jadi Lofa memang langsung tidak bertemu Hans di sana?

Dia pergi bersama saudara-maranya dan kumpulan golf yang disertainya
untuk bermain golf di Koh Samui. Saya rasa di Koh Samui ada sebuah
kelab golf.

Bagaimana penerimaan Lofa apabila perkara ini timbul dan timbul
spekulasi bahawa Lofa dan Hans pergi bercuti berdua-duaan di Koh
Samui?

Bagi saya, pertama, ia sememangnya secara kebetulan. Tapi untuk orang
sabotaj privasi saya dan jadikan isu lain itu saya perlu terima kerana
ia part of the parcel. Maksudnya, saya tidak boleh lari daripada
perkara-perkara begini. Asalnya tujuan saya pergi bercuti untuk rehat
dan tenangkan fikiran. Namun, pulang sahaja ke sini (Malaysia), serabut
pula dengan cerita sebegini. Jadi, saya rasa saya perlu terima dan
hadapi semua.



Adakah Hans tahu akan perkara ini?

Saya rasa tidak kerana ia hanya (digembar-gemburkan) dalam
blog-blog. Tapi, apa yang bakal dia katakan dan lakukan saya tidak
pasti. Sepanjang mengenali dirinya, saya rasa dia akan buat bodoh
sahaja.

Ada terdetik rasa menyesal dalam diri kerana berkongsi di laman Twitter tentang percutian Lofa ini?

Ada sedikit (sambil ketawa). Ini kerana Lofa rasa seperti ia menjadi
perkara besar padahal Lofa pergi ke sana hanya untuk bersuka ria dan
bercuti. Rupa-rupanya, bertambah serabut kepala Lofa dibuatnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum