Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Keadilan Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

View previous topic View next topic Go down

Keadilan Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Post by Park Deen on Thu Sep 27, 2012 11:36 am


Keadilan Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain


Ihsan:http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2011/11/keadilan-umar-al-khattab-terhadap-rumah.html


Saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari
zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan
renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap
sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam
terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali
sikap dan pendirian mereka itu.

Kisah
yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja)
Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka
surat 114, kitabItmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’,
tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu
Hazim.“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah
beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang
utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata
Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan
solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang
berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas
beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata
kepada Patriach al-Quds :

“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa
pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa
Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh
menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di
dalamnya”.

Kisah
di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach
supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar
merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani
dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja
dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut
dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina
Umar akan bertindak sebaliknya. Maka amatlah malang sekiranya ummat
Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh
Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep
keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap
orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan
supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung
ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan
mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan
dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa
alasan.

Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan
istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.

Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki
gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah
diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina
Umar dengan gelaran ‛Umar Gereja’ di atas sebab ini.

Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam
dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak
menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak
yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding
dengan yang bukan Islam sama sekali. Manakan mungkin menjadi pemimpin
dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu
untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu
sememangnya untuk semua./
kredit



Mengenali KHALIFAH UMAR AL-KHATAB
Umar Al-Faruq

Biodata
Nama sebenar : Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b Qarth b Razaah b 'Adi b Kaab
Nama Ibu : Hantamah bte Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum.
Gelaran : Al-Faruq
Keturunan : Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi)
Tarikh lahir : 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi)
Jawatan : Khalifah Ar-Rasyidin Kedua
Tarikh Lantikan : 634M
Tempoh Jawatan : 10 tahun
Tarikh M/Dunia : 23H @ 644M
Umur : 63 tahun



Semasa
sebelum memeluk Islam, beliau merupakan duta bagi kaumnya terutama
untuk mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan. Beliau
merupakan mertua Rasulullah SAW apabila Rasulullah bernikah dengan
anaknya, Hafsah bte Umar. Beliau salah seorang yang dijamin Syurga oleh
Rasulullah SAW. .


Sifat Peribadi Umar al-Khattab



Ubaidullah bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya.


Lalu mereka bertanya : "Wahai Amirul Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini ?"


Umar al-Khattab : "Saya merasakan bahawa diri saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya"

Dalam kisah yang lain pula..

Kata Aslam beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin Auf.


Kata
mereka : "Umar al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga
mata kami tidak berani bertentangan mata dengannya". Hal ini diadukan
oleh Abdul Rahman bin Auf.


Lalu Umar al-Khattab berkata : "Benarkah
mereka berkata demikian ?" "Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya,
sehingga lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba
pula dengan sikap keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya.
Bagaimanakah lagi ? Bagaimana nasib saya yang berbeza dengan mereka ?"



Diriwayatkan
oleh Umar bin Murrah bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar
al-Khattab dan berkata : "Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat
gentar melihatmu !"

Umar menjawab : "Adakah saya berbuat sesuatu yang zalim ? "


Jawab lelaki itu : "Tidak"


Kata Umar lagi : "Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku"


Menurut
Barrak bin Makrur : "Pada suatu hari Umar al-Khattab naik ke mimbar
untuk memberi tazkirah, tiba-tiba dia merasa sakit. Menurut para jamaah,
ubatnya adalah madu lebah dan di Baitulmal banyak tersimpan madu
lebah"



Kata beliau : "Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan gunakannya, tetapi kalau tidak diizinkan haram ke atas saya mengambilnya"


Keislaman Saidina Umar
Beliau
memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun.
Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita
gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.



Rasulullah
SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau
Abu Jahal b. Hisyam" Hadith riwayat At-Thabarani



Dalam
sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa
Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar
Al-Khatab"



Sebuah
hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa
Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang
dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit
bergembira dengan islamnya Umar"



Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana
dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika
ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut,



Saidina
Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW :
"Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"



Jawab Rasulullah SAW : "Benar"


Aku berkata lagi : "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"


Kemudian
kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi
Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke
arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah
mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq
!



Dengan
islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan
menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di
BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga,
orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang
beribadah kerana takut kepada Umar.



Keberanian Umar
Peristiwa
yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina Umar
Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan,
berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah
secara rahsia.

Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan
bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum
meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a.
yang menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan: Setelah saidina Umar
membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang
disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu
disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan
melangkahkan kaki menuju ke Kaa'bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy
sedang bersantai di sisi Ka'abah menyaksikan kehadiran Umar.

Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi
tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang
memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam
Ibrahim dan mendirikan solat.


Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan
kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy.



kata Umar: "Sesungguhnya
Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali
wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah."


Kata Umar lagi: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya
keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka
menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri
kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu
senjata di sebalik bukit ini."

Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan
kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan
gerun di dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang
begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani
menyahut cabaran Umar berlawan senjata.

Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya
seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak Quraisy lemah
semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar mengutuk mereka
sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah SWT. Dalam keadaan puak
Quraisy lemah semangat, Umar mengajaknya adu senjata.

Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata:
Sesudah itu Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan
tenang, tanpa dijejaki oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa
itu memberi seribu rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari
kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya
meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang
untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa
sebarang gangguan.

Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut
seruan hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi s.a.w. yang
tinggal di Makkah, kecuali Nabi s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
Saidina Ali bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka
yang tidak kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan
tahanan oleh pihak Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan
Islam



Hadith tentang Umar


1.
Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat
seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya
untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar" Hadith riwayat Shiekhaini
(Bukhari dan Muslim)



2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Turmizi


3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi


4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi


5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.


6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar


7.
Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi
sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat
Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.



8.
Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan
kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana
yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)



Umar Sebagai Orang Yang Pertama


1. Pertama digelar Amirul Mukminin
2. Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam
3. Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak
4. Pertama mengharamkan nikah mut'ah
5. Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda
6. Pertama menubuhkan jabatan-jabatan
7. Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan
8. Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir
9. Pertama memperkenalkan Al-'Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)


Umar Dan Al-Quran

Saidina
Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat hebat. Beberapa
pendapatnya merupakan sebab turunnya al-Quran. Di antara ayat-ayat
al-Quran yang diturunkan sempena pendapat beliau ialah :



1) Kisah tawanan Badar - ayat 28 Surah Al-Anfal

2) Ayat Menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat - Ayat 125 Surah Al-Baqarah


3) Ayat Hijab - Ayat 53 Surah Al-Ahzab


4) Ayat tentang asal-usul kejadian manusia - Ayat 12 Surah Al-Mukminun


5) Ayat tentang arak - Ayat 219 Surah Al-Baqarah dan Ayat 43 Surah An-Nisa'


6) Ayat Larangan Mensolati Jenazah Orang Munafiq - Ayat 84 Surah At-Taubah


7) Kisah orang Munafiq - Ayat 6 Surah Al-Munafiqun


Cool Ayat 5 Surah Al-Anfal



9) Ayat 16 Surah An-Nur

10) Ayat tentang penghalalan jima' di malam bulan Ramadhan - Ayat 187 Surah Al-Baqarah


11) Ayat 97 Surah Al-Baqarah


12) Ayat 65 Surah An-Nisa'


13) ayat 13 Surah Al-Waqiah


Sumber dari : tayibah.co
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum