Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelantan fokus Piala Malaysia

View previous topic View next topic Go down

Kelantan fokus Piala Malaysia

Post by Park Deen on Thu Sep 27, 2012 9:37 am

Kelantan fokus Piala Malaysia (Kosmo)



Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my
KELANTAN kembali fokus untuk menjulang trofi Piala Malaysia selepas
impian mencipta sejarah mara ke separuh akhir Piala Konfederasi Bola
Sepak Asia (AFC) di halang kelab Iraq, Arbil SC kelmarin.

Keputusan seri 1-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan
Muhammed IV itu tidak mampu mengubah nasib Kelantan yang tewas 2-5 pada
pertemuan pertama di Stadium Franso Harisi, Iraq minggu lalu.

Kegagalan tersebut membuktikan bahawa anak-anak buah Bojan Hodak tidak mampu untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, kejayaan Arbil SC 1-1 memberikan gambaran yang jelas
bahawa Kelantan berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah di gelanggang
sendiri, sekali gus dianggap sebagai amaran awal kepada pencabar dalam
kempen Piala Malaysia.

Bagi Bojan, aksi yang dipamerkan para pemainnya mampu mengejutkan
lawan, namun kegagalan memanfaat peluang menyebabkan mereka terpaksa
berpuas hati dengan keputusan seri.

"Dalam bola sepak, jumlah jaringan yang dikira bukannya peluang yang
kita dapat. Apabila beraksi dengan pasukan dari Asia Barat, China, Jepun
atau Korea, ia sangat berbeza kerana kami akan dihukum jika me- lakukan
kesilapan.

"Kami mendapat beberapa peluang pada separuh masa pertama melalui
Afiq (Azmi) dan saya fikir jika kita mampu menjaringkan gol, suasana
perlawanan mungkin sedikit berbeza," katanya ketika ditemui di Kota
Bharu semalam.

Bojan berkata, Arbil SC dilihat banyak ber- tahan, namun mereka kerap
melakukan sera- ngan pantas hingga menyebabkan Kelantan membuat
kesilapan.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut adalah antara aksi terbaik dilalui
pasukan itu se- panjang musim ini dan ia cukup bagi menjelang aksi
menentang Felda United pada saingan suku akhir Piala Malaysia, Sabtu
ini.

"Saya tidak gembira dengan keputusan malam tadi (kelmarin) tetapi
kami tidak kalah. Kami tidak mampu untuk mengubah keputusan perlawanan.
Kami bermain dengan baik dan kami adalah pasukan pilihan pada kempen
Piala Malaysia.

"Kami memiliki peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal
melakukannya. Itu yang membezakan kualiti kami dengan mereka, namun
jelas ia perlawanan yang sangat baik," ujarnya.

Ditanya mengenai kecederaan yang dialami Muhammad Ghaddar yang
menjejaskan kempen mereka pada saingan Piala AFC dan Piala Malaysia,
Hodak berkata: "Saya memerlukan khidmatnya pada Piala Malaysia.

"Saya rasa, keputusan untuk tidak menurunkannya pada aksi suku akhir
pertama adalah tepat. Dia cergas cuma tidak sepe- nuhnya untuk
menghadapi perlawanan itu.

"Jadi, saya berbincang dengan ahli fisiote- rapi dan kami bersetuju untuk menurunkan- nya dalam 30 minit terakhir," jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum