Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Amri, Safiq dapat kredit Irfan

View previous topic View next topic Go down

Amri, Safiq dapat kredit Irfan

Post by Park Deen on Thu Sep 27, 2012 9:35 am

Amri, Safiq dapat kredit Irfan (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
“SEJUJURNYA, saya tidak terkejut sekiranya Mohd. Amri Yahyah dipanggil untuk sku- ad kebangsaan.”

Demikian respons spontan jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim
ketika diminta mengulas mengenai prestasi penyerang skuad Gergasi Merah
itu ketika menewaskan Johor FC 3-1 pada aksi suku akhir pertama Piala
Malaysia di Stadium Pasir Gudang, Johor kelmarin.

Selangor memperoleh bekalan selesa selepas menjaringkan tiga gol
menerusi sepakan percuma Safiq Rahim seawal minit ke-11 sebelum Mohd.
Bunyamin Umar menggandakan kedudukan pada minit ke-20.

Amri memastikan ‘Misi 33’ Selangor berada di landasan yang tepat apabila meledakkan gol ketiga buat pada minit ke-24.

Sementara itu, gol sagu hati Johor FC hadir menerusi Mohd. Akmal Mohd. Nor pada minit ke-52.

Persembahan mantap Amri dan Safiq mendapat perhatian serius bekas pengendali Terengganu itu.

Irfan berkata, beliau berharap momentum dua bintang Selangor itu
dapat dijelmakan ketika melayan kunjungan Johor FC di Stadium Shah Alam
pada 2 Oktober depan.

“Seperti yang saya katakan tadi, persembahan Amri cukup mengagumkan.

“Dia mempamerkan aksi lebih baik. Amri sudah menja- ringkan lima gol
sepanjang enam perlawanan dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

“Bagi Safiq, tahap permainannya dilihat semakin meningkat dan saya
berharap mereka dapat mengekalkan prestasi cemerlang ini di Stadium Shah
Alam kelak.

“Namun, inilah bola sepak. Benar, mereka berdua merupakan pemain yang
mencuri perhatian namun pujian harus diberikan kepada seluruh pasukan
Selangor,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ditanya mengenai kehilangan Bunyamin yang dilayangkan kad merah
ketika menentang Johor FC, Irfan enggan untuk menekan butang panik.

Beliau berkata, Selangor masih memiliki ramai pemain dan kehilangan
Bunyamin tidak menghalang perancangannya dalam usaha untuk memburu
kemenangan pada aksi suku akhir kedua.

“Kami masih memiliki pemain pertahanan antaranya Mohd. Razman Roslan
dan kehilangan Bunyamin tidak boleh dijadikan sebagai alasan.

“Perjuangan kami belum selesai dan kami masih ada 90 minit untuk memastikan slot separuh akhir menjadi milik kami,” kata Irfan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum