Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pahang masih belum selamat

View previous topic View next topic Go down

Pahang masih belum selamat

Post by Park Deen on Thu Sep 27, 2012 9:30 am

Pahang masih belum selamat (Kosmo)



Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my
"“MENANG tipis di gelanggang sendiri, kedudukan kami belum selesa.”

Demikian reaksi jurulatih Pahang, Dollah Salleh ketika diminta
mengulas mengenai kejayaan pasukan itu membenam kelab Singapura, Lions
XII 2-1 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul
Makmur, Kuantan kelmarin.

Dollah berkata, aksi anak-anak buahnya dilihat agak longgar pada
aksi separuh masa perlawanan sebelum mereka bermain lebih baik pada
babak kedua.

Namun, beliau mengakui beberapa pemain telah mempamerkan prestasi
cemerlang, sekali gus mencatat kemenangan dan memberi sedikit kelebihan
buat skuad Tok Gajah apabila bertandang ke Stadium Jalan Besar,
Singapura pada 2 Oktober depan.

“Saya gembira kerana pemain pertahanan, Zaiza Zainal yang merosot
pada perlawanan terdahulu berjaya menyekat banyak sera- ngan pemain
lawan malam ini (kelmarin).

“Jalaluddin Jaafar, Shahrizan Salleh dan Saiful Nizam juga antara
pemain yang memainkan peranan penting untuk memastikan kemenangan
berpihak kepada kami,” katanya.

Dalam pada itu, Dollah tetap bersyukur kerana pemain import Pahang,
Boris Kockin kembali pulih dari- pada kecederaan hamstring untuk beraksi
di posisi tengah dan menjadi penggerak utama jentera serangan.

“Pahang sememangnya berharap Boris dapat beraksi semula dan ternyata
kemasukannnya malam ini (kelmarin) berjaya memperkuatkan posisi tengah
pasukan,” katanya.

Bagi persiapan menghadapi suku akhir kedua di Singapura nanti,
beliau berharap skuad Tok Gajah akan lebih berhati-hati, terutamanya
apabila mereka akan beraksi di padang rumput tiruan.

“Menjelang perlawanan itu, pemain harus peka dengan keadaan padang
yang agak berbeza. Jadi, tumpuan harus diberikan semasa kita berlatih di
Bukit Jalil,” katanya.

Sementara itu, pengendali Lions XII, V. Sundra- moorthy menganggap
Pahang berhak menang tetapi ia tidak bermakna segalanya sudah berakhir
buat pasukannya.

“Kami akan cuba yang terbaik untuk menang di tempat sendiri dengan
melakukan persiapan rapi. Paling penting, para pemain perlu tahu betapa
pentingnya untuk mencatat kemenangan,” ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum