Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

View previous topic View next topic Go down

Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Thu Nov 03, 2011 6:18 am

'Boleh pergi kalau mahu'
Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my
2011/11/03













NS tidak berhajat sekat pemain hijrah ke negeri lain: Mohamad


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) tidak berhajat
menghalang mana-mana pemain yang akan tamat kontrak hujung bulan ini,
memilih pasukan lain bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M)
musim depan.

Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan
menegaskan pihaknya sudah menawarkan kontrak baru kepada pemain terbabit
sebagai persediaan menghadapi saingan 2012 yang bermula 7 Januari
depan.

Tanpa menyebut nama pemain, beliau bagaimanapun berkata, setakat ini
pemain terbabit belum membuat keputusan sama ada kekal atau sebaliknya.

“Setakat ini, ada pemain yang belum memberikan jawapan terhadap
kontrak baru yang ditawarkan namun tidak dinafikan, pasti ada pasukan
lain yang ingin mendapatkan khidmat mereka dengan tawaran lebih menarik.
Terpulang kepada mereka membuat keputusan,” katanya di Seremban,
semalam.


Menurut sumber, antara pemain skuad Hoben Jang Hoben yang akan
tamat kontrak membabitkan Hairuddin Omar, Irwan Fadli Idrus, Mohd
Farizal Harun, kembar Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul
Radzak, Ahmad Fakhri Saarani dan Asmawi Hassan manakala Mohd Firdaus
Azizul bersetuju kekal.

Hairuddin yang menjaringkan gol kemenangan Negeri Sembilan ketika
menundukkan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu
lalu, dikatakan sedang dipancing sebuah pasukan tetapi penyerang itu
belum membuat keputusan mengenainya.

Dalam pada itu, usaha Negeri Sembilan mendapatkan
sekurang-kurangnya dua pemain import bagi menguatkan lagi pasukan tampak
berjalan lancar apabila tiga pemain, masing-masing dari Brazil,
Columbia dan Serbia sedang diuji ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor
Abdullah.

Negeri Sembilan turut mengatur perlawanan persahabatan dengan
skuad kebangsaan bimbingan Datuk K Rajagobal di Stadium Tuanku Abdul
Rahman Paroi, 8 November ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Tue Nov 15, 2011 4:46 am

NS terima ‘durian runtuh’
Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

KEJAYAAN meraih kejuaraan Piala Malaysia membolehkan skuad Negeri Sembilan memperoleh ‘durian runtuh’ apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) mengumumkan pemberian bonus RM300,000 kepada pengurusan dan pemain skuad.

Pemberian itu menjadikan skuad itu menerima bonus keseluruhan RM500,000 bagi musim ini apabila RM200,000 sudah diagihkan berikutan kejayaan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia.

Selain hadiah wang, skuad Hoben Jang Hoben juga akan dibawa melawat ke Australia pada akhir bulan depan selepas menamatkan tiga perlawanan persahabatan iaitu menentang skuad kebangsaan Bangladesh pada 20 November diikuti menentang PKNS Selangor, 23 November, dan Kelantan, 29 November.

Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai komitmen pengurusan pasukan yang mempamerkan semangat juang tinggi hingga berjaya menjulang trofi keagungan itu.

Katanya, walaupun sasaran awal diletakkan kepada pasukan itu untuk memenangi tiga piala utama iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia, namun disebabkan masalah kecederaan pemain yang melanda pasukan, dua daripada piala itu gagal dicapai.

“Bagaimanapun kejayaan merangkul Piala Malaysia lebih bermakna kerana trofi keagungan bola sepak tempatan ini menjadi rebutan setiap pasukan.

“Syabas kepada pemain dan PBNS akan berusaha membentuk skuad mantap sebagai persediaan menghadapi musim depan dalam usaha mempertahankan trofi ini,” katanya pada majlis makan tengah hari meraikan pegawai dan pemain skuad itu di Klana Resort Seremban, semalam.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Sat Dec 10, 2011 4:35 am

Kecik tekad terus sengat musim depan
Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

SELEPAS memberikan sumbangan terbaik sepanjang musim ini hingga mampu membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia, pemain yang boleh beraksi dalam posisi berlainan, Shahurain Abu Samah (gambar), bertekad untuk meneruskan aksi cemerlang sepanjang musim depan bagi meneruskan kecemerlangan pasukan.

Menurut pemain yang sinonim dengan panggilan ‘kecik’ itu, walaupun musim depan bakal menyaksikan kelibat pemain import namun dia yakin reputasinya selaku pemain sayap kanan dan penyerang harapan tidak akan terjejas.


“Saya akan tetap berusaha memberikan persembahan terbaik sepertimana musim ini setiap kali diturunkan dalam perlawanan kerana ia adalah matlamat dan prinsip saya setiap kali beraksi di padang.

“Kehadiran pemain import tidak akan menjejaskan prestasi saya selama ini yang turut menggalas cabaran di barisan depan malah akan terus berusaha untuk berada dalam senarai kesebelasan utama pasukan serta memberikan sumbangan terbaik untuk kejayaan pasukan.

“Saya percaya akan terus mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, untuk berada dalam kesebelasan utama,” katanya semalam.

Pemain berusia 25 tahun itu antara tonggak utama Negeri Sembilan musim ini apabila sentiasa mendapat kepercayaan Azraai untuk menerajui barisan depan, bergandingan dengan Hairuddin Omar, malah kelibatnya lebih menyerlah hingga menengelamkan penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Mon Dec 19, 2011 9:33 am

Azraai belum putus kesebelasan utama

Oleh Mohd Amin Jalil
sukan@hmetro.com.my

SEKALIPUN sudah memulakan latihan sejak awal bulan lalu dan
melengkapkan senarai 24 pemain, namun ketua jurulatih Negeri Sembilan,
Mohd Azraai Khor Abdullah belum lagi dapat mengenal pasti pemain skuad
itu yang boleh disenaraikan dalam kesebelasan utama pada Liga M musim
depan.

Menurutnya, masih banyak yang perlu dilakukannya dalam menilai
prestasi pemain kerana rata-rata mereka masih dalam proses menyesuaikan
diri terutama dalam memupuk gandingan mantap antara satu sama lain
sedangkan memilih kesebelasan utama perlu dilihat secara menyeluruh.

“Sehingga ini, saya belum dapat menyenaraikan lagi pemain yang boleh
diturunkan dalam kesebelasan utama kerana sebahagian pemain belum berada
pada tahap prestasi memuaskan dan masih dalam proses membentuk
keserasian.

“Malah banyak lagi yang perlu dipersiapkan termasuk berkaitan
komunikasi antara pemain terutama membabitkan dua pemain import Jean
Emmananuel Effa Owona dari Cameroon yang beraksi di posisi penyerang dan
Marquen Nuquen Gocalves Ferreira dari Brazil di bahagian pertahanan,”
katanya semalam.

Katanya, pihaknya tidak boleh terburu-buru
untuk menyenaraikan pemain dalam kesebelasan utama kecuali selepas
melihat dan meneliti keseluruhan prestasi yang mereka pamerkan sepanjang
persiapan pramusim ini.

Namun pengendali berpengalaman itu
yang mengemudi Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim lalu,
yakin senarai lengkap kesebelasan utama pasukan akan dapat dikenal pasti
sebaik mereka menamatkan program lawatan dan perlawanan persahabatan di
Australia yang bermula hari ini hingga 25 Disember ini.

Mereka akan menentang Armasele FC (21 Disember) dan First Vienna FC (23 Disember) pada perlawanan persahabatan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Thu Dec 22, 2011 3:48 am

Firdaus yakin rebut tempat

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

KEHADIRAN pemain import dalam skuad Negeri Sembilan pada saingan Liga
M musim 2012 tidak membuatkan penyerang muda, Mohd Firdaus Azizul
berasa rendah diri.

Selepas berjaya mempamerkan prestasi memberangsangkan sepanjang
musim lalu sehingga menjadi antara tonggak utama pasukan, pemain berusia
22 tahun itu tetap yakin dengan kemampuannya untuk terus berada dalam
kesebelasan utama.

“Saya akui ada persaingan sengit untuk
merebut tempat dalam kesebelasan utama dengan kehadiran pemain import,
namun yakin ia tidak akan menjejaskan kedudukan saya.

“Namun begitu saya akui perlu bekerja lebih keras dan berada pada
tahap terbaik bagi memastikan tidak tersisih dalam setiap perlawanan
sepanjang saingan nanti,” katanya sebelum bertolak ke Australia,
baru-baru ini.

Menurut Firdaus, walaupun dia antara pemain
yang kurang pengalaman tetapi selepas diberikan pendedahan, dia kini
tidak lagi merasa gugup untuk melaksanakan tugas yang diberikan ketua
jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Baginya, pendedahan itu
banyak memberi manfaat kepadanya terutama meningkatkan lagi prestasi
dalam memberikan sumbangan terbaik kepada pasukan.

“Sebenarnya baru musim lalu, saya berada dalam senarai kesebelasan
utama berbanding sebelum ini sebagai pemain simpanan, tetapi pengalaman
bersama skuad kebangsaan menghadapi Piala AFF, menjadi detik bermulanya
sejarah saya dalam kancah Liga M.”
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Fri Dec 23, 2011 10:02 am

Azraai puas

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

SEKALIPUN hanya seri 1-1 pada perlawanan persahabatan dengan
Gosnells City, kelmarin, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai
Khor Abdullah, tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang
menunjukkan aksi lebih baik berbanding ketika beraksi dalam siri
perlawanan persahabatan sebelum ini.

Menurutnya, kemajuan ditunjukkan pemain meningkatkan lagi
keyakinannya yang sedang berusaha membentuk skuad mantap menjelang
saingan pembuka tirai Liga Malaysia 2012, bulan depan.

Katanya,walaupun masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki, beliau
yakin prestasi pasukan akan terus memuncak menjelang cabaran sebenar
bertemu Kelantan dalam perebutan Piala Sumbangsih di Kota Bharu nanti.

“Apa yang membanggakan ialah persembahan ditunjukkan pemain muda
antaranya Mohd Shakir Md Ali yang menjaringkan gol tunggal dalam
perlawanan itu selain Mohd Firdaus Azizul yang semakin meningkat
prestasinya.

“Saya berharap pemain akan terus meningkatkan
prestasi pada perlawanan persahabatan kedua esok (hari ini) menentang
kelab Armadale FC. Saya harap kita mampu mencapai kemenangan,” katanya.

Negeri Sembilan sedang mengadakan persiapan pra musim di Australia
menerusi perlawanan persahabatan bermula 19 hingga 25 Disember ini.

Menurut Azraai, fokusnya kini adalah mengenal pasti beberapa pemain
yang bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama menjelang saingan
pembuka tirai itu nanti.

Beliau yakin akan mendapat bayangan
jelas sepanjang tempoh persiapan di Australia itu walaupun terdapat dua
lagi perlawanan persahabatan apabila pulang nanti.

“Selepas melihat keseluruhan persembahan pemain, saya rasa tidak
akan berdepan masalah untuk menyenaraikan kesebelasan utama. Sudah tentu
hanya pemain yang berada pada tahap terbaik disenaraikan,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Mon Dec 26, 2011 4:07 am

Azraai belum putus kesebelasan utama

Oleh Mohd Amin Jalil
sukan@hmetro.com.my

SEKALIPUN sudah memulakan latihan sejak awal bulan lalu dan
melengkapkan senarai 24 pemain, namun ketua jurulatih Negeri Sembilan,
Mohd Azraai Khor Abdullah belum lagi dapat mengenal pasti pemain skuad
itu yang boleh disenaraikan dalam kesebelasan utama pada Liga M musim
depan.

Menurutnya, masih banyak yang perlu dilakukannya dalam menilai
prestasi pemain kerana rata-rata mereka masih dalam proses menyesuaikan
diri terutama dalam memupuk gandingan mantap antara satu sama lain
sedangkan memilih kesebelasan utama perlu dilihat secara menyeluruh.

“Sehingga ini, saya belum dapat menyenaraikan lagi pemain yang boleh
diturunkan dalam kesebelasan utama kerana sebahagian pemain belum berada
pada tahap prestasi memuaskan dan masih dalam proses membentuk
keserasian.

“Malah banyak lagi yang perlu dipersiapkan termasuk berkaitan
komunikasi antara pemain terutama membabitkan dua pemain import Jean
Emmananuel Effa Owona dari Cameroon yang beraksi di posisi penyerang dan
Marquen Nuquen Gocalves Ferreira dari Brazil di bahagian pertahanan,”
katanya semalam.

Katanya, pihaknya tidak boleh terburu-buru
untuk menyenaraikan pemain dalam kesebelasan utama kecuali selepas
melihat dan meneliti keseluruhan prestasi yang mereka pamerkan sepanjang
persiapan pramusim ini.

Namun pengendali berpengalaman itu
yang mengemudi Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim lalu,
yakin senarai lengkap kesebelasan utama pasukan akan dapat dikenal pasti
sebaik mereka menamatkan program lawatan dan perlawanan persahabatan di
Australia yang bermula hari ini hingga 25 Disember ini.

Mereka akan menentang Armasele FC (21 Disember) dan First Vienna FC (23 Disember) pada perlawanan persahabatan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Wed Jan 04, 2012 1:39 pm

Usah rosakkan imej pasukan
Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

PEMBABITAN pemain bola sepak dalam aktiviti menjual perlawanan yang pernah melanda pasukan negeri dan negara sebelum ini nyata memberi pengajaran besar buat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

Bagi memastikan reputasi saingan Liga M musim ini tidak terjejas serta imej pasukan dipertahankan, PBNS sudah mengambil langkah awal dengan memberi amaran kepada pengurusan skuad supaya tidak terbabit dalam kegiatan haram itu.

Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan pegawai dan pemain supaya tidak membabitkan diri dengan gejala itu menjelang saingan pembuka tirai Liga M, menerusi perebutan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan dengan Kelantan, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Menurutnya, pembabitan dalam kegiatan haram itu bukan saja mengkhianati penyokong yang memberikan sokongan padu kepada pasukan, malah boleh meruntuhkan sukan bola sepak negara.

“Semua pegawai dan pemain sama ada senior mahupun junior perlu perbetulkan landasan masing-masing dengan memastikan tidak terbabit dalam gejala rasuah yang pernah melanda pasukan sebelum ini.

“Jaga maruah diri dan pasukan kerana kita (PBNS) tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan menjual perlawanan kerana tindakan itu disifatkan mengkhianati pasukan dan orang ramai yang memberikan sokongan kepada pasukan,” katanya.

Beliau memberikan amaran itu selepas Kongres Tahunan PBNS ke-81 dan memperkenalkan pemain Liga Super serta Piala Presiden. Turut hadir, Timbalan Presiden PBNS, Datuk Mat Ali Hassan.

Menurut Mohamad, tindakan PBNS dalam menangani masalah itu terserlah apabila melaporkan kepada pihak berkuasa terhadap kegiatan menjual perlawanan yang membabitkan pemain pasukan Piala Presiden negeri itu pada 2010.

“Saya harap pegawai dan pemain yang menggalas cabaran kali ini mengambil iktibar daripada kejadian itu dengan menjauhkan diri daripada kegiatan haram itu, sebaliknya memberikan tumpuan kepada usaha menjulang nama pasukan. Jangan sesekali musnahkan harapan peminat yang sentiasa mengharapkan kejayaan pasukan,” katanya.

Mengulas perlawanan menentang Kelantan, Sabtu ini, beliau yakin skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah, mampu melakar kemenangan walaupun mempertaruhkan sebahagian besarnya pemain muda.

“Saya yakin Negeri Sembilan boleh menewaskan Kelantan sekiranya setiap pemain berusaha mempamerkan persembahan mantap seperti dirancang selain bijak menyerap tekanan,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Thu Jan 05, 2012 5:49 am

Tiket mula dijual hari ini

Oleh Mohd Amin Jalil
sukan@hmetro.com.my

PEMINAT bola sepak di Negeri Sembilan boleh mendapatkan tiket
perlawanan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan dengan Kelantan di
Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula hari ini.

Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan
(PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiket berharga RM15 bagi
tempat duduk terbuka dan RM30, tempat duduk berbumbung akan dijual di
kaunter tiket di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Perlawanan Negeri Sembilan, Kelantan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah berlangsung jam 8.45 malam Sabtu ini.

Katanya, bagi mengelak kesesakan, pihaknya juga akan menjual tiket di daerah-daerah bagi memudahkan peminat membelinya.

Setiap individu hanya dibenarkan membeli lima tiket bagi mengelak kegiatan ‘ulat tiket’.

Mohamad
berkata, pihaknya berharap penyokong skuad Hoben Jang Hoben akan
memenuhi stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan bimbingan Mohd
Azraai Khor Abdullah itu.

“Saya harap penyokong Negeri Sembilan datang beramai-ramai ke Stadium
Nasional Bukit Jalil untuk memastikan kami menang dan menjulang piala
pertama musim ini,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Thu Jan 12, 2012 7:41 am

PBNS gilap bakat seawal lapan tahun



Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

KEBANGKITAN Negeri Sembilan di persada bola sepak negara menerusi
kejayaan merangkul kejuaraan Piala Malaysia sebanyak dua kali pada 2009
dan 2011 mendorong Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS)
menggandakan usaha melahirkan lebih ramai pemain pelapis berbakat.

Walaupun program itu sudah lama dijalankan tapi ia diperhebatkan lagi
untuk memastikan ia benar-benar berkesan dan mencapai matlamat.

Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,
program dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dan Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) itu kini membuahkan hasil.

Menurutnya, 20 sekolah yang dipilih sebagai Sekolah Tunas Harapan
membabitkan 16 sekolah rendah dan empat sekolah menengah dari setiap
daerah di negeri itu kini membabitkan lebih 700 pelajar berusia seawal
lapan tahun.

“Terdapat 428 orang jurulatih bertauliah yang
mengendalikan program berkenaan membimbing, melatih dan mengawal
prestasi mereka yang kemudiannya akan dinilai dari masa ke semasa.

“PBNS turut mengadakan beberapa program seperti Karnival Bola Sepak
Masyarakat bagi mendedahkan pelatih dengan kerjasama Majlis Perbandaran
Seremban (MPS ) sejak enam tahun yang lalu,” katanya di Seremban
baru-baru ini.

Katanya, pihaknya yakin program akar umbi itu mampu memastikan Negeri
Sembilan tidak ketandusan pemain berwibawa pada masa depan.

Menurut Mohamad, walaupun pemain import memainkan peranan penting dalam
sesebuah pasukan, namun usaha membangunkan bola sepak tempatan menerusi
program melahirkan pemain berbakat perlu dilakukan sebaik mungkin.

“Kita tidak boleh bergantung selama-lamanya kepada pemain import tapi
seharusnya berupaya melahirkan pemain yang setanding dengan pemain luar
negara bagi membolehkan bola sepak negara melakar kejayaan di persada
antarabangsa.

“Justeru, menerusi program akar umbi yang turut
mendapat sokongan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini, PBNS berharap
ia akan memberi impak positif bukan saja kepada PBNS tapi juga kepada
negara,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Wed Feb 01, 2012 4:20 am

Skuad Jang hajat uji bakat Ferreira

SKUAD Negeri Sembilan berhajat menurunkan pemain import terbaru dari
Brazil, Fernando Augusto de Abreu Ferreira pada perlawanan Liga Super
menentang pasukan T-Team minggu depan.

Berdasarkan reputasi tinggi kerana pernah beraksi dalam saingan La
Liga bersama Atletico Madrid dan Racing Santander, pemain berusia 27
tahun itu bakal didaftarkan sebelum berdepan dengan T-Team pada 8
Februari ini.

“Jika semuanya berjalan lancar dan tiada
masalah, insyaAllah kalau boleh kita nak daftar dia sebelum berdepan
T-Team,” kata jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, Mohd Azraai Khor
Abdullah, semalam.

Katanya pemain pertahanan tengah itu bakal menggantikan rakan
senegaranya, Marquem Marquem Gon�alves Ferreira yang tidak melepasi
syarat ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mohd Azraai berkata, berdasarkan pemerhatiannya, pemain dengan ketinggian
185sm itu mempunyai ciri-ciri pemain pertahanan tengah yang baik dan
serasi dengan rakan sepasukan lain.

Beliau berkata, pemain
yang turut memegang kerakyatan Itali itu mempunyai lapan tahun
pengalaman bermain di sekitar Eropah, termasuk kelab terakhir IFK
Mariehamn, sebuah kelab dari Finland.

Negeri Sembilan kini mempunyai seorang pemain import, Jean Emmanuel
Effa Owona dari Cameroon yang bermain di posisi serangan. - Bernama
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Tue Mar 06, 2012 4:21 am

Kelekaan hukum NS

Oleh Mohd Amin Jalil
sukan@hmetro.com.my

MOHD Azraai Khor Abdullah tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa
apabila Negeri Sembilan gagal mengutip mata ketika kecundang 1-2 kepada
Kelantan dalam saingan Liga Super, di Stadium Sultan Mohamad 1V, malam
kelmarin.

Ketua jurulatih itu menyifatkan kealpaan anak buahnya pada minit
terakhir perlawanan menyebabkan skuad bimbingannya dihukum walaupun
sudah berjaya mengikat kedudukan hasil jaringan penyerang muda Ahmad
Shakir Md Ali.

“Memang kecewa selepas hasrat meraih satu mata
di gelanggang lawan hampir tercapai tetapi angkara kelekaan pemain pada
minit terakhir perlawanan, hasrat itu berkecai.

“Pemain gagal mengekalkan rentak menyebabkan lawan berjaya mengambil
kesempatan untuk meraih kemenangan, walaupun pahit, kita terpaksa
menerima hakikat kekalahan itu berpunca daripada kesilapan sendiri.

“Saya
harap pemain menjadikan keputusan perlawanan ini sebagai pengajaran
supaya tidak mengulangi lagi kesilapan sebaliknya bangkit dengan
persembahan lebih baik menjelang perlawanan akan datang untuk melakar
kemenangan,” katanya.

Kelantan membuka tirai jaringan menerusi
kapten pasukan, Badhri Radzi pada minit kedua perlawanan manakala Ahmad
Shakir menjaringkan gol penyamaan dan kelimanya musim ini pada minit
ke-53 sebelum S Chanturu menjaringkan gol kemenangan pada minit
terakhir.

Menurut Azraai, ketiadaan dua tonggak berpengalaman iaitu kapten
pasukan, Mohd Shukor Adan dan Norhafiz Zamani Misbah yang cedera
menjejaskan kekuatan serta persembahan pasukan.

Katanya, walaupun memasukkan G Mahathevan bagi digandingkan dengan Marian Farbak
di posisi pertahanan namun dia tidak berupaya menggalas tugas itu dengan
baik hingga memberi ruang kepada penyerang Kelantan menembusi benteng
pasukan.

“Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa tapi memang rasa terkilan
selepas berjaya mengimbangi kekuatan lawan hampir keseluruhan
perlawanan,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Mon Apr 09, 2012 9:25 am

‘Angkara silap, leka tercicir dua mata’

Oleh Mohd Amin Jalil
sukan@hmetro.com.my

“SEPATUTNYA kita meraih tiga mata penuh kerana sudah mendahului lawan
pada sebahagian besar perlawanan, tapi angkara kesilapan dan kelekaan
pemain, dua mata tercicir,” kata ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd
Azraai Khor Abdullah.

Negeri Sembilan sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2, dengan Sabah
dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam
kelmarin.

Bagi Azraai, keputusan seri itu seharusnya tidak
berlaku selepas skuad bimbingannya mendominasi hampir sebahagian besar
perlawanan selain sudah mendahului 2-0 pada sebahagian aksi itu.

“Kita terpaksa berputih mata ketika tiga mata berharga sudah hampir
dalam genggaman tapi disebabkan kelekaaan di bahagian benteng, Sabah
berjaya menyamakan kedudukan sekali gus gagal meraih kemenangan di
laman sendiri.

“Kita sepatutnya mampu memperbaiki kedudukan
dalam carta liga tapi terpaksa akur selepas gagal meraih tiga mata malam
ini (kelmarin).

“Ini jelas membuktikan terdapat kelemahan di
bahagian benteng pasukan yang perlu diperbaiki secepat mungkin bagi
memastikan ianya tidak berulang lagi pada perlawanan akan datang,”
katanya.

Gol Negeri Sembilan dijaringkan Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit
ke-51 diikuti Shukor Adan pada minit ke-57 manakala Sabah menerusi
Shahrudin Yakub pada minit ke-74 dan Ronny Harun, minit ke-77.

Menurut pengendali berpengalaman itu, anak buahnya mensia-siakan banyak
peluang gol dan sekiranya mereka lebih berhati-hati serta fokus, setiap
percubaan dilakukan pastinya dapat realisasikan kemenangan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Sun Apr 22, 2012 10:44 am

Hoben Jang Hoben tekad pulih aksi

Oleh MOHD AMIN JALIL
sukan@hmetro.com.my

SELEPAS sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Terengganu dalam
saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Selasa lalu,
Negeri Sembilan memerlukan kebangkitan semula bagi mempertahankan
reputasi selaku pasukan disegani sebaik saingan liga kembali bersambung,
8 Mei ini.

Ketua jurulatih skuad itu, Mohd Azraai Khor Abdullah, mengaku
kedudukan skuad bimbingannya itu di tangga ke tujuh carta liga selepas
menamatkan 15 perlawanan bukan suatu kedudukan yang memuaskan jika
diambil kira persembahan pasukan pada peringkat awal saingan.

Justeru katanya, Negeri Sembilan memerlukan kebangkitan semula dengan
memastikan kekuatan pasukan berada pada tahap terbaik dan mampu
mendepani saingan yang semakin mencabar pada pusingan kedua ini.

“Saya akui Negeri Sembilan perlu bangkit sebaik saingan kembali
bersambung kerana kedudukan ketika ini kurang selamat dalam misi memburu
kejuaraan liga musim ini.

“Masalah kecederaan yang menimpa
beberapa pemain utama antaranya Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Shukor
Adan, Mohd Firdaus Azizul dan Idris Karim memberi kesan kepada
pencapaian pasukan pada sebahagian perlawanan sebelum ini.

“Saya harap tempoh rehat panjang ini akan memberi ruang buat pemain seperti
Norhafiz dan Firdaus pulih daripada kecederaan bagi membolehkan mereka
diturunkan dalam kesebelasan utama bagi membantu pasukan mencatat
kemenangan,” katanya.

Menurut Azraai, dia mempunyai rancangan mengadakan perlawanan
persahabatan dengan beberapa pasukan tempatan tetapi akan lebih
berhati-hati bagi memastikan tiada pemain yang cedera.

Bagaimanapun
katanya, fokus pada masa ini tertumpu kepada perlawanan persahabatan
timbal balik dalam Siri Nusantara menentang Persebaya di Surabaya pada 2
Mei ini.

“Jika pada perlawanan pertama di Paroi pada 25 Mac lalu, kita berjaya
mengikat Persebaya 2-2, pencapaian memberangsangkan itu perlu
dipertahankan pada perlawanan timbal balik, 2 Mei nanti.

“Justeru,Negeri Sembilan perlu menurunkan barisan kesebelasan terbaik untuk
memastikan reputasi pasukan selaku juara Piala Malaysia musim lalu tidak
tercalar, sebaliknya berharap mampu melakar kemenangan,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum