Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Piala AFC: Kelantan tersingkir

View previous topic View next topic Go down

Piala AFC: Kelantan tersingkir

Post by Park Deen on Wed Sep 26, 2012 5:16 am

Piala AFC: Kelantan tersingkir(Kosmo)




PENYERANG Kelantan, Afiq Azmi (kanan) cuba dikawal oleh pertahanan Arbil pada aksi Piala AFC di Kota Bharu semalam.




HARAPAN untuk menyaksikan buat pertama kalinya wakil negara beraksi
pada pentas separuh akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)
berkecai apabila Kelantan terpaksa akur dengan kehebatan Arbil SC pada
saingan suku akhir kedua di Kota Bharu semalam.

Pada perlawanan malam tadi Kelan- tan mencatat keputusan seri 1-1
namun, secara agregatnya, anak-anak buah Bojan Hodak tewas dengan 2-6
selepas mereka dimalukan 1-5 pada perlawanan pertama di Stadium Franso
Harisi, Iraq minggu lepas.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan memulakan asakan untuk
mencari gol awal dalam misi mereka mendapatkan empat gol bagi memadam
kelebihan yang dimiliki Arbil pada perlawanan pertama di Iraq tempoh
hari.

Peluang terbaik The Red Warriors hadir pada minit ke-23 melalui
penyerang pinjaman mereka, Afiq Azmi namun, kematangan nyata membataskan
sentuhan penyudah pemain tersebut yang gagal menolak masuk hantaran
lintang Norshahrul Idlan Talaha.

Selang empat minit kemudian, pemain sayap, Norfarhan Muhamad hampir
menggamatkan Stadium Sultan Muhammed IV apabila rembatan kencang
daripada luar kotak penalti berjaya menewaskan penjaga gol Arbil SC,
Jalal Hassan Hachim, namun hanya singgah di palang gol.

Ketika Kelantan meneruskan siri serangan untuk memecah kubu
pertahanan lawan, serangan pantas Arbil SC akhirnya membuka tirai
jaringan apabila penyerang mereka Sula Motovu berjaya melepasi perangkap
ofsaid sebelum memperdayakan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol pertama
pada minit ke-37.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan terus menggandakan asakan
untuk mencari sekurang-kurangnya gol penyamaan selepas jurulatih, Bojan
Hodak memasukkan dua tonggak utama, Muhammad Ghaddar dan Nurul Azuan
Roya.

Muhammad Ghaddar memiliki peluang terbaik pada minit ke-80 apabila
menerima bola daripada sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin.

Bagaimanapun, rembatan yang dilepaskannya berjaya ditepis penjaga gol
sebelum rembatan susulan Norfarhan hanya menemui sisi jaring gol.

Tiga minit kemudian, Muhammad Ghaddar memiliki peluang kedua selepas
berjaya memperdaya dua pemain pertahanan Arbil SC, namun rembatannya
sekali lagi dinafikan oleh Jalal Hassan Hachim.

Usaha Muhammad Ghaddar akhirnya membuahkan hasil apabila pengadil
perlawanan memberikan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan dalam kotak
penalti.

Dia berjaya menghadiahkan gol sagu hati kepada Kelantan pada masa kecederaan perlawanan.

Keputusan seri tersebut menyaksi- kan rekod kebal Kelantan di laman
sendiri musim ini terus utuh manakala Arbil SC akan menanti lawan mereka
di separuh akhir antara Al-Shorta (Syria) atau pun Chonburi FC dari
Thailand
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum