Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pasukan Bolasepak Perak

View previous topic View next topic Go down

Pasukan Bolasepak Perak

Post by Park Deen on Thu Nov 03, 2011 6:04 am

Pafa bebas sembilan pemain skuad Liga Super

Oleh Azizan Hashim

SEMBILAN pemain skuad Liga Super Perak musim ini bebas memilih haluan
berbeza bagi menghadapi Liga M musim 2012 selepas diberi pelepasan oleh
Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Mereka adalah lima pemain pertahanan, Azmeer Yusoff, Mohd Syahman
Zainuddin, Muhd Arif Ismail, Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shafei dan Nurul
Nasriq, tiga pemain tengah, Mohd Nasir Basharudin, Harizul Izuan Abdul
Rani, Khairul Izzat Jamaluddin serta penyerang Khalis Ibrahim.

Begitupun daripada jumlah itu Nashriq dan Nasir menarik diri kerana tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri.

Khalis pula akan dipinjamkan kepada pasukan lain dalam usaha Pafa
membantu penyerang muda itu menimba pengalaman Pengurus pasukan,
Khairul Azwan Harun berkata, pemain terbabit sudah diberi surat
pelepasan awal bagi membolehkan mereka mencari pasukan baru.

Perak
masih mempunyai 18 pemain dan proses mencari lima lagi pemain import
tempatan serta dua import untuk musim depan sedang giat dijalankan.
Menurutnya, skuad Seladang sudah mengikat dua pemain Kuala Lumpur,
Muhammad Shahrom Abdul Kalam dan Fakhrul Razi Kamaruddin.

Sebelum
ini, Perak mengikat dua pemain yang dipinjam semasa Piala Malaysia lalu
membabitkan penjaring terbanyak Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd
Failee Ghazli dan pemain Harimau Muda A, Muhammad Rafiuddin Roddin.

Perak turut membuat tawaran kepada pakar sepakan bebas Selangor, Safiq Rahim tetapi belum menerima maklum balas.

Khairul
Azwan yang berlepas ke Makkah semalam berkata, 10 pemain dari Afrika,
Brazil, Australia dan Lubnan akan menjalani ujian pemilihan pada 21
hingga 30 November ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Perak

Post by Park Deen on Fri Nov 04, 2011 10:53 am

Perak tekad bangkit musim depan


IPOH - Perak membuat persiapan awal untuk membina barisan terkuat
bagi menghadapi Liga Super musim depan yang dijangka lebih sengit
apabila kebanyakan pasukan mengintai pemain import.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya bertekad
untuk memastikan skuad Seladang bangkit dengan keputusan lebih baik
selepas sekadar menduduki tangga keenam liga dan layak ke suku akhir
Piala Malaysia musim lalu.

Katanya, anak buah jurulatih Norizan Bakar dijangka memulakan sesi
latihan seawal minggu hadapan khususnya untuk menguji keserasian
pemain-pemain baru.

''Saya harap persiapan awal ini membolehkan para pemain mengenal
corak permainan rakan-rakan lain. Ini akan memudahkan pergerakan mereka
semasa beraksi sekali gus persembahan Perak akan lebih baik berbanding
musim lalu," katanya di sini semalam.

Antara muka baru yang bakal memperkuatkan skuad Seladang musim depan
adalah dua bekas pemain Kuala Lumpur termasuk bekas ketua pasukan,
Muhammad Shahrom Abdul Kalam dan Fahrul Razi Kamaruddin.

Selain itu, penjaring terbanyak Universiti Sains Malaysia (USM),
Mohd. Failee Ghazli yang sudah mula menunjukkan bisa musim lalu serta
bekas pemain Harimau Muda A, Muhammad Rifiuddin Roddin juga dijangka
menjadi antara kunci kejayaan pasukan itu musim depan.

Perak juga bercadang mengambil dua pemain import dalam usaha
memantapkan lagi skuad Perak musim akan datang dan setakat ini, 10
pemain dari luar negara berminat untuk mencuba nasib dalam sesi
pemilihan pada 21 hingga 30 November ini.

Pemain-pemain tersebut datang dari benua Afrika, Brazil, Australia, Lebanon dan beberapa buah negara lain.

''Kita tidak mahu terburu-buru dalam pemilihan kerana kita mahu
memastikan pemain mampu memberi kelebihan selain aspek keserasian dengan
barisan pemain sedia ada," ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

PERAK BUAT RAYUAN

Post by Park Deen on Sat Dec 03, 2011 7:28 am

Perak turut buat rayuan

Oleh Azizan Hashim
am@hmetro.com.my

PERAK menjadi pasukan kedua secara terbuka merayu agar Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) melanjutkan tarikh tutup pendaftaran pemain import
dari 8 Disember hingga ke hujung bulan ini.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun berkata, permintaan itu dibuat
berikutan kesukaran mendapat pemain berwibawa sesuai walaupun sudah
menguji hampir 15 pemain luar.

“Pafa (Persatuan Bola Sepak
Perak) merayu jasa baik FAM agar tarikh pendaftaran pemain import
dilanjutkan bagi membolehkan kami mencari pemain yang betul-betul
berwibawa.

“Kami selaku persatuan negeri akan mengeluarkan belanja banyak.
Biarlah pelaburan yang dibuat berbaloi dan tidak mengalami kerugian,”
katanya.

Khairul Azwan yang juga Bendahari Pafa yakin Perak
tidak keseorangan kerana negeri lain juga turut mengalami masalah hampir
sama.

Katanya, Pafa akan membuat permohonan rasmi kepada FAM bagi meminta tarikh tutup itu dilanjutkan.

Setakat ini Perak sudah menguji awang import dari Australia dan
Afrika sejak 21 November lalu melalui beberapa siri perlawanan pemanas
badan termasuk tiga dalam tempoh empat hari bermula kelmarin.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Perak

Post by Park Deen on Sat Dec 10, 2011 4:42 am

Seladang mula latihan intensif
Oleh Azizan Hashim

SELEPAS melengkapkan kuota dua pemain importnya barulah ketua jurulatih Perak, Norizan Bakar dapat menjalankan persiapan sebenar pasukan Seladang bagi menghadapi kempen Liga M bermula Januari nanti.

Justeru tempoh beberapa minggu selanjutnya bakal menyaksikan pemain Perak dikerah dalam latihan intensif ketika Norizan berusaha menyediakan anak buahnya bagi saingan kali ini.


“Sebelum ini usaha banyak tertumpu ke arah memilih pemain import. Kini dengan selesai tugasan itu barulah latihan sebenar pasukan bermula,” katanya.

Menurut Norizan, Perak kini memiliki 24 pemain dalam pendaftaran kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan yakin bilangan itu mencukupi kerana kebiasaannya pemain Piala Presiden sering diserapkan ke dalam pasukan utama.


Katanya, Perak mendapat khidmat tiga muka baru untuk musim depan iaitu dua pemain Kuala Lumpur dan seorang pemain Felda United kelahiran Perak selain berjaya mendapatkan khidmat dua pemain dipinjam semasa Piala Malaysia iaitu Mohd Failee Ghazali dan Mohd Rafiuddin Roddin dari USM FC dan Harimau Muda.


“Saya rasa bilangan ini mencukupi. Oleh yang demikian saya tidak bercadang melengkapkan bilangan 25 pemain seperti yang dibenarkan,” jelasnya. Mengenai dua pemain import Perak dari Serbia dan Slovakia, Popovic dan Michal Kubala, jurulatih itu berkata masih terlalu awal untuk mengulas kemampuan penyerang dan pemain tengah itu. “Saya perlu melihat mereka dalam beberapa perlawanan. Saya baru menyaksikan mereka dalam tiga perlawanan persahabatan. Mereka juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Perak

Post by Park Deen on Tue Dec 13, 2011 5:36 am

ATM uji Kubala, Perak yang dapat
Oleh Azizan Hashim

DAPAT terpijak! Begitulah pandangan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengenai cara Seladang mendapatkan khidmat awang import keduanya, Michal Kubala.

Ini kerana pemain Slovakia itu sebenarnya terlebih dulu diuji Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan berjaya memenangi keyakinan jurulatih B Sathianathan.


Malangnya ATM pada masa itu sudah melengkapkan kouta dua pemain import menyebabkan mereka tidak boleh lagi mengikat Kubala.

Berikutan itu Pafa dengan bantuan pihak tertentu berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah berusia 31 tahun itu yang mahu dihantar pulang.


“Memang dia memberi persembahan baik ketika perlawanan persahabatan.


“Oleh itu, jurulatih Norizan Bakar memberi persetujuan terhadap pemain itu walaupun pada masa sama seorang calon dari Korea Selatan sudah lama bersama Perak,” kata Zainol.

Mengenai seorang pemain import, Lazar Popovic, Zainol berkata, pemain itu dicadangkan bekas pemain import Perak dari Bosnia, Josko Farac.


“Kami melihat banyak tayangan video mengenai pemain itu dan meminta Josko membawanya ke Malaysia agar dapat dilihat sendiri.

“Selepas melihatnya beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan, kami tidak teragak-agak mengikatnya,” katanya.


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri berharap kedua-dua pemain mampu memberi pulangan berbaloi terhadap pelaburan Perak itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Perak

Post by Park Deen on Thu Dec 22, 2011 3:50 am

Isu visa Popovic selesai

Oleh Azizan Hashim

IMPIAN pemain Serbia, Razar Popovic menyertai lawatan pasukan Perak
ke Medan, Sumatera untuk perlawanan pemanas badan tercapai apabila isu
visanya berjaya diselesaikan semalam.

Perkembangan itu dimaklumkan pengurus pasukan, Khairul Azwan
Harun yang menyatakan Popovic sudah terbang ke Medan bersama penolong
pengurus, Shahrul Azhar Soffian, semalam.

“Dengan bantuan imigresen, masalah visa Popovic dapat diselesaikan dan pemain itu sudah menyertai pasukan kami di Indonesia,” katanya. Sebelum itu,
Popovic tidak dapat bersama pasukan Isnin lalu kerana menghadapi
masalah visa selain mengalami keracunan makanan.

“Dia sudah sembuh sepenuhnya,” katanya.
Bagaimanapun penyerang tinggi lampai itu terlepas beraksi persahabatan
pertama skuad Seladang bertemu Kelab Tim Pon Sumut dari Sumatera Utara,
yang berkesudahan seri 0-0, kelmarin.

Azwan yang juga
Bendahari Pafa berkata, Popovic berpeluang beraksi dalam baki dua
perlawanan, bertemu Persatuan Sepak Bola Medan Sekitarnya (PSMS) hari
ini dan PSMS B, Sabtu ini.

Menurutnya, Perak akan terus menguji pemain dengan mengadakan
perlawanan persahabatan sekembalinya dari Medan dengan sebuah pasukan
tempatan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Perak

Post by Park Deen on Wed Jan 04, 2012 1:43 pm

Norizan enggan tabur janji manis
Oleh Azizan Hashim

MENYEDARI hakikat tiada yang dapat mengatasi ketentuan takdir, ketua jurulatih Perak, Norizan Bakar enggan menjanjikan apa-apa mengenai peluang Seladang dalam kempen Liga M 2012 bermula 10 Januari nanti .

“Yang pasti kami akan cuba sedaya upaya. Seperti pasukan lain kami juga ada sasaran dan ingin mencapainya. Justeru kita perlu reda dengan ketentuan illahi ,” katanya mengulas sasaran Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yang mahukan satu gelaran musim ini.

Cabaran itu dilontar Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin ketika berucap pada majlis memperkenalkan skuad Liga Super Perak di kediaman Menteri Besar Perak di Ipoh, kelmarin.

“Itu satu cabaran kepada pasukan dan InsyaAllah kami akan berusaha melaksanakannya,” katanya.

Perak memulakan kempen bertemu juara Piala FA, Terengganu di Ipoh pada Selasa diikuti pertemuan dengan musuh tradisi, Selangor di tempat lawan selepas itu.

Norizan bagaimanapun tidak menganggap kedua-dua perlawanan mem punyai sebarang keistimewaan sebaliknya pertemuan biasa yang perlu ditempuhi anak buahnya lambat laun nanti.

Mengenai keupayaan Perak, jurulatih itu berkata, masih banyak kerja perlu dilakukan kerana terdapat kelemahan dan kepincangan dalam pasukan ketika ini. “Masih ada bahagian longgar yang perlu diperkemas dan diperketatkan. Saya punyai sedikit masa lagi untuk melakukannya sebelum turun ke medan pertempuran,” katanya.

Sebagai ujian terakhir Norizan mengadakan perlawanan persahabatan terakhir dengan USM FC di Stadium Perak, malam tadi dengan harapan dapat meningkatkan lagi persefahaman gandingan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Perak

Post by Park Deen on Wed Jan 25, 2012 10:01 am

Perak gusar

Oleh Azizan Hashim
sukan@hmetro.com.my

PERAK belum puas hati dengan persembahan pemainnya biarpun meraikan
dua kejayaan berturut-turut termasuk yang terbaru 1-0 ke atas Johor FC
di Pasir Gudang, Sabtu lalu.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun berpendapat masih banyak
kelemahan dalam skuad kendalian Norizan Bakar itu terutama jentera
serangan yang tidak konsisten.

“Persembahan pasukan makin
meningkat tapi masih ada kelemahan terutama penyudah yang masih lemah,”
katanya. Ini berikutan kebuntuan jentera serangan ketika menentang
Johor FC yang menyaksikan gol kemenangan pasukan disumbang pemain
pertahanan, Shahrom Kalam.

Walaupun lega menang dan mengutip mata penuh daripada kunjungan ke
Pasir Gudang, itu, Azwan sedar Perak belum cukup mantap jika ingin
mencabar kejuaraan liga musim ini.

“Kami perlu lebih mantap dan bertenaga terutama penggempur. Penyerang perlu memanfatkan peluang yang datang,” katanya.

Mengenai gol Shahrom, beliau berkata ia bukan persoalan utama kerana yang penting ialah kerjasama berpasukan.

“Siapa jaring gol tidak penting kerana yang utama ialah kejayaan
pasukan. Begitupun saya akui tugas utama menjaringkan gol ialah
penyerang.

“Oleh yang demikian mereka perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan ketajaman pasukan,” katanya.

Beliau yang juga Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa)
berharap pemain tidak mudah puas hati selepas merakam kemenangan kedua
berturut-turut sebaliknya fokus terhadap tugasan seterusnya.

Walaupun
Perak kini berada di tangga ketiga liga namun persoalan besar kepada
peminat Seladang ialah bilakah penyerang Serbia, Lazar Popovic mampu
menamatkan kemarau jaringan selepas buntu empat perlawanan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Perak

Post by Park Deen on Thu Jan 26, 2012 2:35 am

Tiga mata lebih penting

Oleh Azizan Hashim
sukan@hmetro.com.my

JURULATIH Perak, Norizan Bakar tidak gusar dengan aksi tidak
konsisten barisan serangannya setakat ini biarpun isu itu kini menjadi
bualan hangat penyokong pasukan Kejor Yob Kejor.

Sebaliknya, yang penting bagi jurulatih berpengalaman itu ialah
keupayaan mengutip mata penuh bagi memastikan sasaran pasukan tercapai
musim ini.

“Yang penting kami mengutip mata penuh. Siapa
jaringkan gol bukan persoalan utama. Satu lagi yang saya mahu ialah
pemain beraksi sebagai satu unit padu dan mantap.

“Kerjasama dan kesungguhan setiap anggota pasukan amat penting,” katanya.

Ketika ramai yang mempersoalkan keupayaan penyerang import, Lazar Popovic yang
masih kemarau jaringan selepas empat perlawanan, jurulatih itu tampak
tidak tertekan dengan ketumpulan penyerang Serbia itu setakat ini.

Perak setakat ini menjaringkan empat gol dengan dua gol disumbangkan Akmal
Rizal Ahmad Rakhli manakala masing-masing satu gol oleh pemain tengah,
Michal Kubala dan pemain pertahanan, Shahrom kalam. “Masih terlalu awal
untuk saya ulas kerana baru empat perlawanan. Yang pasti pemain perlu
terus bekerja keras dan sentiasa berada pada tahap bersedia untuk
menghadapi perlawanan.

“Lebih penting setiap individu memberi sumbangan bermakna agar matlamat pasukan tercapai,” katanya.

Walaupun Perak menduduki tangga ketiga, Norizan tidak mahu anak buahnya cepat lupa diri kerana perjalanan mereka masih jauh.

“Kita tidak pasti berada di mana lagi. Oleh yang demikian pemain
perlu beri tumpuan sepenuhnya terhadap tugasan dan berusaha untuk
mengutip sebanyak mata yang boleh.

“Seperkara yang perlu
diingatkan ialah pemain tidak boleh memandang mudah mana-mana pencabar
dan tidak menjadikan pencapaian lalu sebagai sandaran.

“Masa berlalu dan setiap pasukan sudah melaksanakan perubahan dalam usaha
memantapkan pasukan. Pemain melakukan kesilapan besar jika bersikap
terlalu yakin ketika bertemu pencabar tertentu yang mereka pernah tumpas
tahun lalu,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Perak

Post by Park Deen on Thu Jan 26, 2012 2:51 am

Rasuah: PAFA jemput SPRM beri ceramah


IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) akan menjemput Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi ceramah kepada para
pemainnya.

"Kita akan memanggil SPRM dan pihak polis untuk memberikan ceramah secara berkala kepada keseluruhan pasukan.

"Pegawai, pemain dan seluruh warga Pafa diwajibkan menghadiri program
ceramah dan taklimat yang akan diadakan kelak," kata Presiden Pafa,
Datuk Zainol Padzi Paharuddin kepada pemberita semalam.

Beliau berkata, langkah itu adalah antara beberapa pendekatan awal
bagi memastikan imej pasukan itu sentiasa bersih dari segala isu negatif
dan tidak sihat.

Katanya, mana-mana warga Pafa yang didapati terlibat di dalam masalah
ini akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang atau digugurkan
daripada pasukan dengan serta merta. - Bernama
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Perak

Post by Park Deen on Wed Feb 01, 2012 3:50 am

Debaran awang import

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my


POPOVIC gagal memberi impak sejak menyarung jersi Perak.



NASIB dua pemain import Perak, Lazar Popovic dan Michal Kubala akan diketahui sebelum 13 Februari ini.

Pengurus Perak, Khairul Azwan Harun menjelaskan, Jawatankuasa
Pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) akan bermesyuarat bagi
membincangkan kedudukan Popovic dan Kubala bersama skuad Seladang musim
ini.

Bagaimanapun, Khairul Azwan tidak menyatakan tarikh sebenar mesyuarat
itu, namun memberitahu bahawa mesyuarat berkenaan akan diadakan sebelum
13 Februari ini - tarikh akhir pendaftaran pemain import sebagaimana
yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Mesyuarat pengurusan yang akan dipengerusikan oleh Presiden Pafa,
Datuk Zainol Padzi Paharudin akan membincangkan secara terperinci
prestasi Kubala dan Popovic.

"Pada mesyuarat itu nanti, Pafa akan mengambil keputusan muktamad
sama ada mahu menyingkirkan atau mengekalkan Kubala dan Popovic," kata
Khairul Azwan.

Sebelum ini, para penyokong setia Kejor Yob Kejor melahirkan perasaan tidak puas hati dengan prestasi yang dipamerkan Popovic.

Popovic yang pernah beraksi dalam skuad remaja Serbia disenaraikan
sebagai penyerang utama Perak, tetapi masih gagal menjaringkan sebarang
gol sejak lima perlawanan lalu.

Kegagalan itu turut mendapat perhatian Zainol Padzi dengan menyatakan
bahawa Popovic diambil untuk menjaringkan gol bukan sebagai penggerak
serangan.

Tidak seperti Popovic, kelibat Kubala yang beraksi di bahagian tengah sering mendapat pujian daripada para penyokong Perak.

Daripada enam gol yang direkodkan Perak dalam kempen Liga Super setakat ini, Kubala berjaya menyumbang dua gol.

Rata-rata peminat Perak berpendapat Kubala dapat beraksi dengan baik di bahagian tengah bersama kapten, Shahrulnizam Mustafa.

Ketika ini, Perak berada di tangga ketiga Liga Super dengan mengumpul 12 mata hasil empat kemenangan dan sekali tewas.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Perak

Post by Park Deen on Mon Mar 26, 2012 10:39 am

‘Perlu idea konkrit’

Oleh Azizan Hashim
sukan@hmetro.com.my

JANGAN sekat ahli gabungan bersuara! Begitulah pandangan Presiden
Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang
berharap badan induk, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersikap lebih
terbuka.

Bagi Zainol Fadzi, ahli gabungan perlu diberi peluang memberikan
pandangan agar berlaku percambahan idea konkrit dan bersepadu demi
kemajuan sukan bola sepak tanahair.

Tanpa berniat menyalahkan sesiapa, Presiden Pafa itu berkata langkah menghalang ahli
gabungan dan pegawai persatuan daripada mengutarakan cadangan dan
memberi pendapat tidak boleh membawa sebarang kebaikan.

“Sebagai ahli gabungan, persatuan negeri juga mempunyai peranan
dalam memajukan sukan bola sepak. Justeru pegawai persatuan sepatutnya
dibenarkan bersuara dan menyatakan pandangan.

“Bagi saya pandangan berbeza dan tidak selari bukan bererti penentangan sebaliknya adalah teguran untuk membina.

“Jika berlaku persengketaan maka ia boleh diselesaikan melalui
perbincangan. Jangan cepat melatah ,”katanya. Beliau memberi reaksi
sedemikian sebagai mengulas tindakan FAM mengheret Timbalan Presiden,
Tan Sri Annuar Musa ke Jawatankuasa Disiplin kerana memberikan pendapat
ke atas prestasi hambar skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K
Rajagobal.

Kecelaruan berlaku apabila Annuar yang juga Timbalan Pengurusi
Jawatankuasa Skuad Kebangsaan Senior dianggap sudah melanggar peraturan
FAM. Tiga pertuduhan dikenakan beliau.

Sebaliknya Setiausha
Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang memberi reaksi kecewa atas
kegagalan skuad Olimpik negara tidak dikenakan sebarang tindakan
sehingga sekarang.

Kesalahan Azzuddin itu jelas bertentangan dengan peraturan badan
induk itu kerana beliau hanya seorang pegawai pengurusan organisasi.

Lebih celaru apabila Pengerusi Jawatankusa Disiplin, Datuk Taufik Abdul Razak
sendiri mengambil masa lama untuk menyiasat kenyataan media Azzuddin
itu.

Inilah yang menimbulkan banyak persoalan dan keraguan.

Zainol Fadzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan
Sukan Negeri berpendapat sebarang pandangan, teguran dan kritikan boleh
dijadikan sebagai pandangan ‘kedua’ tanpa perlu dijadikan isu besar.

Dalam perkembangan lain, Perak yang sedang mencari pengganti Lazar Popovic
menunjukkan minat terhadap pemenang kasut emas 2006, Keita Manjou yang
menawarkan khidmatnya kepada Seladang.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Perak

Post by Park Deen on Mon Apr 02, 2012 3:03 pm

Seladang tertekan

Oleh Azizan Hashim
sukan@hmetro.com.my

PENGURUS Perak, Khairul Azwan Harun perlu bertindak segera bagi
menyekat kemerosotan Seladang yang melalui lima perlawanan tanpa
kemenangan dalam kancah Liga Super 2012.

Ketika pasukan lain menunjukkan peningkatan selepas permulaan goyah
Perak pula sebaliknya sekadar mampu meraih satu mata daripada lima
perlawanannya.

Terbaru, kekalahan 0-3 kepada pasukan yang ternyata semakin meningkat, Kedah di Alor Setar, Jumaat lalu.

Pada perlawanan itu Perak tumpas kepada dua jaringan pemain import
Kedah, Hamidan Mohammed serta satu jaringan sendiri Syazwan Roslan.

“Kami tumpas kerana gagal memanfaatkan peluang menjaringkan gol.
Manakala gol sendiri itu merentap semangat dan keyakinan pasukan,”kata
Azwan.

Pada masa sama, pengurus Perak itu mengakui beberapa
pemain Perak beraksi di bawah tahap sebenar termasuk dua pemain import,
Lazar Popovic dan Michal Kubala.


Popovic beraksi dalam perlawanan terakhir untuk Perak pada
perlawanan dengan Kedah itu kerana dikatakan sudah diberi notis oleh
Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) gagal menjadikan perlawanan terakhir
itu sesuatu yang istimewa.

Berikutan itu Azwan mengakui
akan bertindak bagi menyekat kemerosotan Perak yang turut menghakis
keyakinan peminat setia terhadap keupayaan mereka.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Perak

Post by Park Deen on Sun Apr 22, 2012 10:41 am

Perak tak boleh alpa

Oleh AZIZAN HASHIM

TUAN rumah, Perak akan memberi persembahan terbaik apabila turun
melayani pasukan Semen Padang dari Indonesia dalam perlawanan
persahabatan Siri Nusantara di Stadium Perak, malam ini.

Kapten Seladang, Shahrulnizam Mustapa menegaskan, perlawanan ini
tidak boleh dianggap remeh biarpun ia hanyalah perlawanan persahabatan.

“Ini adalah perlawanan antarabangsa. Maruah dan imej tetap menjadi
pertaruhan. Justeru kami akan berusaha untuk menjaga nama baik Malaysia
dan Perak,” kata pemain itu semasa majlis menyambut pasukan pelawat yang
mendapat jolokan ‘Kerbau Sirah’ itu semalam.

Shahrulnizam yang lebih dikenali sebagai Arul berkata perlawanan itu
juga kesempatan terbaik untuk pemain menimba pengalaman bertemu pencabar
kuat yang mengamalkan corak berbeza.

Menyedari hakikat
pasukan lawan tampil dengan barisan terkuat, bekas pemain kebangsaan itu
yakin akan mendorong semangat pemain tuan rumah untuk menandingi lawan
yang tampil selaku pendahulu Liga Premier Indonesia.

“Perlawanan
ini pasti sukar dan mencabar buat kami. Justeru, setiap pemain perlu
bersedia pada tahap tertinggi untuk menghadapi cabaran lawan,”katanya.

Sementara itu, kapten Semen Padang, Hengke Ardiles turut menyuarakan
hasrat pasukan itu untuk memberikan persembahan terbaik mereka dalam
perlawanan itu.

Pemain pertahanan berusia 31 tahun itu
menghormati pasukan tuan rumah kerana berdasarkan sambutan yang
diberikan kepada mereka, dia yakin Perak bukan calang-calang pasukan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Perak

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum