Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Selangor, Pahang langkah kanan

View previous topic View next topic Go down

Selangor, Pahang langkah kanan

Post by Park Deen on Wed Sep 26, 2012 5:13 am

Selangor, Pahang langkah kanan (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan RADIAH SAORI
sukan@kosmo.com.my


PENYERANG Lions XII, Shahdan Sulaiman (tengah) dihalang dua pemain
Pahang pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Kuantan semalam.




JUARA 32 kali, Selangor mendapat bekalan selesa selepas mudah
menewaskan Johor FC 3-1 pada perlawanan suku akhir pertama pertandingan
Piala Malaysia di Stadium Pasir Gudang, Johor malam tadi.

Kemenangan itu hadir menerusi jaringan Safiq Rahim, Mohd. Bunyamin
Umar dan Mohd. Amri Yahyah, sekali gus meletakkan skuad Gergasi Merah
semakin menghampiri slot ke separuh akhir.

Beraksi di gelanggang lawan nyata tidak menjadi penghalang buat skuad
kendalian Irfan Bakti Abu Salim untuk mempamerkan aksi cemerlang
apabila menguasai sebahagian besar perlawanan tersebut.

Beraksi di babak pertama, Safiq membuka jaringan seawal minit ke-11
menerusi sepakan percuma sebelum Selangor terus mengukuhkan kedudukan
apabila tonggak pertahanan Gergasi Merah, Bunyamin menggandakan
kedudukan pasukan pelawat pada minit ke-20.

Selang empat minit kemudian, penyerang sensasi Gergasi Merah, Amri
memastikan Selangor mendahului tiga gol di depan se- lepas memanfaatkan
kesilapan penjaga gol Johor FC, Zamir Selamat yang gagal mendakap kemas
percubaan Amri.

Jaringan tersebut merupakan gol kelima Amri pada kempen Piala
Malaysia musim ini selepas kembali bersama Selangor sebaik tamat tempoh
penggantungan tiga perlawanan.

Bersambung babak kedua, Johor FC tampil dengan corak agresif dan
berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi Mohd. Akmal Mohd. Nor
pada minit ke-52.

Begitupun, kemenangan Gergasi Merah dibayar dengan harga yang begitu
tinggi apabila Bunyamin dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit
ke- 65 selepas dia bertindak kasar ke atas pemain lawan.

Meskipun beraksi dengan 10 pemain, Johor FC masih gagal untuk
menembusi benteng pertahanan Selangor dan keputusan 3-1 kekal hingga
tamat perlawa- nan.

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang mencatatkan
kemenangan tipis 2-1 ke atas lawan dari Singa- pura, Lions XII.

Seperti yang diramalkan, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga
sehingga penyerang Pahang, Mohd. Fauzi Roslan membuka jaringan pertama
seawal minit ke-10.

Lions XII kembali menjadikan kedudukan 1-1 apabila kapten Tok Gajah,
Jalaluddin Jaafar menjaringkan gol sendiri pada minit ke-20.

Kedua-dua pasukan terdesak untuk memburu gol kemenangan tetapi
perancang Tok Gajah, Hafiz Kamal memastikan kemenangan menjadi milik
Pahang apabila dia memperoleh gol kedua pada minit ke-76.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum