Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

ATM sedia gempur - Sathianathan

View previous topic View next topic Go down

ATM sedia gempur - Sathianathan

Post by Park Deen on Wed Sep 26, 2012 5:07 am

ATM sedia gempur - Sathianathan (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
BARU setahun jagung. Itu anggapan jurulatih skuad Angkatan Tentera
Malaysia (ATM), B. Sathianathan ketika diminta mengulas perbandingan
skuad bimbingannya dengan penyandang juara Piala Malay- sia, Negeri
Sembilan.

Sathianathan menyedari pasukan yang dikenali dengan jolokan Hoben
Jang Hoben itu cukup 'kaya' dengan pengalaman terutama di pentas Piala
Malaysia menjelang pertemuan suku akhir pertama pada Jumaat ini.

Meskipun ATM berjaya melakarkan satu sejarah baharu selepas berjaya
mara ke peringkat suku akhir buat kali pertama, bekas jurulatih
kebangsaan itu tetap merendah diri sambil menyifatkan Negeri Sembilan
adalah pasukan pilihan berbanding skuad kendaliannya itu.

"Jika diikutkan daripada segi pengalaman, ia lebih memihak kepada Negeri Sembilan.

"Mereka berjaya mara ke pentas final sebanyak tiga kali (2009, 2010
dan 2011) dan muncul sebagai juara (dengan menewaskan Terengganu 2-1)
pada musim lalu.

"Biarpun (jurulatih Negeri Sembilan), Mohd. Azraai Khor Abdullah
mengatakan kami memiliki ramai pemain kebangsaan tetapi bagi saya,
pengalaman adalah lebih penting.

"Jika dibandingkan dengan kami, ATM beraksi di Liga Premier dan
mereka (Negeri Sembilan) sudah biasa bertemu dengan pasukan- pasukan
kuat pada pentas Liga Super.

"Sejujurnya, Negeri Sembilan lebih layak dianggap pasukan pilihan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Begitupun, kenyataan bekas jurulatih Kelantan itu tidak bermaksud
skuad Tentera itu sudah mengibar 'bendera putih' sebelum sepak mula di
Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Sebaliknya, Sathianathan yakin kemampuan ATM sudah diuji apabila
berjaya melepasi 'kumpulan maut' pada peringkat kumpulan B yang turut
disertai finalis musim lalu, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

"Benar, mereka merupakan satu pasukan yang kuat terutama pada posisi
perta- hanan tetapi ia tidak bermakna kami sudah menyerah kalah.

"ATM sudah membuktikan keupayaan mara ke pusingan suku akhir termasuk menewaskan Terengganu dan Kedah pada peringkat kumpulan.

"Kami sudah bersedia dan paling mustahak, ATM akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan kemenangan selesa," katanya

Sementara itu, Sathianathan memberitahu, beliau akan merombak benteng
pertahanan ATM selepas dua tonggak pertahanan ATM, Mohamad Aidil Zafuan
Abd. Radzak dan Amirizdwan Taj Tajudin mengalami kecederaan pangkal
paha.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum