Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sifu tempatan tunjuk minat latih Perak

View previous topic View next topic Go down

Sifu tempatan tunjuk minat latih Perak

Post by Park Deen on Wed Sep 26, 2012 5:00 am

Sifu tempatan tunjuk minat latih Perak (Kosmo)



BEBERAPA jurulatih tempatan mula mengintai peluang menjadi ketua
juru- latih skuad Seladang untuk saingan Liga Super musim 2013, lapor
KAMA- RUDDIN ISMAIL.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberitahu bahawa beliau sudah menerima beberapa resume daripada jurulatih berkenaan.

Katanya, mereka menyatakan kesediaan untuk melatih skuad Seladang musim depan.

Bagaimanapun Presiden Pafa itu enggan mendedahkan nama-nama jurulatih
tersebut dan berkata, kedudukan ketua jurulatih akan diketahui selepas
Kongres Pafa pada 7 Oktober depan.

"Pafa juga belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan Jang
Jung kerana kontraknya hanya akan tamat pada 31 Oktober nanti," jelas
Zai- nol di Ipoh semalam.

Sebelum ini, bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar telah
mengendali- kan skuad Seladang selama dua tahun mulai tahun 2011 lalu.

Namun, Norizan mengambil cuti mengejut selepas Perak dibelasah 0-6 oleh Kelantan di Kota Bharu pada 7 Julai lalu.

Selepas itu, Jang Jung diambil bagi mengendalikan skuad Seladang bagi
aksi Piala Malaysia mulai awal bulan Ogos lalu setelah ketiadaan
Norizan Bakar.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum