Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Muda bersemangat

View previous topic View next topic Go down

Harimau Muda bersemangat

Post by Park Deen on Wed Sep 26, 2012 4:49 am

Harimau Muda bersemangat (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
SEMANGAT skuad Harimau Muda bagi menghadapi baki saingan Liga Singapura (Liga S) musim ini dilihat semakin memuncak.

Hanya tinggal lima perlawanan sebelum Liga S melabuhkan tirainya musim ini, skuad kendalian Ong Kim Swee (gambar)
pastinya berselera besar meneruskan momentum kemenangan apabila melayan
kunjungan Balestier Khalsa di Stadium Yishun malam esok sebaik memadam
cabaran pasukan tercorot, Woodlands Wellington 2-0, Sabtu lalu.

Biarpun rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam pusingan pertama Liga
S tidak memihak kepada Harimau Muda apabila tewas 0-2 pada aksi di
Stadium Toa Payoh pada 20 April lalu, Kim Swee enggan anak-anak buahnya
'mengibarkan bendera putih' sebelum berjuang.

Bakal tampil dengan skuad terbaik memandangkan pemainnya bebas
daripada kecederaan serta penggantungan perlawa- nan malam esok, sudah
tentu Kim Swee mahu pertembungan itu berakhir dengan kejayaan.

"Sudah lama rasanya saya tidak berada dalam situasi sebegini apabila
majoriti pemain utama bebas dari kecederaan serta tidak menjalani
apa-apa penggantungan perlawanan.

"Kedua-dua pasukan juga kini berkongsi 35 mata, jadi ia pasti- nya
satu pertembungan yang cukup sengit," kata Kim Swee semasa dihubungi Kosmo! di Singapura kelmarin.

Mengulas lanjut, Kim Swee membayangkan bakal mengekalkan kesebelasan
utama seperti mana ketika berdepan Wellington tempoh hari termasuk Wan
Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat selain tonggak pertahanan, Mohd.
Fadhli Shas yang kembali memperkuatkan Harimau Muda selepas selesai
menjalani hukuman penggantungan perlawanan sebelum ini.

Persembahan rangkaian penyerang yang diterajui A. Thamil Arasu
bersama Syahrul Azwari Ibrahim ataupun Ahmad Hazwan Bakri katanya, juga
diharapkan mampu menjelmakan kemenangan yang cukup istimewa malam esok.

"Ketika ini, hanya Nazirul Naim Che Hashim sahaja yang mengalami
kecederaan kecil, namun ia tidak begitu membim- bangkan. Jika ada
perubahan pun, saya mungkin hanya menukar satu atau dua pe- main
sahaja," jelasnya.

Selepas menentang Balestier Khalsa malam esok, Harimau Muda bakal diuji Gombak United di stadium yang sama tiga hari kemudian.

Bagi aksi sepanjang Oktober pula, Hari- mau Muda akan membuat
perhitungan dengan Hougang United di tempat lawan (20 Oktober) sebelum
melayan kunjungan Geylang United empat hari selepas itu.

Mereka akan menutup tirai Liga S berdepan pendahulu liga, Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar pada 1 November depan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum