Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Gergasi Merah dituntut pamer karakter sebenar

View previous topic View next topic Go down

Gergasi Merah dituntut pamer karakter sebenar

Post by Park Deen on Tue Sep 25, 2012 4:22 am

Gergasi Merah dituntut pamer karakter sebenar (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AMRI (kiri) menjadi sandaran terbaik bagi merobek gawang Johor FC di Stadium Pasir Gudang, Johor malam ini.




SENTIMEN luar padang menjelang pertemuan menentang Johor FC di
Stadium Pasir Gudang dalam aksi suku akhir pertama kempen Piala Malaysia
malam ini, dilihat tidak menjejaskan konsentrasi pengendali Selangor,
Irfan Bakti Abu Salim.

Biarpun sedar kekecewaan ditundukkan lawan yang sama pada pusingan
kedua Piala FA, Mac lalu masih 'berparut' di 'kotak hati' penyokong
setia Gergasi Merah, Irfan Bakti menyifatkan aksi malam ini sesuatu yang
cukup berbeza.

Justeru, Irfan Bakti mahu anak-anak buahnya mempamerkan karakter
sebenar malam ini tanpa sebarang tekanan bagi memburu defisit gol
sebagai bekalan selesa ke Stadium Shah Alam selepas ini.

"Tiada sebarang latihan isti- mewa semata-mata berdepan Johor FC.
Yang penting, kami main macam biasa tanpa teka- nan dan memburu
kemenangan selesa," katanya kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, 'Misi 33' Merah Kuning sebelum ini sering kali
tergendala setelah kali terakhir mendakap trofi berprestij itu pada 2005
apabila menewaskan Perlis 3-0 menerusi jaringan hatrik penyerang
import, Bambang Pamungkas.

Pada masa sama, Irfan Bakti juga kekal menaruh kepercayaan terhadap
kesebelasan utama Selangor ketika mengharungi peringkat kumpulan sebelum
ini termasuk penjaga gol, Norazlan Razali biarpun pemain itu pernah
membuat kesilapan mudah ketika berdepan Sang Lebah pada kempen Piala FA
sebelum ini.

"Saya tidak akan membuat sebarang rombakan, sebaliknya menaruh
kepercayaan terhadap 11 pemain utama yang sama seperti mana sebelum
ini," jelasnya optimis.

Malam ini, sentuhan Amri Yahyah meneruskan momentum jaringan pastinya
ditagih Irfan Bakti bersama penyerang import, Bosko Balaban.

Kebijaksanaan kapten baharu, Safiq Rahim mengemudi jentera tengah
juga diharap mampu menjelmakan kemenangan selesa buat Gergasi Merah
sebelum kembali melayan kunjungan Sang Lebah di Shah Alam minggu depan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum