Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelantan tetap mahu menang

View previous topic View next topic Go down

Kelantan tetap mahu menang

Post by Park Deen on Tue Sep 25, 2012 4:20 am

Kelantan tetap mahu menang (Kosmo)



Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my
KELANTAN akan terus mempertahankan misi tanpa kalah di gelanggang
keramat mereka, Stadium Sultan Muhammed IV apabila turun menentang Arbil
SC pada perlawanan suku akhir kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia
(AFC) malam ini.

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak bagaimanapun realistik dengan
kemampuan pasukannya yang memerlukan empat gol bagi mencipta kejutan
layak ke separuh akhir selain perlu mempertahankan gawang daripada
dibolosi.

Menurutnya, perlawanan malam ini tidak memberikan apa-apa tekanan
kepada beliau dan anak-anak buahnya kerana sejak daripada awal lagi
pihak pengurusan tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan ini.

"Kita akan cuba yang terbaik namun, tewas 1-5 pada aksi pertama
tempoh hari pastinya memberikan Arbil SC kelebihan tetapi ini adalah
bola sepak dan segalanya tidak mustahil.

"Kelantan tidak pernah tewas di Kota Bharu sepanjang musim ini dan hanya seri beberapa kali.

"Saya harap kita mampu mengekalkan rekod tersebut sekalipun ia tidak
melayakkan kita ke peringkat seterusnya," katanya pada sidang akhbar di
Kota Bharu semalam.

Tambahnya, kehadiran semula enam tonggak utama ke pangkuan pasukan
membolehkannya mempunyai banyak pilihan bagi menguji kekuatan sebenar
Arbil SC berbanding ketika perlawanan di tempat lawan tempoh hari.

Katanya, sebagai semi fina- lis kejohanan musim lalu, Arbil SC sudah
tentu memandang serius perlawanan malam ini selain mahu mengekalkan
kelebihan yang ada.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum