Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Muda kembali bangkit

View previous topic View next topic Go down

Harimau Muda kembali bangkit

Post by Park Deen on Mon Sep 24, 2012 10:49 am

Harimau Muda kembali bangkit (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


THAMIL ARASU (tengah) tampil hebat
untuk membantu kemenangan Harimau Muda pada aksi menentang Woodlands
Wellington dalam saingan Liga S di Stadium Yishun kelmarin.




SKUAD Harimau Muda kembali mengaum di bumi Singapura.Malam kelmarin,
anak-anak buah Ong Kim Swee kembali bangkit melakar kemenangan selesa
2-0 ke atas pasukan tercorot, Woodlands Wellington dalam aksi Liga
Singapura (Liga S) 2012 di Stadium Yishun.

Ternyata, memori duka ditewaskan Home United 0-3 minggu lalu tidak
lagi membelenggu skuad muda negara apabila mempamerkan persembahan
bertenaga kelmarin sekali gus melonjak kedudukan ke tangga kelima liga
dengan 35 mata.

Penyerang berbisa negara, A. Thamil Arasu muncul wira tuan rumah apabila mencetak kedua-dua gol dalam perlawanan tersebut.

“Pemain berjaya memberikan yang terbaik dan saya gembira dengan persembahan mereka.

“Saya harap kami mampu menamatkan saingan musim ini dengan cukup sempurna,” kata Kim Swee selepas perlawanan itu.

Tampil tanpa Mohd. Fadhli Shas yang digantung perlawanan, Harimau
Muda jelas bermula garang apabila Thamil bijak menyempurnakan hantaran
Wan Zack Haikal untuk gol pertama tuan rumah pada minit ke-68.

Thamil sekali lagi mengecewakan penjaga gol pelawat, Ahmadulhaq Che
Omar apabila tenang menyempurnakan hantaran Fandi Othman dua minit
sebelum perlawanan tamat.

Dengan keputusan itu, Harimau Muda kini berkongsi mata bersama Home
United dan Balestier Khalsa namun beraksi kurang dua perlawanan.

Selepas ini, Harimau Muda akan melayan kunjungan Balestier Khalsa
(Khamis ini) dan Gombak United (30 September) di Stadium Yishun.

Bagi aksi sepanjang Oktober pula, Harimau Muda akan membuat
perhitungan dengan Hougang United di tempat lawan (20 Oktober) sebelum
melayan kunjungan Geylang United empat hari kemudian.

Mereka akan menutup tirai Liga S berdepan pendahulu liga, Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar pada 1 November depan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum