Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Butler mahu selesai cara baik kemelut dengan PBSNT

View previous topic View next topic Go down

Butler mahu selesai cara baik kemelut dengan PBSNT

Post by Park Deen on Sat Sep 22, 2012 10:00 am

Butler mahu selesai cara baik kemelut dengan PBSNT (Kosmo)



JURULATIH pasukan bola sepak Terengganu, Peter Butler tidak akan
mengambil mudah tetapi mahu menggunakan cara baik bagi menyelesaikan
kemelut antara dia dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu
(PBSNT), lapor MANIRAH OTHMAN.

Antaranya mengenai penggantungannya selama enam bulan apabila
persatuan itu melalui satu mesyuarat khas memutuskan Butler bersalah
kerana mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dua pemainnya tanpa
kebenaran PBSNT sebelum ini.

Tindakan itu menyebabkan kontrak jurulatih itu ditamatkan secara
automatik kerana digantung melebihi 30 hari berdasarkan peraturan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perkara tersebut dinyatakan
dalam satu surat yang diserahkan PBS- NT kepada Butler kelmarin.

“Saya akan menghantar surat rayuan kepada PBSNT Isnin ini berhubung
tindakan penggantungan tugas itu,” katanya ketika di- hubungi semalam.

Jelasnya, beliau enggan mengambil mudah perkara itu khususnya
berkaitan kandungan surat yang diterimanya daripada persatuan tersebut
tetapi masih berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan cara
baik.

“Saya juga akan berbincang dengan peguam saya sebelum mengambil
sebarang tindakan khususnya berhubung isu penggantungan saya (sebagai
pengendali Terengganu).

“Malah, jika perlu, saya mungkin akan mempertimbangkan untuk
mendapatkan nasihat daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sendiri
berhubung perkara ini,” katanya.

Selain dikenakan hukuman penggantungan selama enam bulan, Butler
turut berhadapan dengan hukuman pemotongan gaji sebanyak 15 peratus
serta denda sebanyak RM4,000 oleh persatuan berkenaan.

Namun, kejutan lebih besar berikutan surat yang diterimanya turut
menyentuh mengenai pembatalan kontrak secara auto- matik sekiranya
digantung melebihi 30 hari berdasarkan pera- turan yang ditetapkan oleh
FAM.

Dalam pada itu, Butler memberitahu, beliau sedia meninggal- kan kem
Terengganu sekiranya keputusan yang dibuat nanti masih tidak memihak
kepadanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum