Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Jangan ulangi kesilapan'

View previous topic View next topic Go down

'Jangan ulangi kesilapan'

Post by Park Deen on Sat Sep 22, 2012 9:57 am

'Jangan ulangi kesilapan' (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
JANGAN ulangi kesilapan yang sama.

Itu mesej positif pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee kepada
anak-anak buahnya menjelang pertemuan menentang Wood- lands Wellington
dalam aksi Liga Singapura (Liga S) di Stadium Yishun malam ini.

Menurut beliau, beberapa kelemahan seperti gagal menyerap asakan pantas serta kehilangan fokus ketika berdepan set piece lawan seperti mana ketika tewas kepada Home United 0-3 minggu lalu wajar diatasi segera.

"Ketika berdepan Home United (tempoh hari), keghairahan menyerang
habis-habisan gara-gara ketinggalan akhirnya dihukum dengan serangan
pantas skuad lawan.

"Kami juga gagal menyaingi pemain lawan ketika set piece termasuk sepakan penjuru.

"Jadi, ia tidak harus diulangi ketika menentang Wellington jika kami
mahu terus bersaing sehingga penghujung saingan Liga S," kata Kim Swee
kepada Kosmo! baru-baru ini.

Harimau Muda kini di tangga keenam liga apabila mengutip 32 mata
daripada 18 perlawanan, jauh di depan Wellington yang terperosok di
tangga tercorot kumpulan apabila sekadar meraih 10 mata setakat ini.

Selepas berdepan Wellington, Harimau Muda akan melayan kunjungan
Balestier Khalsa (27 September) dan Gombak United (30 September) di
Stadium Yishun.

Bagi aksi sepanjang Oktober pula, Hari- mau Muda akan membuat
perhitungan dengan Hougang United di tempat lawan (20 Oktober) sebelum
melayan kunjungan Geylang United empat hari kemudian.

Mereka akan menutup tirai Liga S berdepan pendahulu liga, Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar pada 1 November depan.

Malam ini, skuad Kim Swee kembali diperkuatkan dengan kehadiran enam
pemain iaitu Mahalli Jasuli, Mohd. Fadhli Mohd. Shas, Mohd. Irfan
Fazail, Mohd. Izham Tarmizi Roslan, Gary Steven Robbat dan Wan Zack
Haikal Wan Nor yang baharu sahaja selesai menjalani latihan bersama
skuad kebangsaan semalam.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum