Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pasukan Bolasepak Kedah

View previous topic View next topic Go down

Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Wed Nov 02, 2011 11:29 am

Berita Rtm Kedah :
ALOR SETAR, 1 Nov: Kedah akan menguji beberapa pemain import pada sesi
ujian yang akan diadakan pada 15,16 dan 17 November ini. Pengurus
pasukan, Datuk Khazali Din berkata, antara pemain tersebut termasuk
pemain Kelahiran Saint Vincent, Marlon Alex James, seorang pemain dari
Croatia dan beberapa pemain dari benua Afrika.




Last edited by Park Deen on Tue Nov 15, 2011 5:40 am; edited 1 time in total
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Wed Nov 02, 2011 11:34 am

Aksi
pembuka tirai Piala Emas Raja-Raja Ke-71 bermula dgn Piala Agong
menjadi rebutan antara Ktan bertemu Perlis 12 Nov diSSM-IV, Kota Bharu..

Kump A > N9 -Pahang-Kedah-Spore > Vanue N9..
Kump B > Tganu-Tentera-Polis-Pulau Pinang > Vanue Tganu..
Kump C > Perak-Sgor-Johor-Masum > Vanue Perak..
Kump D > Ktan-Perlis-KL-Melaka > Vanue Ktan..

Aksi 4 kump selama 3 hari bermula 25 Nov..Suku akhir secara timbal
balik 03 dan 10 Dis.,Separuh akhir 17 dan 24 Dis..Final 30 Dis..
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Wed Nov 02, 2011 11:37 am

Dengar kata la...

1)wan jamak kena 2 pertuduhan. pertuduhan pertama boleh dihukum gantung 6
game & pertuduhan kedua 8 game, so total 14 game. tarikh last buat
rayuan ialah sebelum jam 12 tengah hari 4 nov 2011
2) berkenaan perpindahan badrol ianya hanya spekulasi sahaja. mukmatad badrol kekal bersama kedah, dari mulut badrol sendiri.
3) helmi remeli &azmizi azmi 80% sah bermain utk kedah bg replace tempat shahril faizal & azmi muslim. asrarudin masih dlm perbincangan awal.
4) target utama kedah utk posisi midfield ialah shafiq rahim &
azidan sarudin, secara dasar dah setuju tapi gaji menjadi faktor utama.
utk makluman anda, seorang pemain kebangsaan selalunya mempunyai tanda
aras gaji melebihi 12k sebulan.
5) bagi perlawanan persahabatan utk
menguji pemain import pada 15, 16 & 17 nov ni, ianya merupakan
kejohanan 4 penjuru. kemungkinan besar melibatkan kelab thailand.
6) nama lain yg menjadi buruan kfa ialah idris karim, rizal zambri yahya, faiz subri, amirul hadi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Sat Dec 03, 2011 7:34 am

Kedah, Pulau Pinang berentap
Oleh Bashah Zainol Abidin
am@hmetro.com.my

KEDAH yang menjuarai peringkat kumpulan Piala Emas Raja-Raja di
Seremban akan bertemu Pulau Pinang pada suku akhir pertama di Stadium
Darulaman, malam ini.

Pengurus pasukan Kedah, Muhamad Shakri Mat berkata, mereka mahu
mengulangi kejayaan 2006 dengan menjuarai Piala Emas Raja-Raja selepas
gagal berbuat demikian sejak lima tahun lalu.

“Kami sedar tiada perlawanan mudah, apatah lagi Pulau Pinang dibarisi ramai pemain
muda dan mereka juga pasti berhasrat untuk menang.

“Tapi, saya yakin pemain mampu bermain baik seperti di Negeri
Sembilan. “Beraksi di depan peminat sendiri pasti akan membangkitkan
semangat mereka,” kata Shakri.

Tiket berharga RM10 dan RM5 boleh dibeli di Stadium Darulaman sebelum perlawanan hari ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Sun Dec 04, 2011 11:12 am

Perlawanan Persahabatab :-
kedah vs narathiwat
5/12/2011 bsamaan 9.1.1433H
di Stadium Darul Aman..
pukul 20.30
tambang RM5
*pakat mai ramai2 kalau nk tgk player kedah main Smile
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Mon Dec 19, 2011 3:00 pm

Separuh akhir pertama Piala Emas Raja-Raja batal mengejut


ALOR SETAR - Lebih 1,000 penyokong Kedah tidak
puas hati apabila perlawanan separuh akhir pertama Piala Emas Raja-Raja
2011 antara Kedah dan Melaka di Stadium Darul Aman malam semalam
dibatalkan pada saat-saat akhir oleh Persatuan Bola Sepak Melayu
Malaysia (PBSMM).

Perlawanan tersebut dibatalkan setelah PBSM Pulau Pinang (PBSMPP)
membuat bantahan kepada PBSM Kedah (PBSMK) yang mendakwa pemain pasukan
tersebut, Azrizan Ahmad (yang sebelum ini mewakili pasukan SDM Kepala
Batas di dalam saingan Piala Presiden 2011) digantung oleh Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) akibat tuduhan rasuah.

Salah seorang penonton, Rashdi Muktar, 40, berkata dia agak kecewa
dengan keputusan yang dibuat oleh PBSMM pada saat-saat akhir, yang mana
menyusahkan penonton yang sanggup datang ke stadium bagi menyaksikan
perlawanan itu. - BERNAMA

"Kenapa PBSMM perlu mengambil masa yang terlalu panjang untuk buat
keputusan sedangkan mereka ada tempoh seminggu untuk mengkaji rayuan
yang dibuat oleh Pulau Pinang sebelum perlawanan antara Kedah dan Melaka
berlangsung," katanya ketika ditemui di Stadium Darul Aman.

Mohd. Soffe Elias, 38, berkata dia yang datang jauh dari Kulim
terkilan setelah mengetahui perlawanan itu dibatalkan dan hasratnya yang
mahu melihat aksi pasukan Kedah tidak kesampaian.

"Lain kali jangan buat macam ini lagi kepada peminat. PBSMM perlu
jaga hati peminat yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu memberi
sokongan kepada pasukan mereka dan juga bola sepak Malaysia," kataya.

Tinjauan mendapati lebih 1,000 penyokong setia Kedah berhimpun di
perkarangan Stadium Darul Aman sejak pukul 6 petang lagi bagi mengetahui
situasi sebenar pembatalan perlawanan tersebut dan bersurai kira-kira
pukul 9 malam setelah diberi penerangan terperinci oleh pengurus pasukan
Kedah.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Kedah Muhamad Shakri Mat berkata,
beliau bagi pihak PBSMK memohon maaf kepada semua penyokong setia
pasukan tersebut yang hadir disebabkan pembatalan perlawanan di
saat-saat akhir.

Katanya, beliau tidak menyangka keputusan PBSMM memihak kepada Pulau
Pinang yang mana perlawanan semula antara pasukan itu dan Kedah akan
diadakan pada Selasa ini di Stadium Banda Raya Pulau Pinang.

"Kita kenakan syarat kepada PBSMPP yang mana segala perbelanjaan
pasukan Kedah ke Pulau Pinang akan ditanggung mereka dan sekiranya
mereka tidak boleh tunaikan mereka boleh tidak meneruskan pertandingan
itu," katanya.

Ditanya mengenai alasan PBSMM menunda perlawanan, Shakri berkata
beliau melihat PBSMM bersifat untuk menjaga hati dan perasaan antara
kedua-dua pihak sedangkan keputusan jawatankuasa yang bersidang pada 13
Disember lalu memihak kepada Kedah.

Katanya, pada masa sama PBSMM juga menerima bantahan kedua PBSMPP dan
mesyuarat tergempar pada hari perlawanan memutuskan untuk mengadakan
perlawanan semula dan PBSMM turut menolak rayuan PBSMPP untuk diberikan
kemenangan percuma. - BERNAMA
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Tue Dec 20, 2011 5:51 am

Kedah uji ketajaman

Oleh Bashah Zainol Abidin
am@hmetro.com.my
KEDAH kini sudah menemui rentaknya dan pertemuan dengan Pos Malaysia
di Stadium Darulaman hari ini pasti akan mencerminkan kemampuan sebenar
Hijau Kuning pada saingan Liga Super 2012.

Menurut tonggak utama, Badrul Bakhtiar (gambar), pertemuan dengan
pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Prai minggu lalu berjaya
menambahkan kesefahaman pasukan.

“Pertemuan dengan Pos Malaysia pula akan ketajaman barisan serangan.

“Pemain tengah Barreno akan beraksi semula setelah direhatkan pada
perlawanan lalu kerana kecederaan dan kehadirannya mampu memantapkan
lagi bahagian itu dalam membuka ruang penyerang untuk merobek gawang
lawan,” katanya yang juga kapten skuad Olimpik negara.

Bahagian serangan musim ini turut bantu Kyril Muhymeen yang dibantu Faizal Abu Bakar.

“Kehadiran Danillo dan Barenno pasti meningkatkan lagi prestasi Kedah untuk menjadi pencabar utama kelak,” katanya
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Fri Dec 23, 2011 10:08 am

P Pinang uji Kedah

Oleh Shukri Matt Ali
sukan@hmetro.com.my

SKUAD Pulau Pinang yang mendapat sentuhan pengurusan baru, Allianze
University College of Medical Sciences (AUCMS) akan menguji kekentalan
tuan rumah, Kedah dalam perlawanan persahabatan di Stadium Darulaman,
Alor Setar, malam ini.

Pulau Pinang kini dibimbing jurulatih baru Janos Krecska.
Jurulatih kelahiran Hungary itu bakal menjadikan pertemuan itu medan
utama memantapkan persefahaman pemain yang bakal beraksi dalam Piala
FA 2012.

Pengurusnya, Dr Hamdan Mohd Ali, berkata pihaknya
berharap dapat memanfaatkan perlawanan itu untuk mengatur dan
mempraktikkan strategi disusun Krecska selain memastikan ketahanan
daya juang dari segi mental dan fizikal pemain.

“Pemain kami gandingan muka baru dan berpengalaman. Kami berharap
persembahan dan corak permainan bakal ditunjukkan akan memastikan
pasukan Pulau Pinang-AUCMS berupaya bersaing dengan pasukan hebat
seperti Kedah dalam kancah Liga M,” katanya.

Beliau berkata,
pasukan itu yang seri 1-1 dengan Perlis dalam perlawanan persahabatan
kelmarin, sudah bersedia untuk menyesuaikan diri bertemu pasukan elit
lain meskipun masih ada ruang yang perlu ditambah bagi meningkatkan
prestasi dan taktikal pemain.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Mon Dec 26, 2011 4:17 am

1,000 penyokong Kedah tak puas hati

Lebih 1,000 penyokong Kedah tidak puas hatiLEBIH 1,000 penyokong
Kedah tidak berpuas hati apabila perlawanan separuh akhir pertama Piala
Emas Raja-Raja 2011 antara Kedah dan Melaka di Stadium Darulaman
dibatalkan pada saat-saat akhir oleh Persatuan Bola Sepak Melayu
Malaysia (PBSMM), malam kelmarin.

Perlawanan itu dibatalkan selepas PBSM Pulau Pinang (PBSMPP)
membuat bantahan kepada PBSM Kedah (PBSMK) yang mendakwa pemain pasukan
itu, Azrizan Ahmad (yang sebelum ini mewakili pasukan SDM Kepala Batas
pada saingan Piala Presiden 2011) digantung oleh Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) akibat tuduhan rasuah.

Salah seorang
penonton, Rashdi Muktar, 40, berkata dia agak kecewa dengan keputusan
yang dibuat oleh PBSMM pada saat-saat akhir yang mana menyusahkan
penonton yang sanggup datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan itu.

“Kenapa PBSMM perlu mengambil masa yang terlalu panjang untuk buat
keputusan sedangkan mereka ada tempoh seminggu untuk mengkaji rayuan
yang dibuat oleh Pulau Pinang sebelum perlawanan antara Kedah dan
Melaka,” katanya.

Mohd Soffe Elias, 38, berkata dia yang
datang jauh dari Kulim terkilan selepas mengetahui perlawanan itu
dibatalkan dan hasratnya yang mahu melihat aksi pasukan Kedah tidak
kesampaian.

“Lain kali jangan buat macam ini lagi kepada
peminat. PBSMM perlu jaga hati peminat yang sanggup datang dari jauh
semata-mata mahu memberi sokongan kepada pasukan mereka dan juga bola
sepak Malaysia,” katanya.

Lebih 1,000 penyokong setia Kedah berhimpun di perkarangan Stadium
Darulaman sejak jam 6 petang lagi bagi mengetahui situasi sebenar
pembatalan perlawanan itu dan bersurai kira-kira jam 9 malam apabila
diberi penerangan terperinci oleh pengurus pasukan Kedah.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Mon Jan 30, 2012 6:06 am

Nidzam Adzha lepas jawatan

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my






KEGAGALAN Kedah meraih sebarang kemenangan setelah mengharungi lima
perlawanan memaksa jurulatih sementara skuad Hijau Kuning, Mohd. Nidzam
Adzha Yusof (gambar) melepaskan jawatannya.

Keputusan itu dibuat selepas Kedah sekali lagi tumbang di Stadium
Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin yang sebelum ini boleh dianggap
sebagai gelanggang keramat buat mereka.

Pada pertemuan itu, skuad Hijau Kuning dihukum atas kelemahan mereka
sendiri apabila tewas 1-3 kepada pasukan berstatus kelab, Johor FC.

Nidzam Adzha yang kecewa dengan prestasi anak-anak buahnya sepanjang
lima perlawanan setakat ini menyifatkan aksi tersebut sebagai
persembahan terburuk barisan kendaliannya.

“Saya melepaskan jawatan sebagai jurulatih skuad utama Kedah dan menyerahkannya kepada Radzi (Mat Din),” kata Nidzam Adzha.

Pada pertemuan di laman sendiri, Kedah hanya sekadar seri tanpa
jaringan dengan Lions XII, selain diaibkan dengan kekalahan 0-3 kepada
Kelantan dan terbaharu, tewas 1-3 kepada Johor FC.

Nidzam Adzha yang merupakan jurulatih skuad Piala Presiden Kedah
menggalas tugas selaku pengendali sementara Kedah bagi menggantikan
ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang digantung tujuh perlawanan.

Wan Jamak didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika menyaksikan
anak-anak didiknya seri 1-1 menentang Perak pada perlawanan terakhir
Kumpulan A saingan Piala Malaysia pada 28 September lalu.

Turut menerima nasib sama ialah Radzi yang merupakan penolong
jurulatih dan jurulatih penjaga gol Kedah, Ahmad Sobri Ismail yang
digantung empat perlawanan dan mereka kembali memulakan tugas mulai
malam kelmarin.

Mengulas lanjur, Nidzam Adzha memberitahu, Kedah memerlukan jurulatih yang lebih baik bagi membawa pasukan ke puncak kejayaan.

Ujarnya, biarpun beliau sudah berusaha yang terbaik, namun masih gagal membantu Kedah meraih kemenangan dan kejayaan.

“Saya akan fokus kepada pasukan Piala Presiden pula selepas ini,” katanya.

Namun dalam keberatan meninggalkan skuad utama, Nidzam Adzha tetap
menaruh keyakinan bahawa para pemain Kedah masih mampu bangkit
memandangkan saingan musim ini masih di peringkat awal.

“Cuma pesan saya kepada pemain jangan berputus asa dan bersatu padu.

“Jangan menuding jari sesama mereka, sebaliknya semua perlu rasa bertanggungjawab di atas prestasi Kedah,” katanya.

Kepada penyokong setia skuad Hijau Kuning, jurulatih muda itu
melahirkan penghargaan di atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka
kepada pasukan.

“Saya memahami kemarahan mereka (penyokong). Ia menunjukan mereka sayangkan pasukan dan mahu pemain bangkit (meraih kemenangan).

“Saya berharap mereka akan terus menyokong Kedah, walau dalam keadaan apa sekali pun prestasi pasukan,” katanya.

Ketika ini, Kedah terbenam di dasar liga dengan hanya mengutip dua mata hasil seri dua kali dan tewas dalam tiga perlawanan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Wed Feb 01, 2012 4:05 am

Ultras boikot Darulaman

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my

PRESTASI skuad Kenari yang mengecewakan sejak sepak mula Liga Super
2012 mengakibatkan penyokong Ultras Kedah mengambil keputusan drastik
dengan memboikot semua perlawanan membabitkan pasukan Hijau Kuning yang
berlangsung di Stadium Darulaman.

Jurucakap Ultras Kedah berkata, keputusan memboikot semua perlawanan
yang diadakan di negeri itu selepas kecewa dengan kelemahan pengurusan
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk membentuk pasukan mantap bagi
saingan Liga Super 2012.

“Kami bukan memberi tekanan kepada
pemain kerana kami terus komited memberikan sokongan kepada mereka
sebaliknya usaha boikot ini ditujukan kepada pengurusan bola sepak
negeri.

“Namun, kami akan berkunjung ke stadium lain membabitkan perlawanan
skuad Kenari dan langkah ini sebagai tanda kami memprotes tindakan acuh
tidak acuh pengurusan dalam menyediakan pasukan bola sepak yang mantap,”
katanya dalam kenyataan akhbar di Alor Setar, Kedah, semalam.

Beliau berkata, tindakan itu bermula pada perlawanan Kedah menentang Sabah pada 11 Februari ini di Alor Setar.

Menurutnya lagi, pada saingan Piala Malaysia yang lalu, mereka masih gagal
membentuk sebuah pasukan yang mampu memberi saingan terhadap pasukan
lain dan hebahan berhubung tindakan memboikot itu juga sudah dilakukan
di laman rasmi Ultras Kedah 2009.

“Berdasarkan hebahan itu, seramai 1,555 orang ahli sebulat suara
setuju dengan tindakan memboikot perlawanan yang diadakan di negeri ini.

“Kami tidak akan meninggalkan terus pasukan ini tetapi hanya menunggu di luar
stadium selama 90 minit dan akan hadir memberi kata-kata semangat
ketika sesi latihan,” katanya.

Pada masa sama, Ultras Kedah menggesa keseluruhan barisan kepimpinan
KFA termasuk Presiden mengambil serius berhubung perjalanan pasukan bola
sepak negeri ini.

Katanya, tindakan itu tidak akan menghalang
orang ramai yang akan berkunjung ke stadium memberi sokongan sebaliknya
Ultras Kedah hanya akan menarik balik keputusan boikot itu selepas
majoriti puas hati terhadap pengurusan termasuk menuntut satu tindakan
proaktif diambil bagi mengembalikan kegemilangan pasukan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Thu Feb 02, 2012 5:37 am

Tolong bersabar - Azizan

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


PEMAIN Kedah (jersi hijau) masih belum menemui rentak ketika saingan Liga Super sudah melalui lima perlawanan setakat ini.




KEDAH semakin tenat, tetapi Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah
(KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak tetap merayu agar penyokong mereka
bertenang.

Kedah kini berada dalam kelompok terbawah saingan Liga Super dan
kedudukan tersebut mula mencemaskan penyokong fanatik skuad Hijau Kuning
itu.

Menurut Azizan, tempoh saingan Liga Super masih panjang dan beliau
yakin Kedah mampu kembali ke kedudukan terbaik liga setelah segala
masalah dan kelemahan pemain dapat diatasi.

Katanya, beliau memahami masalah yang dihadapi pasukan itu ekoran
penggantungan ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan sehingga menyebabkan
pemain kehilangan pembimbing sekali gus menjejaskan prestasi mereka.

“Radhi (Mat Din) dan Ahmad Sobri (Ismail) pun sudah boleh membimbing pasukan selepas tempoh penggantungan mereka tamat.

“Wan Jamak belum boleh melatih, malah duduk tepi padang pun tidak
boleh, namun setelah tempoh hukuman berakhir, masalah serta kelemahan
dalam pasukan akan dapat diatasi dan Kedah mampu kembali ke kedudukan
terbaik,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat
Exco di Alor Setar semalam.

Kedah ketika ini terbenam di dasar liga dengan hanya mengutip dua mata hasil seri dua kali.

Desakan penyokong turut kedengaran yang menuntut Datuk Khazali Din
berundur daripada jawatan sebagai pengurus pasukan skuad Hijau Kuning
itu.

Mengulas tuntutan penyokong itu, Azizan yang juga Menteri Besar Kedah
berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan Khazali dalam
menguruskan pasukan.

Katanya, sekiranya Khazali berundur dari jawatan pengurus pasukan,
penggantinya akan turut menghadapi nasib dan desakan sama daripada
penyokong.

“Dia (Khazali) bukan jaringkan gol tetapi orang lain yang main bola.
Saya berpuas hati dengan Khazali tetapi anak-anak buah dia tidak dapat
menunjukkan prestasi baik, apa boleh buat.

“Insya-Allah apabila menang balik (Kedah) ada pula pihak yang rayu Khazali dikekalkan,'' katanya.

Azizan memberitahu, kalah atau menang dalam permainan bola sepak adalah biasa termasuk melibatkan kelab ternama dunia.

“Manchester United pun kalah kepada Liverpool baru-baru ini.
Barcelona dulu berada di tempat pertama liga tetapi kini diambil alih
pula oleh Real Madrid.

“Jatuh bagi sesebuah pasukan itu bukan tidak bagus tetapi itulah bola sepak. Bola yang bergolek,'' katanya.

Menyentuh sekumpulan penyokong yang mahu memboikot perlawanan Kedah
di Stadium Darulaman, Azizan berkata: “Itu terserah kepada penyokong.”

Keputusan memboikot oleh Ultras Kedah yang dianggotai lebih 1,000
ahli setelah kecewa dengan kelemahan pengurusan Persatuan Bola Sepak
Kedah (KFA) yang gagal membentuk satu pasukan mantap bagi saingan Liga
Super 2012.

Wan Jamak digantung tujuh perlawanan kerana didakwa mengkritik mutu
pengadilan ketika Kedah seri 1-1 menentang Perak pada aksi terakhir
Kumpulan A saingan Piala Malaysia pada 28 September tahun lalu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Fri Feb 03, 2012 5:06 am

Punca kemerosotan Kedah

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


WAN JAMAK masih menjalani penggantungan tujuh perlawanan dan belum boleh melatih skuad Kedah buat sementara waktu.




SETELAH prestasi hambar yang dipamerkan oleh pemain sebagai punca
kemerosotan Kedah, kali ini kelemahan itu dihalakan pula kepada Wan
Jamak Wan Hassan.

Ia berikutan penggantungan ketua jurulatih itu diakhir musim lalu
yang membuatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak sempat mencari
jurulatih baharu bagi menguruskan pasukan.

Turut dipersalahkan oleh penyokong skuad Hijau Kuning ialah pengurus
pasukan, Datuk Khazali Din yang didesak berundur daripada jawatan yang
disandangnya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan
Mohamed Khalib berkata, hukuman penggantungan tujuh perlawanan ke atas
Wan Jamak merupakan punca utama berlaku kepincangan dalam pengurusan
bola sepak Kedah.

"KFA terpaksa mengambil Mohd. Nidzam Adha (jurulatih skuad Piala
Presiden) untuk membimbing Kedah buat sementara waktu sebelum Radhi (Mat
Din) dan Ahmad Sobri (Ismail) yang tamat pengantungannya Sabtu lalu
mengambil alih semula.

"Namun selepas Wan Jamak kembali, sekiranya tiada sebarang kemajuan
dalam skuad Kedah, kita akan mengkaji dan menilai semula beberapa
perkara bagi menyelesaikan masalah yang melanda pasukan ketika ini,"
katanya.

Bagaimanapun, menurut Hamdan, semua pihak termasuk pengurusan,
pentadbiran dan pemain perlu bertanggungjawab berikutan prestasi hambar
skuad Kedah.

"Saya merasakan tidak adil jika kita menuding jari kepada mana-mana individu tertentu kerana ini adalah usaha bersama.

"Saya memang mengambil serius perkara ini dan harus melakukan yang terbaik," katanya.

Wan Jamak digantung tujuh perlawanan kerana didakwa mengkritik mutu
pengadilan ketika menyaksikan anak-anak didiknya sekadar seri 1-1
menentang Perak pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A saingan
Piala Malaysia pada 28 September lalu.

Turut menerima nasib sama, Radhi yang merupakan penolong jurulatih
dan jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri yang digantung empat perlawanan.

Dalam pada itu, Hamdan turut mempersoalkan persembahan hambar
beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Mohd. Khyril Muhymeen Zambri,
Baddrol Bakhtiar, Mohd. Sabree Abu dan Amar Rohidan yang gagal membantu
pasukan mencapai kemenangan.

Katanya, pemain tempatan mempunyai kualiti yang baik, namun
persembahan mereka agak tumpul menyebabkan peminat hampa dengan
permainan mereka.

"Bertambah malang, import Kedah pula tidak berkualiti sehingga
menyebabkan mereka terpaksa digugurkan bagi mencari import baharu yang
dapat membantu mengubah nasib pasukan," katanya.

Menurut Hamdan, KFA dalam mesyuarat baru-baru ini memutuskan untuk
mencari dua pemain import baharu di bahagian serangan dan tengah bagi
membantu memantapkan pasukan.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan pemain berkaitan gaji dan
kebajikan mereka, malah turut memberi insentif sekiranya mereka menang
atau seri dalam perlawanan,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, KFA menubuhkan satu
pasukan pemantau yang terdiri daripada lima ahli bagi memantau prestasi
pemain dan jurulatih serta turut memantau isu-isu berkaitan dengan bola
sepak termasuk rasuah.

"Mereka terdiri daripada ahli Eksekutif KFA, Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Mon Mar 26, 2012 1:34 pm

KFA Cadang Gugur hamidan

Oleh: Rahmat Othman



TIDAK berpuas hati dengan prestasi awang
import dari Ghana, Hamidan Mohamed, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)
menggesa pemain itu digugurkan selepas beraksi hambar sejak menyertai
skuad Kenari sejak dua bulan lalu.

Hamidan yang diharapkan dapat menjulang
prestasi Kedah, gagal menyumbatkan sebarang gol sehingga menyebabkan
kedudukan skuad itu dalam Piala FA tergugat selepas hanya seri tanpa
jaringan dengan T-Team di suku akhir, kelmarin.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Dr Hamdan
Mohamed Khalib, berkata KFA akan mengalami kerugian jika masih menyimpan
pemain yang tidak memberangsangkan.

“Sebagai penyerang import dia sepatutnya memberi sumbangan besar tapi keadaan sebaliknya.

“Kita sedang meneliti beberapa pemain import lain bagi mengantikan pemain Ghana itu,” katanya di Alor Setar, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta
mengulas prestasi Kedah yang kurang menyerlah pada musim ini, biarpun
mempunyai pemain import.

Dr Hamdan bagaimanapun enggan
mendedahkan identiti pemain import yang sedang diintai itu, kerana ia
perlu mengambil kira pelbagai faktor.

“Kita mengambil pemain import melalui agensi dan memilih pemain terbaik dengan gaji sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan.

“Dengan gaji sebanyak itu sudah pasti kita mahukan mereka menjulang semula Kedah,” katanya.

Beberapa pemain sudah diuji bagaimanapun KFA setakat ini masih belum membuat keputusan.

Dr Hamdan berkata, prestasi pasukan
Kedah yang menurun sebelum ini kemungkinan berpunca dari beberapa sebab,
termasuk kes pengantungan jurulatihnya, Wan Jamak Wan Hassan
menyebabkan emosi kebanyakan pemain agak terganggu selain
ketidakserasian pemain import.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/KFAcadanggugurHamidan/Article (26/03/2012)
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Tue Mar 27, 2012 10:06 am

Kedah mahu lunas 'hutang'


Oleh MOHD. SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


KEDAH akan terlepas khidmat Khyril
Muhymeen (kiri) pada aksi suku akhir kedua menentang T-Team malam ini
selepas menerima dua kad kuning.




KEDAH yang tewas kepada T-Team pada saingan Liga Super sebelum ini
ingin melunaskan ‘hutang’ itu pada perlawanan kedua Piala FA di Kuala
Terengganu malam ini.

Skuad Kenari mahu melupakan kekalahan 3-0 itu, sebaliknya membuka
lebaran baharu dengan harapan dapat meraih kemenangan untuk berada dalam
kelompok empat terbaik kejohanan berprestij tersebut.

Namun, tugas itu bukan satu kerja mudah bagi anak-anak buah Wan Jamak
Wan Hassan yang memerlukan mereka memberi komitmen seratus peratus
serta semangat juang yang tinggi lebih-lebih lagi beraksi di tempat
lawan.

Kelebihan dilihat berpihak kepada pasukan berstatus kelab itu yang
sudah pastinya mahu menghadiahkan kemenangan layak ke separuh akhir
kepada penyokong setia mereka.

Bagaimanapun bagi Wan Jamak, usaha dan kerja keras pemain pasti
membuahkan hasil yang diharapkan biarpun berdepan laluan sukar tanpa
sebarang bekalan ketika beraksi di Alor Setar, Sabtu lalu.

Justeru, beliau berharap pemain-pemainnya dapat meningkatkan usaha bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan.

“Pemain perlu berusaha dengan lebih gigih kerana setiap usaha itu
tentu mendatangkan hasil. Jangan diingatkan sejarah silam (kekalahan
kepada T-Team) sebaliknya fokus dan beri tumpuan kepada perlawanan
penting ini,” katanya.

Pada pusingan pertama di Stadium Darul Aman, Sabtu lalu, Kedah gagal
memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan.

Pada pertemuan dengan T-Team malam ini, Kedah juga kehilangan ‘ayam
tambatan’ mereka, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri yang digantung satu
perlawanan kerana memiliki dua kad kuning termasuk pada perlawanan Sabtu
lalu.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedang mempertimbang
untuk menggugurkan pemain import mereka, Hamidan Mohamed berikutan
prestasi hambar pemain dari Ghana itu.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib memberitahu,
skuad Kedah akan mengalami kerugian sekiranya masih menyimpan pemain
yang gagal memberi sumbangan membanggakan kepada pasukan.

“KFA sedang meneliti beberapa pemain import lain bagi menggantikan Hamidan,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Tue Mar 27, 2012 10:21 am

T-Team waspada ancaman Kedah

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my
BERAKSI di laman sendiri bukan jaminan buat skuad berstatus kelab,
T-Team untuk mematahkan sayap Kedah, sebaliknya skuad kendalian Yunus
Alif itu tetap waspada ancaman bakal diberikan skuad Kenari itu bagi
mengelak berputih mata dalam misi melayakkan diri ke separuh akhir dalam
saingan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Penyerang berbakat besar, Mohd Faiz Subri berkata, dia bagaikan tidak
sabar beraksi selepas mengikat Kedah 0-0 pada perlawanan pertama namun
tetap menghormati lawan dan akan berusaha lebih gigih untuk membawa
pasukannya melangkah ke separuh akhir bertemu KL SPA ataupun Kelantan.

“Saya dan rakan sudah berazam tidak akan mensia-siakan peluang dan
mempamerkan semangat juang tinggi biarpun saya bertemu dengan pasukan
negeri kelahiran,” kata pemain berasal dari Ayer Hitam, Kedah itu.

Selain itu, Mohd Faiz yang sudah meledak lima gol setakat ini juga
bertekad menjaringkan gol bagi memastikan peluang T-Team melangkah ke
separuh akhir mampu direalisasi di depan penyokong sendiri.

“Kedah antara pasukan terhebat musim ini terutama dengan kehadiran dua bintang
import mereka. Bagaimanapun saya dan rakan sepasukan sudah memasang
strategi menyekat lawan selain tidak memberi ruang kepada lawan bergerak
bebas dalam perlawanan penting ini.

“Tersilap langkah bakal
membawa padah, namun dengan barisan yang bakal diturunkan jurulatih
malam ini, saya yakin kami mampu menundukkan lawan apatah lagi bermain
di laman sendiri,” kata pemain berusia 25 tahun itu yang bakal menimang
cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Sementara itu, Yunus yang sedikit cemas selepas dua pemain utamanya
cedera, penjaga gol Mohd Syamsuri Mustafa dan pertahanan Mohd Shahril
Faizal, tetap melahirkan keyakinan anak buahnya mampu menang dalam
perlawanan malam ini
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Thu Mar 29, 2012 6:53 pm

Presiden KFA tegur rentak Kedah


Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my
PRESTASI tidak menentu pemain import Kedah, Mohammed Hamidan
menimbulkan rasa tidak puas hati individu No. 1 dalam Persatuan Bola
Sepak Kedah (KFA).

Maka memang tidak mengejutkan apabila Datuk Seri Azizan Abdul Razak
yang juga Presiden KFA menegur Hamidan agar meningkatkan lagi prestasi
bagi membantu Kedah meraih kemenangan.

“Dalam (sukan) bola sepak, persefahaman adalah perkara utama dan bagi
memperoleh elemen itu, ia memerlukan masa, lebih-lebih lagi kepada
pemain import baharu.

“Misalnya, pasukan kebangsaan. Kadang-kadang mereka lemah sebab
bercampur dengan ramai pemain dan tiada persefahaman. Mereka perlu masa
untuk bentuk persefahaman.

“Sebab itu kadang-kadang pasukan kebangsaan ini kalah dengan pasukan
kelab kerana mereka (pemain pasukan kelab) bermain bersama sudah lama
dan mempunyai persefahaman yang baik,” kata Azizan kepada pemberita
selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Alor Setar semalam.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah menambah, sebelum ini ‘riuh
rendah’ dalam kalangan penyokong kerana Kedah sering mengalami
kekalahan.

“Bagaimanapun, sekarang Kedah sudah menang, malah lebih menarik menewaskan T-Team untuk layak ke separuh akhir Piala FA.

“Saya ingat seri jadi saya masuk tidur. Rupanya menang 2-1,” katanya.

Menurut Azizan, kejayaan yang dicapai Kedah dalam beberapa perlawanan
terakhir menyebabkan penyokong setia skuad Kenari kembali memberi
sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka itu.

“Dulu peminat tidak sokong pemain dan mereka pun bermain sambil lewa.
Bak kata orang hambar. Sekarang semua sudah bersemangat, pemain dan
penyokong,” katanya.

Justeru, Azizan turut mengingatkan barisan pemain Kedah yang lain
supaya berdisiplin dan meningkatkan keazaman untuk mencapai kemenangan
dalam setiap perlawanan yang diharungi.

“Pemain juga perlu mempunyai keyakinan diri dan optimis. Semua boleh
bermain tetapi tiada keyakinan pada diri menyukarkan pasukan untuk
menang,” katanya.

Menyentuh tekanan yang bakal dihadapi Kedah ketika menentang Kelantan
dalam aksi separuh akhir Piala FA bulan depan, Azizan memberitahu:
“Semua pasukan berada dalam situasi itu dan yakin Kedah mampu meraih
kemenangan.

“Kelantan pun takut dekat kita (Kedah) dan kita pun takut dekat Kelantan tetapi saya yakin Kedah boleh menang,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Fri Mar 30, 2012 4:08 am

Pemain Kedah tertekan angkara penyokong


Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


PEMAIN Kedah (jersi hijau) agak tertekan apabila beraksi di halaman sendiri gara-gara kerenah penyokong.



BOLEH menang di tempat lawan, namun belum tentu boleh menang di
tempat sendiri.Begitu dilema skuad Kedah yang berdepan tekanan setiap
kali beraksi di gelanggang sendiri – Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Perkara yang menghantui pemain ialah sokongan penonton bertukar menjadi cacian.

Pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din memberitahu, bukan sekadar
cacian, malah ada penyokong yang merendah-rendah dan memperlecehkan
pemain sehingga boleh menyebabkan moral mereka jatuh.

Katanya, perkara itu memalukan pemain kerana cacian dilontarkan secara terbuka yang boleh didengar ramai penonton di stadium.

“Pemain amat menghargai sokongan penonton yang membanjiri stadium
setiap kali Kedah beraksi, namun mereka kurang selesa dengan cacian dan
kata-kata kesat.

“Ia boleh melemahkan semangat mereka. Kesilapan kecil biasa dalam
bola sepak, namun pemain mengharapkan penonton memberi semangat dan
dorongan kepada mereka untuk beraksi lebih baik,” katanya.

Kedah menanti kunjungan Perak pada saingan Liga Super malam ini dalam
usaha memburu kemenangan, sekali gus keluar daripada zon penyingkiran.

Menurut Khazali, penonton perlu menjaga emosi mereka supaya jangan mengeluarkan perkataan yang boleh menyakitkan hati pemain.

“Pemain juga manusia yang ada perasaan. Penonton dan pemain perlu
sama-sama menjaga hati. Pemain mana yang mahukan kekalahan dalam
perlawanan yang diharungi mereka.

“Saya berharap penonton dapat memberi sokongan padu kepada pemain Kedah dan bukannya cacian,” katanya.

Tambahnya, kehadiran penonton ke stadium semakin meningkat dan
berharap dapat menyuntik semangat pemain untuk beraksi dengan lebih
baik, lebih-lebih lagi ketika Kedah memerlukan mata bagi membaiki
kedudukan dalam liga.

“Keyakinan pemain amat tinggi selepas menumpaskan T-Team baru-baru
ini dan berharap momentum kemenangan itu dapat diteruskan,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Fri Mar 30, 2012 6:12 am

Hamidan akur keputusan

Oleh Bashah Zainol Abidin
sukan@hmetro.com.my

PENYERANG Kedah dari Ghana, Hamidan Mohamed tidak akan berkecil hari
sekiranya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menamatkan kontraknya
walaupun menyedari dirinya masih berguna buat skuad Hijau Kuning itu.

Hamidan yang beragama Islam berkata, sebagai seorang profesional, dia
akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk majikannya dengan berusaha
sedaya upaya untuk memastikan Kedah keluar sebagai pemenang setiap kali
turun beraksi.

“Saya tidak merajuk atau membuat perangai
hanya kerana takdir saya bersama pasukan ini bagaikan sudah sampai ke
penghujung. Apa saja keputusan mereka, saya akan terima dengan hati
terbuka,” katanya yang menamatkan kemarau jaringan selepas satu setengah
bulan menyarung jersi Kedah apabila dua kali membolosi gawang T-Team
untuk membantu pasukan Kenari mara ke separuh akhir Piala FA.

“Saya rasa puas kerana akhirnya dapat menjaringkan gol bagi
menamatkan kemarau jaringan. Alhamdulillah, saya membuktikan saya
sebagai seorang penyerang dan kedatangan ke Kedah bukan sekadar mahu
memenuhi kuota pemain import,” katanya yang mengintai melebarkan
sentuhan jaringannya apabila bertemu Perak, malam ini.

Menurutnya,
nasihat dan tunjuk ajar ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan
menambahkan keyakinannya selain doa restu daripada keluarganya di Ghana
yang sentiasa berdoa agar dia menjaringkan gol.

“Ketiadaan
rakan penyerang, Khyril Muhymeen Zambri turut menyemarakkan semangat
kerana mengetahui tugas berat menjaringkan gol di Kuala Terengganu
terletak di bahu saya dan ia akan menjadi pencabar utama saya untuk
membuktikan kewibawaan sebenar.

“Esok (hari ini) kita akan bertemu Perak saya mahu mengulangi kecemerlangan itu.

“Bagi
seseorang, kegagalan menjaringkan gol sudah pasti melemahkan semangat
dan keyakinannya juga akan menurun tapi akan berakhir selepas menepati
sasaran,” kata Hamidan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Mon Apr 02, 2012 3:08 pm

KFA nafi singkir Hamidan
PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) menafikan khabar angin bahawa penyerang import dari Ghana, Hamidan Mohammed disingkirkan.


Setiausaha Kehormat KFA Datuk Hamdan Mohamed Khalib berkata khabar
angin kononnya KFA memberi surat penyingkiran kepada Hamidan seperti
yang didakwa oleh segelintir penyokong Kedah dalam laman sosial Facebook
adalah tidak benar. Beliau berkata Jawatankuasa Eksekutif Persatuan
Bola Sepak KFA akan meneliti laporan prestasi pemain import Kedah itu
pada mesyuarat Rabu ini bagi menentukan nasib sama ada Hamidan akan
kekal bersama Kedah. Katanya hanya pengurus pasukan Datuk Khazali Din
dan ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan berhak menentukan perkara itu
kerana mereka yang lebih tahu dan arif mengenai pemain dalam pasukan
mereka. "Setakat ini Hamidan dapat menyesuaikan diri dengan pasukan
Kedah dan ini memberi keyakinan baru kepada Wan Jamak terhadapnya
(Hamidan) dalam usaha memburu kemenangan selepas ini," katanya.

Hamidan
sebelum ini dikritik banyak pihak berikutan gagal beraksi dengan baik
dan dikatakan akan disingkirkan tetapi mula menunjukkan prestasi yang
baik apabila berjaya menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan
terakhir. Dia meraih masing-masing dua gol dalam perlawanan kedua suku
akhir Piala FA ketika mengalahkan T-Team 2-1 pada 27 Mac lalu dan ketika
menumpaskan Perak 3-0 dalam saingan Liga Super kelmarin. Selain
Hamidan, Kedah mempunyai seorang lagi pemain import iaitu pemain tengah,
Safi Abd Elfatah.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Wed Apr 04, 2012 12:50 pm

Penyokong mahu Hamidan kekal


Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


HAMIDAN (depan) semakin menunjukkan peningkatan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.




PERSEMBAHAN menakjubkan pemain import Kedah, Hamidan Mohammed pada
dua perlawanan terakhir skuad Kenari perlu diberi pertimbangan
sewajarnya oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk mengekalkan
pemain dari Ghana itu.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Hasmadi Hamzah
memberitahu, ini kerana pemain itu kini berada di kemuncak prestasinya
kebelakangan ini.

Katanya, pemain itu sudah menunjukkan kewibawaannya berbanding tujuh
perlawanan sebelum ini yang dilihat buntu menuai gol sejak menyertai
Kedah awal Februari lalu.

"Hamidan kini sudah menjaringkan lima gol, termasuk satu gol hasil
kesilapan pertahanan Perak yang menyepak masuk bola ke gawang sendiri
ketika Hamidan mahu menghantar bola kepada rakan sepasukan," katanya.

Justeru, bagi kelab penyokong, mereka sangat berharap Hamidan
dikekalkan bersama Kedah kerana tidak mahu 'pisang berbuah dua kali'
dengan tersilap memilih pemain import.

"Hamidan adalah hero bagi dua perlawanan penting Kedah, sekali gus
membantu Kedah layak ke pusingan separuh akhir Piala FA dan membantu
pasukan mengutip mata penting Liga Super semasa menewaskan Perak minggu
lepas," katanya.

Kosmo! Isnin lalu melaporkan, nasib pemain tinggi lampai itu sama ada
kekal bersama Kedah atau digugurkan akan ditentukan pada mesyuarat
Jawatankuasa Eksekutif KFA hari ini.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata,
setakat ini beliau tidak menandatangani sebarang surat berhubung
pengguguran pemain itu.

Exco kerajaan negeri itu mengulas desas-desus dalam laman sosial
Facebook mengenai Hamidan yang akan digugurkan daripada skuad Kedah
berikutan prestasi tidak menentu pemain berkenaan.

Menurut Nor Hasmadi, Hamidan dilihat semakin serasi dengan
rakan-rakan sepasukannya dan mempunyai kemahiran tinggi sebagai pemain
import yang mampu menjaringkan gol.

"Hamidan mula mampu membentuk persefahaman dengan rakan-rakan
sepasukan dan mereka mula memahami corak permainan masing-masing,"
katanya yang percaya Hamidan mampu menjaringkan gol pada perlawanan
selepas ini jika terus diberi kepercayaan.

Tambahnya, kewibawaan ketua jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan
juga semakin terserlah menerusi strateginya meletakkan Hamidan sebagai
penyerang utama.

"Taktik itu ternyata menjadi dan corak hantaran bola semakin baik bagi membantu Kedah meraih kemenangan," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Fri Apr 20, 2012 3:54 am

Gerc, Khyril mampu gegar Kelantan
KETUA pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar yakin keserasian gandingan
penyerang import baru, Vedran Gerc bersama Mohd Khyril Muhymeen Zambri
mampu mengatasi Kelantan pada separuh akhir pertama Piala FA di Kota
Bharu, malam esok.

Katanya Gerc sudah mula menyesuaikan diri dengan corak permainan
Kedah selepas menjaringkan kedua-dua gol pada perlawanan sulungnya dalam
Liga Super menentang Sarawak di Kuching, Selasa lalu.

Baddrol
berkata, dia berharap memperoleh bekalan gol selesa pada perlawanan
esok sebelum aksi pusingan kedua di Stadium Darul Aman pada 1 Mei.

“Saya harap strategi diatur jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan
digunakan sepenuhnya semua pemain untuk kemenangan,” katanya kepada
Bernama.

Katanya, walaupun Kelantan mempunyai barisan pemain
berpengalaman yang sukar ditandingi, beliau yakin pasukannya mampu layak
ke final.

Sementara itu, Wan Jamak berkata, kehadiran Gerc
diharap membantu pasukan itu untuk lebih menyengat di bahagian serangan
bagi membantu Kedah menghasilkan lebih banyak jaringan.

Beliau tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kepada Gerc dalam
memburu gol kerana yang penting adalah komitmen dan bekerjasama untuk
menghasilkan kelebihan gol sebagai bekalan ke Stadium Darul Aman.

“Tidak
kira siapa yang menjaringkan gol di Kelantan, yang penting kita perlu
mencipta kejutan di tempat lawan walaupun Kedah berada pada kedudukan
tercorot Liga Super,” katanya.

Wan Jamak berkata pemain import, Abdelfatah Safi yang mengalami
kecederaan sebelum ini diharap dapat kembali dalam kesebelasan utama
pasukan bagi mencorakkan strategi berkesan menghadapi Kelantan.

Katanya
beliau juga mengingatkan pemain pertahanan, Azmizi Azmi tidak melakukan
sebarang kesilapan dalam kotak penalti yang boleh memberi kemenangan
kepada pasukan lawan seperti yang pernah terjadi ketika bertemu Sarawak
pada saingan Liga Super, minggu lalu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Park Deen on Mon Apr 23, 2012 3:17 am

Kerja keras Kedah berbaloi


Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


GERC (tengah) menjaringkan gol
penyamaan Kedah pada aksi menentang Kelantan di Kota Bharu malam
kelmarin. Kedua-dua pasukan seri 1-1.




PEMAIN Kedah menunjukkan kesungguhan dan disiplin tinggi untuk
mengikat Kelantan 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Biarpun beraksi di gelanggang lawan yang mendapat sokongan hampir
20,000 penyokong, anak-anak buah Wan Jamak Wan Hassan mampu memberi
tentangan sengit, sekali gus menafikan harapan Kelantan untuk meraih
kemenangan selesa.

Namun, perjuangan skuad Kenari belum berakhir kerana masih ada 90
minit lagi untuk diharungi di laman sendiri pada 1 Mei depan yang
pastinya mahu diterjemahkan dengan kejayaan.

Wan Jamak yang bersyukur dengan keputusan itu pasti lega dan pujian
harus diberikan kepada pemainnya yang telah menunjukkan persembahan
membanggakan.

"Pemain menunjukkan kesungguhan dan disiplin yang tinggi walaupun
tertekan dengan sokongan padu penyokong Kelantan dan serangan bertali
arus pasukan lawan.

"Biarpun tanpa beberapa tonggak utama, para pemain telah mencuba yang
terbaik dan berhasil membawa pulang satu jaringan," ujar Wan Jamak.

Kelantan meraih jaringan menerusi Nor Shahrul Idlan Talaha pada minit
ke-21 dan gol penyamaan Kedah dihasilkan pemain import dari Croatia,
Vedran Gerc pada minit ke-30.

Perlawanan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan pada babak pertama
dan tempo berubah pada setengah jam terakhir permainan, termasuk masa
tambahan yang panjang mencecah lapan minit.

Kedah yang kehilangan Wan Mohd. Sukri setelah dilayangkan kad merah,
terpaksa berkampung di kawasan sendiri bagi menahan serangan
bertubi-tubi anak-anak buah Bojan Hodak. Bagaimanapun, mujur tiada
jaringan dihasilkan.

"Pemain tangkas bertahan dengan serangan tidak putus-putus daripada pemain pasukan lawan," katanya.

Menurut Wan Jamak, dengan keputusan itu, peluang kedua-dua pasukan
untuk ke final Piala FA masih terbuka, namun pemain Kedah perlu
mengambil kesempatan beraksi di gelanggang sendiri bagi meraih
kemenangan.

Katanya, Kedah juga menagih sokongan padu peminat untuk menyuntik
semangat pemain dengan membanjiri stadium pada perlawanan kedua 1 Mei
depan.

"Peminat yang sayangkan bola sepak dan skuad Kenari diharap dapat memberi sokongan padu kepada pemain," katanya.

Tambahnya, beliau sudah mengingatkan para pemain agar memberi fokus
yang tinggi dan meningkatkan disiplin pada perlawanan itu bagi
memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan.

"Kedah masih berpeluang (melangkah ke final), namun apa yang penting, pemain perlu meningkatkan lagi disiplin," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Kedah

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum