Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pasukan Bolasepak Terangganu

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Fri Jan 13, 2012 5:19 am

Peminat gesa Pengerusi JKPT letak jawatan

SEHARI selepas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
mengancam menarik keluar Terengganu dan T-Team daripada beraksi dalam
Liga M berikutan dua pemain import negeri itu tidak dibenarkan beraksi,
peminat setia negeri itu mendesak Naib Presiden Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, bertanggungjawab atau
meletakkan jawatan.


Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh), Wan Mohd
Azmi Wan Ngah berkata, sebagai orang berkuasa dalam FAM, sepatutnya
beliau (Hamidin) perlu bijak menangani masalah itu dan bukannya
menyalahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).


Menurutnya, tindakan Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan Tempatan (JKPT) dalam menyelesaikan isu itu jelas tidak
mencerminkan kewibawaannya dan senario itu sekali gus menyebabkan
peminat kecewa kerana terpaksa menunggu sehingga 2 April ini untuk
menyaksikan kelibat import beraksi dalam skuad Penyu.

“Saya tidak nampak sikap profesional yang ditunjukkan Hamidin
dalam isu ini. Beliau bukan saja enggan meminta maaf kepada PBSNT atas
kesilapan FAM, malah turut menggertak untuk mengambil tindakan terhadap
PBSNT jika melanggar peraturan.

“Kenyataan Hamidin ini
bukan saja tidak menggambarkan semangat kesukanan tinggi, malah boleh
dikatakan tidak mampu menguruskan isu ini dengan cara terbaik tanpa
merugikan mana-mana pasukan.

“Justeru, saya mewakili
peminat bola sepak negeri Terengganu mendesak Hamidin melepaskan jawatan
dan digantikan dengan pegawai yang lebih berwibawa yang mempunyai
kelulusan undang-undang,” katanya.

Mengenai permintaan Menteri Besar kepada FAM, Wan Mohd Azmi berkata,
Kelab Peteh menyokong penuh dan sentiasa berdiri teguh di belakang PBSNT
berhubung kenyataan yang disuarakan peminat bola sepak nombor satu
negeri itu.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Tue Jan 17, 2012 4:20 am

Penyu waspada ancaman skuad Bujang Senang

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


TERENGGANU tidak mahu terlalu yakin apabila turun menentang Sarawak di Kuching malam ini.




STATUS sebagai naib juara Liga Super musim lalu sedikitpun tidak
memberi rasa selesa buat pemain-pemain Terengganu yang bakal berdepan
cabaran tuan rumah, Sarawak pada aksi Liga Super malam ini.

Sebaliknya, jurulatih skuad Penyu itu, Mat Zan Mat Aris awal- awal lagi mengisytiharkan pasukannya sebagai underdog pada pertemuan di Stadium Kuching itu.

Kata Mat Zan, kemampuan skuad Bujang Senang itu tidak boleh
diperkecilkan, apatah lagi mereka akan beraksi di hadapan penyokong
sendiri.

"Semua pasukan yang berada dalam Liga Super merupakan pasukan terbaik di Malaysia dan begitu juga dengan Sarawak.

"Jadi, seharusnya kami menghormati mereka yang akan turun selaku tuan
rumah. Saya menjangkakan satu perlawanan yang sengit bakal berlangsung
malam esok (malam ini)," kata Mat Zan semalam.

Dalam pada itu, Mat Zan juga menyeru para pemainnya agar mengulangi
pencapaian membanggakan seperti mana ketika mereka menewaskan Felda
United, Sabtu lalu.

Jelasnya, keyakinan yang ada pada pemain perlu dikekalkan sehingga
penghujung musim dalam misi juara Piala FA itu membawa pulang trofi Liga
Super ke Terengganu buat pertama kali dalam sejarah.

"Saingan masih awal lagi dan semua pasukan juga mempunyai peluang yang sama rata untuk berada di puncak," jelasnya.

Sementara itu, Mat Zan juga masih menunggu kelulusan daripada
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan kedudukan dua pemain
import Terengganu iaitu Francis Forkey Doe (Liberia) dan Erison Da Silva
Santos Carnieto dari Brazil sebelum boleh diturunkan beraksi.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Tue Mar 06, 2012 4:16 am

Satu mata sudah memadai


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


DUO TEMPATAN... Ashaari Samsudin
(tengah) dan Abdul Manaf (kiri) mampu merobek gawang Song Lam Nghe An
pada aksi pembuka tirai Piala AFC di Stadium Vinh, Vietnam malam ini.




KEYAKINAN memuncak kini dirasai para pemain Terengganu yang akan
membuat penampilan sulung pada kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia
(AFC) malam ini.

Tampil selaku juara Piala FA, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu
dijadualkan menentang kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An pada aksi
pembuka tirai Kumpulan F di Stadium Vinh.

Bagaimanapun, ramalan awal ketika ini jelas memihak kepada Song Lam
berdasarkan reputasi tuan rumah itu selaku juara Liga Vietnam
(V-League), selain akan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Justeru, Mat Zan lebih bermi- nat untuk bersikap realistik dengan
menggangap satu mata yang diraih dari gelanggang lawan sudah memadai
buat pasu- kannya.

"Ini adalah penampilan pertama kami pada Piala AFC dan sudah pasti ia memberi cabaran berbeza kepada para pemain.

"Malah, dengan jadual padat yang terpaksa kami lalui sepanjang bulan
ini, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kecergasan pemain," kata
Mat Zan kepada Kosmo!

Mat Zan yang mula membim- bing Terengganu awal musim ini turut mengakui kemampuan kelab dari Vietnam itu.

Katanya, corak permainan bola sepak di Vietnam yang agak pantas
menyebabkan barisan pemainnya berada pada kecergasan terbaik sepanjang
90 minit permainan.

"Sasaran awal kami pada Piala AFC adalah untuk melepasi peringkat kumpulan dan mara ke pusingan kedua.

"Jadi, saya cuma mengharap- kan para pemain dapat menge- kang setiap
asakan lawan untuk kami membawa pulang satu mata sekurang-kurangnya,"
jelasnya lagi.

Untuk rekod, Song Lam yang merupakan juara Piala Super musim lalu
kini menduduki tangga kelima dalam kempen Liga Vietnam, manakala
Terengganu berada di kedudukan kedua dalam saingan Liga Super.

Musim lalu, kelab dari Vietnam itu berjaya melepasi aksi peringkat
kumpulan Piala AFC sebelum tewas kepada kelab Indonesia, Persipura
Jayapura pada pusingan kedua.

Menurut Mat Zan lagi, beliau kini mengharapkan barisan serangan
pasukannya yang diketuai penyerang berbisa, Francis Forkey Doe mampu
menghasilkan sesuatu pada perlawanan malam ini.

"Sentuhan Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya juga begitu ditagih
bagi memberi sesuatu kepada pasukan pada saingan Piala AFC msuim ini,"
ujarnya.

Selain Terengganu dan Song Lam, kelab Hong Kong, Kitchee dan Tampines Rovers dari Singapura turut bersaing dalam Kumpulan F.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed Mar 07, 2012 1:44 pm

Gol Manaf benam Song Lam

TERENGGANU meraih kemenangan pertama apabila mengalahkan kelab
Vietnam, Song Lam Nghe An 1-0 menerusi aksi sulung Kumpulan F Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Vinh, Vietnam, petang
semalam.

Abdul Manaf Mamat menjadi wira skuad Penyu apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-51.

Selain kedua-dua kelab terbabit, dua lagi lagi pasukan dalam kumpulan itu
adalah kelab Hong Kong, Kitchee FC dan Tampines Rovers dari Singapura.

Terengganu akan bertemu Kitchee FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 20 Mac ini.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed Mar 07, 2012 1:45 pm

Pantau aksi Penyu

Oleh Zainuddin Muhammad
sukan@hmetro.com.my

ADA sesuatu yang tidak kena dengan kemenangan 1-0 Terengganu ke atas Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Melaka, Sabtu lalu.

Persembahan skuad Penyu dilihat terlalu pincang dan Menteri Besar,
Datuk Ahmad Said ingin memastikan Terengganu tidak terbabit dengan
gejala rasuah bola sepak.

Bercakap di majlis Bicara Menteri
Besar Terengganu Bersama Media di Kuala Terengganu kelmarin, Ahmad
berkata, pengurusan persatuan perlu meneliti sebab juara Piala FA musim
lalu itu bermain hambar dan cuma menang satu gol ke atas pasukan
belasahan Liga Super musim ini.

“Walaupun kita menang malam itu, saya dan ramai lagi penyokong
pasukan kecewa melihat persembahan Terengganu yang gagal menunjukkan
permainan sebenar, seolah-olah ada yang tidak kena. Demi masa depan
pasukan, pegawai dan pengurusan perlu mencari punca sebenar kepincangan
mereka dan kita mesti pastikan yang persembahan buruk itu tiada
kena-mengena dengan rasuah bola sepak,” katanya.

Ahmad berkata, sebelum ini pegawai persatuan ada memberitahunya mengenai
beberapa masalah yang timbul berikutan pengambilan pemain import.

“Ada kedengaran timbulnya beberapa puak dalam pasukan, termasuk pemain tempatan yang kurang senang dengan import.

“Ada juga kedengaran, pemain import mempunyai masalah menyesuaikan
diri dengan pemain tempatan dan mungkin ini boleh menjadi punca mereka
tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Namun apapun masalahnya,
penyelesaian perlu dicari segera,” katanya.

Menurutnya, bagi
kedua-dua pasukan, Terengganu dan T-Team, pemilihan pemain import perlu
dilakukan dengan lebih sempurna untuk mengelak daripada membuat pilihan
kurang tepat.

T-Team tersilap pilih apabila mengambil penyerang Zambia, Zachariah
Simukonda dan akhirnya pemain itu terpaksa ditamatkan kontrak dan hingga
kini pasukan itu terpaksa bermain dengan seorang pemain import.

“Kita tidak boleh terlalu mengharapkan ejen pemain saja kerana majoriti tidak
memberitahu perkara sebenar terutama berkaitan kecederaan pemain.
Sepatutnya, pemilihan dibuat di negara asal pemain supaya kualiti mereka
dapat dinilai secara dekat dan disahkan pelbagai pihak di sana,”
katanya.

Ahmad juga menegaskan pemain import mestilah
berkualiti tinggi dan pasukan tidak perlu risau sekiranya harga pemain
yang ingin dimiliki terlalu mahal.

“Saya sudah berkali-kali
mengatakan yang kerajaan negeri sanggup membayar gaji walaupun RM100,000
sebulan asalkan pemain yang diambil betul-betul berkualiti dan dapat
membantu mencapai kejayaan,” katanya.

Tahun lalu, Terengganu
dan T-Team masing-masing menerima kira-kira RM3.5 juta daripada kerajaan
negeri dan untuk musim ini, jumlah penajaan dijangka bertambah kerana
adanya pemain import serta Terengganu bersaing dalam Piala AFC.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Sat Mar 10, 2012 4:49 am

Terengganu tekad benam Perak


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


SHARBINEE belum pasti dapat
bersama Terengganu pada perlawanan menentang Perak pada pusingan kedua
Piala FA malam ini ekoran masalah kecederaan.



BANYAK perkara yang mahu diselesaikan anak-anak buah Mat Zan Mat Aris
apabila Terengganu melayan kunjungan Perak pada aksi pusingan kedua
Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
malam ini.

Selain mahu membalas dendam selepas tewas 0-1 kepada Perak pada aksi
pembukaan Liga Super, Januari lalu, skuad Penyu itu turut bertekad
meneruskan kemaraan ke suku akhir, sekali gus berusaha mempertahankan
Piala FA yang dimenangi musim lalu.

Atas kertas, kelebihan jelas memihak kepada tuan rumah itu yang kini
berada pada prestasi terbaik, termasuk merekodkan kemenangan sulung di
pentas Asia dengan menewaskan gergasi Vietnam, Song Lam Nge An pada
kempen Piala AFC.

Justeru, hanya keyakinan tinggi yang dituntut oleh Mat Zan kepada
anak-anak buahnya dalam usaha menghadirkan kemenangan di hadapan
penyokong sendiri nanti.

“Kami adalah juara bertahan dan sudah pasti kami mahu mara lebih jauh dalam saingan ini.

“Lagi pun, menentang Perak akan memberi peluang kepada kami untuk
membalas dendam ke atas pasukan itu selepas kami tewas dalam Liga
Super,” kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, kebimbangan tetap dirasai Mat Zan apabila dua tonggak
utamanya, Marzuki Yusof dan penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli
dikhabarkan masih dibelenggu kecederaan.

Tambahan pula, beberapa pemain dipercayai masih keletihan selepas melalui jadual perlawanan yang ketat sepanjang minggu ini.

“Marzuki sudah pasti tidak dapat diturunkan, manakala Shar- binee
pula berada dalam keraguan. Saya berharap Sharbinee dapat pulih segera
sebelum perlawanan bermula.

“Bagi pemain lain, saya akui mereka terlalu letih apabila kami perlu
melalui tiga perlawanan penting dalam tempoh lapan hari,” ujarnya.

Sebelum aksi malam ini, kemampuan Terengganu terlebih dahulu diuji
apabila mereka bertandang ke Stadium Vinh, Vietnam bagi memulakan kempen
Piala AFC, Selasa lalu.

Tiga hari sebelum itu, skuad Penyu turut dikerah bekerja keras
sebelum menang 1-0 ke atas Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super di Stadium
Hang Tuah, Melaka.

“Liga Super, Piala AFC dan Piala FA merupakan saingan berbeza tetapi
kami perlu memberi tumpuan kepada perlawanan malam esok (malam ini)
kerana kami akan turun sebagai juara bertahan,” tambahnya.

Mengenai polemik dalaman yang dikatakan menimpa kem Terengganu ekoran
perilaku pemain importnya, Francis Forkey Doe, Mat Zan tidak mahu
terlalu memikirkannya.

“Saya hormati setiap teguran ataupun peringatan yang diberi- kan
kepada pemain-pemain saya termasuk dalam isu peng- libatan dalam rasuah.

“Namun secara peribadi, saya percaya perkara tersebut tidak berlaku kerana mereka (pemain) profesional,” ujarnya.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Mon Mar 12, 2012 7:24 am

Percaturan Mat Zan berhasil


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


ASHAARI (kanan) cuba melepasi
kawalan pemain Perak pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah, Kuata Terengganu kelmarin.




HANYA tiga langkah lagi yang memisahkan Terengganu daripada misi
mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila berjaya menempatkan diri dalam
kelompok lapan pasukan terbaik musim ini.

Turun dengan reputasi sebagai juara bertahan, skuad kendalian Mat Zan
Mat Aris itu terpaksa bermandi peluh sebelum berjaya menyingkirkan
juara dua kali, Perak 1-0 pada aksi kedua kelmarin.

Jaringan kemenangan menerusi Ashaari Shamsuddin itu jelas melegakan
Mat Zan yang turut menyifatkan percaturannya pada aksi di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu menjadi.

"Kami bertemu pasukan berbeza pada setiap perlawanan dan sudah pasti
corak permainan kami juga perlu diubah," kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Pada perlawanan itu, Mat Zan menggunakan lima pemain tengah dengan
pemain import dari Brazil, Erison Da Silva lebih berperanan sebagai
pemain tengah bertahan untuk berada di belakang empat pemain lain.

Penjaring terbanyak Terengganu, Francis Forkey Doe pula dibiarkan
berseorangan di hadapan dengan dua pemain pertahanan terpaksa
mengawalnya, sekali gus membuka lebih banyak peluang pemain lain
melancarkan gerakan.

"Kalau dilihat, serangan bukan sahaja dibuat oleh Doe tetapi Ashaari
dan Abdul Manaf juga memainkan peranan sama menerusi gerakan dari
sebelah tepi.

"Di sini kita boleh lihat semua pemain tengah termasuk Ismail Faruqi
dan Syukur Jusoh mempunyai peluang untuk menggerakkan bola dengan
dibantu dua pemain pertahanan kiri dan kanan.

"Hasilnya, kami berjaya menjaringkan satu gol dan jaringan itu sudah cukup untuk melayakkan kami ke suku akhir," ujarnya lagi.

Mengenai penampilan pemain pertahanan muda, Muslim Ahmad yang diberi
tanggungjawab sebagai kapten pasukan, Mat Zan mengakui pemain muda itu
mempunyai karakter yang cukup matang di atas padang.

Jelasnya, ketiadaan Marzuki Yusof yang masih dibelenggu masalah
kecederaan berjaya diisi dengan baik oleh Muslim termasuk memegang watak
sebagai kapten.

"Perak merupakan pasukan yang hebat dan mereka telahpun menewaskan kami pada perlawanan pertama Liga Super, Januari lalu.

"Jadi, kemenangan ini bukan sahaja membawa kami ke suku akhir tetapi
turut menebus dendam ke atas kekalahan di Ipoh lalu," katanya.

Ditanya mengenai pertembungan menentang Lions XII pada aksi suku
akhir nanti, Mat Zan menjelaskan pasukan dari selatan itu merupakan
pasukan paling meningkat naik ketika ini.

"Ia adalah tugasan paling getir buat kami kerana Singapura mempunyai barisan pemain yang baik," katanya.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Tue Mar 13, 2012 9:46 am

Terengganu bersedia

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my

BIARPUN tempoh perlawanan suku akhir pertama bertemu Lions XII 24 Mac
ini, juara Piala FA musim lalu, Terengganu awal-awal lagi sudah membuat
persiapan rapi dalam misi melayakkan diri ke separuh akhir.

Jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris berkata, meskipun Terengganu pernah
mencatat kemenangan 1-0 dalam saingan Liga Super ke atas wakil
Singapura itu, tidak bermakna barisannya mengambil mudah pertemuan itu.

“Saya tidak mahu ambil risiko, sebaliknya akan membuat persiapan awal
merancang strategi dan taktikal untuk menewaskan lawan yang semakin
menunjukkan peningkatan.

“Kejayaan LionsXII itu berada di tangga kedua berbanding
Terengganu ketiga, jelas membuktikan skuad itu semakin garang dan harus
disekat pada perlawanan pertama di Kuala Terengganu sebelum bertandang
ke Singapura pada 27 Mac ini,” katanya.

Tambah merisaukan
pengendali berusia 54 tahun itu adalah kecederaan serius empat pemain
utamanya yang perlu berehat kira-kira dua bulan selepas menjalani
pembedahan.

“Kapten, Marzuki Yusof, Reesyafiq Alwi dan
Ahmad Nordin Alias serta pemenang kasut emas musim lalu, Abdul Hadi
Yahya, bakal berehat panjang selepas menjalani pembedahan, manakala
penjaga gol utama, Mohd Sharbinnee Allawee Ramli dan Abdul Manaf Mamat,
masih lagi bergelut dengan kecederaan.

“Kecederaan yang dialami enam pemain utama meresahkan saya kerana
dalam bulan ini ada tiga perlawanan penting iaitu suku akhir Piala FA
dan Piala AFC bertemu kelab dari Hong Kong, Kitchee di Kuala Terengganu,
20 Mac ini,” katanya.

Mat Zan berkata, untuk mengelak
skuadnya tempang, beliau akan melakukan beberapa rombakan termasuk
menyenaraikan pemain simpanan menggantikan pemain utama.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Tue Mar 20, 2012 9:44 am

Penyu hormati Kitchee FC


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


MAT ZAN (kiri) bersalaman dengan
rakan sejawatnya dari Kitchee FC, Gombau (dua dari kanan) selepas sidang
media di Kuala Terengganu, semalam menjelang pertemuan pada Piala AFC
2012 petang ini.




KEHEBATAN sebenar Terengganu dalam kancah bola sepak Asia bakal
teruji petang ini apabila skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu turun
melayan kunjungan kelab gergasi Hong Kong, Kitchee FC dalam aksi Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2012.

Berbekalkan kemenangan besar 6-3 ke atas Sabah dua hari lalu,
keyakinan seratus peratus turut dilaungkan kesebelasan utama skuad Penyu
yang tekad memburu tiga mata penuh pada aksi yang akan berlangsung di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, sekali gus
merampas kedudukan Kumpulan F.

Ketika ini, Terengganu dan Kit- chee berkongsi tiga mata selepas
masing-masing mencatat kemenangan pada aksi pembukaan tiga minggu lalu,
namun kelebihan masih memihak kepada kelab Hong Kong itu berdasarkan
perbezaan jaringan.

Kitchee sebelum ini menewaskan jaguh Singapura, Tampines Rovers 3-1,
manakala skuad Penyu sekadar melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab
Vietnam, Song Lam Nghe An.

Bagi Mat Zan, beliau awal-awal lagi memberi peringatan kepada barisan
pemainnya agar mengubah tempo permainan mengikut keperluan semasa
memandangkan reputasi pemain lawan yang berkelas tinggi.

Katanya, Kitchee yang juga juara Liga Divisyen Satu Hong Kong
memiliki senarai pemain terbaik termasuk lima pemain import dari
Sepanyol diketuai penyerang sensasinya, Jordi Tarres.

"Kami telah membuat persiapan yang cukup rapi untuk menghadapi
perlawanan ini dan sudah pasti kami akan menampilkan corak permainan
berbeza apabila menentang Kitchee.

"Sebagai jurulatih, saya begitu menghormati Kitchee yang dibimbing
jurulatih dari Sepanyol, Josep Gombau dan meramalkan perlawanan petang
esok pastinya sengit dengan kedua-dua pasukan mahu mencari kemenangan
kedua pada kejohanan ini," kata Mat Zan pada sidang akhbar di Kuala
Terengganu semalam.

Mengenai jadual perlawanan yang terpaksa berlangsung sebelah petang,
Mat Zan merasakan ia bukanlah masalah besar bagi pemain-pemainnya
memandangkan mereka telah pun beraksi pada waktu sama ketika menewaskan
Song Lam sebelum ini.

"Waktu perlawanan bukanlah masalah kepada saya kerana apa yang
penting adalah fokus sepanjang permainan. Saya sedar pasukan telah
kehilangan beberapa pemain tonggak akibat kecederaan tetapi kami masih
mendapat suntikan daripada penyokong tempatan," ujarnya yang terus
memberi kepercayaan kepada Muslim Ahmad sebagai kapten pasukan.

Sementara itu, Gombau ketika ditanya mengenai prestasi pasukan
Terengganu mengakui, gandingan tiga serangkai, Francis Forkey Doe,
Ashaari Shamsudin dan Abdul Manaf Mamat merupakan trio pemain yang perlu
diawasi.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Mon Mar 26, 2012 9:57 am

Satu gol belum selamat


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


JOSEPH KALANG TIE (kiri)
menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada aksi menentang Lions XII di
Kuala Terengganu malam kelmarin.



TUGAS sukar menanti Terengganu dalam misi mempertahankan kejuaraan
Piala FA musim ini selepas sekadar mendapat bekalan satu gol ketika
melayan kunjungan Lions XII pada aksi suku akhir pertama kelmarin.

Berbekalkan jaringan Joseph Kalang Tie, skuad kendalian Mat Zan Mat
Aris itu juga tidak mempunyai jalan lain, selain perlu mengelak daripada
menjadi 'mangsa' amukan Singa pada pertembungan kedua di Stadium Jalan
Besar, esok.

Mat Zan ketika ditemui turut mengakui satu gol yang diperoleh di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin
sebenarnya belum menjamin kedudukan juara bertahan itu melangkah ke
separuh akhir.

"Satu gol memang belum selamat kerana selepas ini kami akan berkunjung ke Singapura untuk perlawanan suku akhir kedua.

"Sudah pasti kelebihan akan memihak kepada Lions XII apabila beraksi
di tempat sendiri dan di pihak kami, ia pastinya perlawanan yang sukar,"
kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Justeru, Mat Zan yang mengambil alih tugas Irfan Bakti pada awal
musim ini mengakui dia sedikit kecewa apabila anak-anak buahnya gagal
mendapatkan banyak gol pada pertemuan pertama kelmarin.

Jelasnya, perlawanan yang dikuasai sepenuhnya tuan rumah itu pada
ketika lawan terpaksa bermain sepuluh orang sepatutnya berakhir dengan
jumlah jaringan yang besar.

"Lions XII mempunyai kekuatan di bahagian tengah dan sebab itu kami cuba melancarkan serangan melalui sayap kanan dan kiri.

"Hasilnya, kami berjaya mendapatkan banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi gagal disudahi dengan baik oleh pemain.

"Paling jelas adalah pada separuh masa kedua apabila pasukan lawan
terpaksa bermain dengan sepuluh pemain dan kami pula hanya mampu
menjaringkan satu gol," jelasnya.

Pada perlawanan kelmarin, Terengganu memperoleh gol kemenangan pada
minit ke-65 apabila rembatan dari luar kotak penalti oleh Joseph terkena
pertahanan Lions XII sebelum menerjah jaring.

Mengulas mengenai perlawanan kedua esok, Mat Zan menjelaskan, dia tidak berhasrat untuk menampilkan corak permainan bertahan.

"Kami tidak perlu bertahan kerana kami juga perlukan gol untuk menjamin tempat ke separuh akhir," ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Thu Mar 29, 2012 6:47 pm

Terengganu lepasi 'ranjau berduri'


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my





TERENGGANU kini berada pada landasan terbaik dalam misi
mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas berjaya melepasi halangan
Lions XII pada aksi suku akhir kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura
malam kelmarin.

Menampilkan corak permainan tersusun dengan keutamaan di posisi
pertahanan, anak-anak buah Mat Zan Mat Aris jelas bersemangat melalui
tempoh 90 minit permainan bagi mengikat tuan rumah dengan keputusan seri
tanpa jaringan.

Keputusan itu memberi kelebihan kepada Terengganu untuk melangkah ke
separuh akhir menerusi agregat 1-0, sekali gus bakal membuat perhitungan
dengan kelab kerdil, Sime Darby bagi penentuan ke final.

Mengulas mengenai kejayaan itu, Mat Zan memberi pujian menggunung
kepada kesemua pemainnya di atas semangat tinggi yang dipamerkan mereka
sepanjang perlawanan.

Katanya, dengan jumlah pemain yang terhad ekoran krisis kecederaan
yang menimpa skuad Penyu, skuad kendaliannya masih mampu memberikan
tentangan kepada Lions XII.

"Kami kehilangan sekurang-kurangnya enam pemain utama pada perlawanan
itu dan beberapa pemain yang diturunkan seperti Francis Forkey Doe pula
belum cergas sepenuhnya.

"Bagaimanapun, kami berjaya melalui perlawanan ini dengan baik. Berjaya menyekat Lions XII daripada membolosi gawang kami.

"Ia adalah kejayaan yang cukup besar kerana semua tahu Lions XII
merupakan antara pasukan terbaik dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim
ini," jelasnya.

Pada perlawanan kelmarin, Terengganu yang menewaskan Kelantan pada
final Piala FA musim lalu, turun di Stadium Jalan Besar dengan bekalan
satu gol hasil jaringan Joseph Kalang Tie di Kuala Terengganu Sabtu
lalu.

Bagaimanapun, beberapa pemain utama skuad Penyu itu termasuk Joseph,
Marzuki Yusof, Abdul Manaf Mamat dan Reshafiq Alwi tidak dapat
disenaraikan akibat kecederaan.

"Saya sentiasa percaya kepada kemampuan pemain saya dan tidak kira
mereka berada di bangku simpanan ataupun kesebelasan utama, mereka
adalah yang terbaik.

"Justeru, saya hanya mengharapkan mereka dapat kekalkan rentak ini
untuk memastikan kemaraan kami ke final dan seterusnya mempertahankan
piala ini," ujarnya.

Mengulas mengenai cabaran daripada Sime Darby, Mat Zan mengakui,
beliau sentiasa menghormati mana-mana pasukan ataupun kelab yang berada
dalam saingan Liga-M.

"Buat masa ini, kami mahu fikirkan dulu saingan Liga Super dan Piala
AFC sebelum memberi tumpuan untuk aksi separuh akhir bulan depan,"
jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed Apr 04, 2012 12:51 pm

Mencari tuah di Kota Singa


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


KALANG TIE (kiri) akan diberi kepercayaan menjana jentera tengah Terengganu pada aksi menentang Tampines Rovers malam ini.



KEHEBATAN Terengganu sekali lagi akan diuji kelab Singapura apabila
juara Piala FA itu turun menentang Tampines Rovers pada aksi peringkat
Kumpulan F kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) malam ini.

Beraksi selaku pasukan pelawat di Stadium Jalan Besar, anak-anak buah
Mat Zan Mat Aris itu meletakkan harapan tinggi untuk mengutip tiga mata
penuh, sekali gus meneruskan rekod cemerlang di negara jiran tersebut.

Sebelum ini, skuad Penyu telah dua kali beraksi di Stadium Jalan
Besar menentang Lions XII dengan keduaduanya menghasilkan keputusan
positif, termasuk kejayaan menyingkirkan wakil Singapura itu pada suku
akhir Piala FA minggu lalu.

“Selepas dua kali beraksi di Singapura, rasanya para pemain telah
membiasakan diri dan boleh menyesuaikan corak permainan di atas padang
tiruan.

“Lagipun, dua perlawanan terdahulu menentang Lions XII masing-masing
berakhir dengan kemenangan dan keputusan seri. Jadi, tiada alasan untuk
kami tidak mampu mengatasi Tampines pada perlawanan esok (malam ini),”
kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Mat Zan tetap memberi ingatan kepada para pemainnya
agar tidak sesekali memandang mudah keupayaan juara tiga kali Liga S
itu yang memiliki rangkaian pemain berpengalaman.

Katanya, sekalipun skuad kendalian Steven Tan itu sekadar menghuni
kedudukan tercorot dalam Kumpulan F ketika ini, namun kelebihan beraksi
di gelanggang sendiri pasti digunakan sebaiknya oleh pasukan tuan rumah
itu.

“Mereka (Tampines) adalah juara Liga S dan memiliki pemain-pemain
hebat seperti kapten pasukan Aleksandar Duric, Ismadi Mukhtar, Fahrudin
Mustafic dan penjaga Sasa Dreven yang beraksi di posisi penjaga gol.

“Duric sendiri walaupun telah berusia 41 tahun, namun keupayaan
pemain kelahiran Yugoslavia ini tidak boleh dipertikai kerana dia telah
menjaringkan 46 gol daripada 65 perlawanan bersama kelab itu,” jelasnya.

Justeru, Mat Zan mengakui yang beliau bakal membuat percaturan
baharu dengan memasukkan Hasmizan Kamaroddin bagi menggantikan
Mazlizam Mohammad yang bakal terlepas perlawanan malam ini.

Turut diketepikan ialah Abdul Manaf Mamat, Marzuki Yusof, Reshafiq
Alwi akibat kecederaan, manakala penyerang sensasi, Francis Forkey Doe
dan bintang kelahiran Sarawak, Joseph Kalang Tie berada dalam
senarainya.

“Kami perlu mengutip mata maksimum di sini bagi memastikan peluang kami ke pusingan kedua menjadi kenyataan,” katanya.

Terengganu yang beraksi buat pertama kali di pentas Piala AFC kini
menduduki tempat kedua dalam Kumpulan F dengan tiga mata, manakala
kelab Hong Kong, Kitchee kekal selaku pendahulu dengan enam mata selepas
dua perlawanan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Fri Apr 06, 2012 10:11 am

Sang Penyu tak sempat bernafas


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


AWANG IMPORT... Terengganu
kini menyandarkan harapan kepada Francis Forkey Doe (kanan) bagi
menerajui jentera serangan skuad tersebut.



Di sebalik kemenangan demi kemenangan yang dicipta Terengganu, ada
tersimpan sedikit keresahan di hati pengendalinya, Mat Zan Mat Aris
selepas memikirkan tahap kecergasan para pemain.

Kelmarin, skuad Penyu itu melengkapkan kunjungan ke kota Singapura
dengan membawa balik tiga mata penuh selepas menumbangkan juara Liga
Singapura (Liga S), Tampines Rovers 1-0 dalam kempen Piala AFC.

Malam esok, giliran Selangor pula menguji kehebatan Terengganu bagi
aksi Liga Super di Shah Alam sebelum skuad Penyu itu melayan kunjungan
Tampines di gelanggang sendiri bagi aksi Piala AFC.

Bagi Mat Zan sendiri, beliau mengakui begitu bimbang dengan tahap
kecergasan para pemainnya yang terpaksa melalui jadual perlawanan padat
dalam saingan Liga Super, Piala AFC dan Piala FA.

“Saya tahu para pemain cukup penat tetapi inilah hakikat yang perlu kami hadapi.

“Kami yang memilih jalan ini dan kami tidak sesekali akan berpatah balik.

“Apa yang saya harapkan, kesungguhan dan tahap disip- lin daripada
para pemain agar mereka dapat menjaga kesihatan dan tidak dibelenggu
kecederaan serius,” kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Sebelum ini, kem Terengganu berdepan masalah apabila tiga tonggak
utamanya, Mar- zuki Yusof, Reshafiq Alwi dan Abdul Manaf Mamat disahkan
mengalami kecederaan serius.

Bagaimanapun, Manaf dijangka kembali membarisi skuad utama dalam masa
terdekat, manakala Marzuki yang juga kapten Terengganu dan Resha- fiq
terpaksa berehat panjang.

“Sebab itu dari awal musim lagi saya maklumkan kepada pemain bahawa semua yang ada dalam pasukan adalah penting.

“Tidak kira mereka pemain simpanan atau pemain muda, mereka semua sama penting dan amat diperlukan oleh pasukan,” jelasnya.

Mengulas mengenai kemenangan ke atas Tampines kelmarin, Mat Zan
memuji kese- belasan utamanya apabila berjaya membawa pulang tiga mata
penuh menerusi jaringan tunggal Joseph Kalang Tie.

“Bahagian pertahanan sangat kental dan Sharbinee Alawee juga bermain dengan baik,” katanya.

Terengganu kini menduduki tangga kedua dalam Kumpulan F Piala AFC
dengan enam mata, tiga mata di belakang pasu- kan Kitchee selepas tiga
perla- wanan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Mon Apr 09, 2012 6:47 am

Mat Zan tetap tenang


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my





MIMPI indah yang diidamkan kesebelasan utama Terengganu ketika turun
menentang Selangor pada aksi Liga Super kelmarin bertukar tragedi
apabila skuad Penyu itu tumbang dengan kekalahan besar 1-6.

Lebih perit lagi, kekalahan itu disaksikan sendiri bekas jurulatih
mereka, Irfan Bakti yang kini megah membimbing gergasi Lembah Klang itu.

Tanpa mahu memberi alasan, pengendali Terengganu, Mat Zan Mat Aris
(gambar) secara terbuka menerima kekalahan itu dengan tenang, sambil
menyifatkan pemain lawan beraksi lebih baik berbanding anak-anak
buahnya.

Namun, keterbukaan itu tidak bermakna Mat Zan telah mengaku kalah,
sebaliknya beliau mengakui pasukannya telah mendapat pengajaran terbaik
di sebalik kekalahan tersebut.

“Orang pasti mengatakan kekalahan ini berpunca daripada keletihan
yang dialami para pemain tetapi saya tidak mahu bercerita tentang itu.

“Saya akui kami gagal bermain dengan baik dan gagal bermain sebagai
satu unit. Pemain terlalu mudah memberi ruang kepada pasukan lawan
melakukan hantaran dan kesannya, kami mudah dibolosi, terutamanya pada
babak pertama,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Justeru, Mat Zan mengingatkan kepada semua penyokong bahawa kekalahan
itu bukanlah petanda kepada kejatuhan prestasi Terengganu tetapi lebih
kepada kealpaan dan kegagalan pemain beraksi dengan baik.

“Saya tidak salahkan pemain kerana saya tahu mereka penat. Malah,
saya harus tabik kepada semangat pemain-pemain saya kerana mereka tetap
berusaha untuk memberi tentangan.

“Sebagai jurulatih, saya juga tidak perlu panik dengan kekalahan besar ini kerana ini adalah adat dalam bola sepak.

“Apa sahaja boleh berlaku dan jika kami gagal bermain dengan baik
selepas ini, mungkin kekalahan lebih besar boleh kami alami,” tegasnya.

Pada aksi di Stadium MBPJ kelmarin, Terengganu yang masih segar
daripada kemenangan di pentas Piala AFC bermula baik apabila mendahului
satu gol menerusi jaringan Ismail Faruqi.

Bagaimanapun, kesilapan benteng pertahanan Terengganu telah memberi
ruang kepada Basko Balaban menyamakan kedudukan, diikuti lima lagi
jaringan mudah daripada pemain tuan rumah.

“Kami perlu segera melupakan kekalahan ini dan mengambil pengajaran yang ada.

“Perjalanan masih lagi jauh dan banyak lagi perlawanan penting yang akan kami hadapi selepas ini.

“Saya cuma berharap agar semangat para pemain tidak luntur,
sebaliknya saya mahu mereka segera bangkit untuk mencari sesuatu yang
positif selepas ini,” katanya
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed Apr 11, 2012 10:03 am

Lemas di laman sendiri


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


PENYERANG Terengganu, Forkey
(tengah) dikawal ketat dua pertahanan Tampines Rovers pada aksi Piala
AFC di Kuala Terengganu semalam.




TERENGGANU gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri apabila
tewas mengejut 0-2 kepada kelab Singapura, Tampines Rovers pada aksi
Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam.

Turun dalam misi memburu tempat ke pusingan kedua, skuad kendalian
Mat Zan Mat Aris itu jelas keletihan untuk mengimbangi permainan pantas
pasukan pelawat pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Kuala Terengganu.

Watak kepada kekalahan memalukan juara Piala FA tersebut ialah
Aleksandar Duric apabila penyerang berusia 42 tahun itu meledak
kedua-dua gol, masing-masing pada babak pertama dan kedua permainan.

Duric yang juga kapten Tampines memulakan rentak jaringan pelawat
pada minit ke-36 apabila bijak menyambar hantaran lawan sebelum mudah
menewaskan penjaga gol skuad Penyu, Sharbinee Allawee.

Ketika permainan berbaki seminit pada babak kedua, Duric sekali lagi
menghukum kealpaan pertahanan Terengganu apabila rembatan kencangnya
menerjah jaring.

Terdahulu, Francis Forkey Doe hampir meletakkan Terengganu di hadapan
pada minit ke-18, namun tendangan bintang import Liberia itu dari jarak
20 meter sekadar melewati palang gol.

Peluang terbaik tuan rumah untuk memperoleh jaringan hadir pada minit
ke-51 apabila Joseph Kalang Tie yang hanya berdepan satu lawan satu
dengan penjaga gol Tampines, Sasa Dreven gagal menyempurnakan peluang
tersebut.

Kekalahan semalam hadir hanya tiga hari selepas skuad kendalian Mat
Zan itu tewas besar 1-6 kepada Selangor pada aksi Liga Super.

Malah, Terengganu turut gagal mengulangi pencapaian hebat apabila
berjaya menjinakkan Tampines 1-0 pada perlawanan pertama di Singapura
minggu lalu.

“Saya tahu pemain Terengganu memang keletihan dan beraksi di bawah
panas terik pada petang ini (semalam) memang memberi kesukaran kepada
mereka.

“Jadi, kami gunakan peluang ini mencari gol, sekali gus menghidupkan
peluang kami untuk mara ke pusingan kedua,” jelas pengendali Tampines,
Steven Tan.

Selepas mengharungi empat perlawanan, Terengganu masih kekal di
tangga kedua Kumpulan F dengan enam mata, manakala Tampines mengekori di
belakang dengan empat mata.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Tue Apr 17, 2012 9:46 am

Mat Zan tuntut pemain perkemaskan penyudah


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


MAT ZAN (dua dari kanan) memberi
penerangan kepada pemain-pemain Terengganu pada sesi latihan mereka di
Kuala Terengganu kelmarin.




PENGENDALI Terengganu, Mat Zan Mat Aris menuntut jentera serangan
pasukannya agar tampil lebih bertenaga untuk memburu jaringan seandainya
berhajat mahu membawa skuad Penyu ke puncak liga musim ini.

Ingatan Mat Zan itu disuarakan ketika saingan Liga Super sudah
memasuki pusingan kedua, sekali gus menyaksikan anak-anak buahnya akan
berkunjung ke Paroi menentang Negeri Sembilan malam ini.

Sabtu lalu, skuad dari Pantai Timur itu berjaya menewaskan Negeri
Sembilan di Kuala Terengganu menerusi jaringan sendiri pemain lawan dan
Mat Zan mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki bagi menjamin
kemenangan pasukan.

Justeru, bekas jurulatih Kuala Lumpur itu mengharapkan penyerang
import Terengganu, Francis Forkey Doe dapat mengembalikan rentak
cemerlangnya selepas selesa mengumpul sembilan gol peribadi setakat ini.

"Doe sangat berkesan pada awal musim tetapi sejak beberapa perlawanan
kebelakangan ini, dia kurang menjaringkan gol walaupun telah bekerja
keras untuk melakukannya.

"Saya harap dia mampu menemui sentuhan jaringan pada perlawanan di
Paroi esok (malam ini)," kata Mat Zan di Kuala Terengganu semalam.

Dalam pada itu, Mat Zan turut mengharapkan gandingan pemain tempatan,
Ashaari Shamsuddin dan Abdul Manaf Mamat agar dapat menyumbang sesuatu
kepada pasukan.

"Bahagian serangan kami pasti lebih menyengat jika ketiga-tiga pemain
ini berada pada prestasi terbaik memandangkan mereka mampu menjaringkan
gol dari pelbagai sudut.

"Saya rasa kami perlu mencari formula baharu bagi memastikan bahagian serangan pasukan Terengganu semakin mantap," ujarnya.

Untuk rekod, Terengganu yang kini menduduki tangga ketiga liga dengan
24 mata sekadar mengumpul 19 jaringan, jauh berbanding Kelantan dan
Lions XII yang masing-masing merekodkan 25 dan 24 gol.

Di jentera pertahanan pula, skuad Penyu yang dibarisi ramai pemain
kebangsaan termasuk bintang baharu, Muslim Ahmad dan Faizal Muhammad
telah dibolosi 15 gol.

"Kami perlu berhati-hati dengan Negeri Sembilan kerana pasukan itu
memiliki barisan pemain berpengalaman, terutamanya penyerang importnya,
Effa Awona.

"Jadi, bahagian pertahanan kami perlu kental dan jangan sesekali
melakukan kesilapan mudah yang mampu memberi ruang kepada pemain lawan
menjaringkan gol," ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Thu Apr 19, 2012 12:53 pm

Terengganu belum panik


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


MANAF (kiri) bersaing dengan pemain sayap Negeri Sembilan, S. Kunanlan pada aksi Liga Super di Paroi malam kelmarin.




NADA penuh yakin dilontarkan pengendali Terengganu, Mat Zan Mat Aris
mengenai peluang pasukan dari Pantai Timur itu dalam misi mendakap trofi
Liga Super musim ini.

Menurut Mat Zan, dengan saingan liga masih berbaki 12 perlawanan,
pintu luas sebenarnya masih terbuka buat anak-anak buahnya untuk
merealisasikan impian seluruh rakyat Terengganu bagi menjulang trofi
berprestij itu buat pertama kali dalam sejarah.

Kelmarin, skuad Penyu sekadar memperoleh satu mata hasil kunjungan ke Paroi selepas diikat 1-1 oleh Negeri Sembilan.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Terengganu masih kekal di tangga
ketiga liga, namun dipisah dengan jurang mata yang agak besar
berbanding dua pasukan teratas - Lions XII dan Kelantan.

Terengganu dan Kelantan yang beraksi 14 perlawanan kini masing-masing
mengumpul 25 dan 31 mata, sementara Lions XII mengumpul 36 mata
daripada 17 perlawanan.

"Saya rasa kami tidak perlu risau dengan kedudukan semasa ini kerana
saingan liga masih berbaki 12 perlawanan dengan jumlah maksimum mata
yang ada adalah 36.

"Apa yang perlu kami lakukan sekarang adalah memberi fokus kepada
setiap perlawanan dengan matlamat untuk meraih sebanyak mungkin mata
sehingga ke akhir musim," kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Justeru, Mat Zan tidak mahu terlalu panik dengan kedudukan ketiga
yang dihuni pasukannya, sebaliknya berasakan ia adalah satu pencapaian
yang perlu dibanggakan anak-anak buahnya.

"Bagi kami sendiri, ini adalah masa terbaik untuk memperbaiki segala
kekurangan pasukan yang kembali bangkit untuk mengejar kedudukan
Kelantan dan Lions XII," ujarnya.

Mengulas mengenai perlawanan di Paroi kelmarin, Mat Zan mengakui,
pasukannya sedikit bernasib baik apabila mampu membawa pulang satu mata
dari gelanggang lawan.

"Kalau diikutkan kepada permainan, Negeri Sembilan sepatutnya
memenangi perlawanan itu, namun sepakan percuma pemain importnya pada
penghujung perlawanan tidak mendatangkan hasil.

"Jadi, saya perlu memberi kredit kepada semua pemain yang telah
bekerja keras dan memperoleh jaringan awal bagi memastikan kami tidak
pulang kosong," katanya.

Jelas Mat Zan lagi, sasaran Terengganu kini adalah untuk memberi
fokus kepada kempen separuh akhir Piala FA menentang Sime Darby pada 21
April ini.

"Buat masa ini ada beberapa pemain yang mengalami kecederaan kecil
termasuklah Ashaari Shamsuddin dan Manaf Mamat. Saya harap mereka dapat
cepat sembuh menjelang aksi Piala FA nanti," tambahnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Sat Apr 21, 2012 9:53 am

Terengganu awasi Ronaldinho


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


MAT ZAN (kiri) mengingatkan pemain-pemainnya agar tidak memandang mudah kemampuan Sime Darby pada perlawanan malam ini.




PERJUANGAN Terengganu untuk memburu tiket ke perlawanan akhir Piala
FA buat tahun kedua berturut-turut bermula malam ini apabila juara
bertahan itu diundi menentang pasukan kerdil, Sime Darby pada aksi
separuh akhir pertama.

Ibarat langit dan bumi, pertemuan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Kuala Terengganu ini pasti memberi kelebihan buat skuad bertaraf
bintang kendalian Mat Zan Mat Aris itu.

Namun, Mat Zan awal-awal lagi memberi amaran kepada anak-anak buahnya
agar tidak memandang mudah pertemuan menentang kelab dari Liga Perdana
itu yang diperkuatkan dengan kehadiran penyerang import dari Liberia,
Patrick Ronaldinho.

“Ini adalah saingan Piala FA dan mana-mana pasukan yang berada dalam
kelompok empat pasukan terakhir, maka mereka adalah pasukan terbaik.

“Jadi, tidak timbul persoalan mengenai reputasi pasukan Sime Darby
sebagai pasukan kerdil kerana mereka telah membuktikan kemampuan mereka
dengan layak ke separuh akhir.

“Harus diingat, Sime Darby juga memiliki ramai pemain terbaik yang
mampu memberi ancaman kepada kami,” kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, Terengganu yang menewaskan Kelantan pada final Piala FA
musim lalu kini menduduki tangga ketiga dalam kempen Liga Super.

Sime Darby pula yang mencipta kejutan dengan mara ke separuh akhir
Piala FA juga berada di kedudukan ketiga dalam saingan Liga Premier,
ketinggalan di belakang dua pasukan gergasi, ATM dan Pahang.

“Kami sudah sampai ke tahap ini (separuh akhir) dan kami hanya
selangkah untuk ke final dan seterusnya cuba mempertahankan piala yang
dimenangi tahun lalu.

“Saya hanya berharap agar mana-mana pemain yang diturunkan dapat memberikan aksi terbaik mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mat Zan juga berharap anak-anak buahnya tidak
sesekali memberi peluang kepada pasukan lawan untuk membolosi gawang
Terengganu.

“Ini adalah perlawanan separuh akhir dan jika lawan berjaya
menjaringkan gol di sini, sudah pasti kelebihan memihak kepada mereka
berdasarkan jaringan tempat lawan.

“Pemain seperti Ronaldinho yang telah menjaringkan sembilan gol dalam
Liga Perdana perlu sentiasa diawasi kerana dia merupakan penjaring
utama pasukan Sime Darby,” ujarnya lagi.

Menurut Mat Zan, perlawanan malam ini bakal menyaksikan pasukannya
kehilangan khidmat dua tonggak utama, Zubir Azmi dan Ismail Faruqi yang
masing-masing digantung satu perlawanan.

Keadaan Muslim Ahmad juga masih dalam keraguan selepas dihimpit kecederaan baru-baru ini.

“Ada sedikit rombakan dalam pasukan tetapi saya percaya semua yang disenaraikan adalah yang terbaik buat pasukan,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Tue Apr 24, 2012 11:14 am

Peminat beri kata dua
Oleh Malik Muhamad
am@hmetro.com.my

PEMINAT Penyu memberi kata dua kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sama ada mengubah strategi permainan menentang kelab Song Lam Nghe An dari Vietnam dalam saingan Kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) atau berdepan satu lagi bantahan yang dijangka disertai lebih ramai penyokong setia di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam esok.

“Peringatan keras ini bukan bertujuan menggertak Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh yang tetap dengan pendiriannya tidak akan meletak jawatan tetapi untuk kebaikan pasukan yang tidak memperagakan aksi konsisten,” kata jurucakap Kelab Penyokong Terengganu (TFC), Mohd Hazrul Hanafi.


Mohd Hazrul berkata, peminat setia skuad itu mendesak Che Mat dan jurulatih, Mat Zan Mat Aris meletak jawatan tapi jika enggan mengundur diri, mereka perlu bertanggungjawab terhadap kemerosotan berlaku dalam pasukan dan perlu membuat perubahan yang lebih baik.

“PBSNT perlu faham peminat tetap sayangkan pasukan negeri dan mereka yang datang dari pelbagai daerah terpaksa berkorban termasuk kewangan semata-mata memberi sokongan kepada Terengganu tapi jika permainan membosankan dipamerkan pemain, Che Mat dan Mat Zan perlu mencari punca kemerosotan dan memperbaiki keadaan serta perlu bertanggungjawab.


“Jika persembahan sama ketika bertemu Sime Darby FC, Sabtu lalu berulang dan tidak ada perubahan, bantahan lebih besar akan diadakan sebaik selesai perlawanan dengan kelab dari Vietnam itu,” katanya.


Nada sama disuarakan satu lagi kelab penyokong, Peteh yang menuntut pengurusan dan jurulatih merencana strategi baru untuk memperbaiki persembahan Terengganu yang tampak longlai.

Setiausaha Peteh, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata, PBSNT perlu menjadikan perlawanan dengan Sime Darby sebagai iktibar untuk mencari idea baru bagi memperkemas persembahan pasukan.


“Peteh yakin jika perubahan strategi dan formasi dilakukan, Terengganu mampu mengekalkan prestasi terbaik terutama dalam pertembungan dengan kelab Vietnam itu,” katanya.

Sementara itu, Mat Zan yang mengaku tertekan berikutan bantahan kali kedua peminat setia yang memintanya berundur, mengulangi pendirian sama iaitu sedia melepaskan jawatan pada bila-bila masa.


“Saya tertekan dengan situasi sekarang, rasa tak gembira dan tidak tenang untuk mengendali pasukan. Saya sedia berundur jika itu jalan terbaik. Terserah kepada PBSNT untuk membuat keputusan walaupun saya tetap mahu membimbing Terengganu,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed May 02, 2012 7:41 am

Kelantan, Sime Darby ke final




PENYERANG Terengganu, Abdul Hadi
Yahya (kiri) diasak oleh pertahanan Sime Darby pada aksi separuh akhir
kedua Piala FA di Stadium Selayang malam tadi.




KELANTAN dan Sime Darby FC melangkah ke final Piala FA 2012.

Sime Darby mara dengan kelebihan agregat 2-1 selepas terikat seri
tanpa jaringan dengan Terengganu pada aksi separuh akhir kedua di
Stadium Selayang malam tadi.

Kelebihan agregat tersebut diperoleh hasil kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Kuala Terengganu minggu lalu.

Kelantan pula melangkah bergaya selepas mencatat keputusan 2-2 dengan
Kedah pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi sekali gus
mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Pada aksi pertama minggu lalu, kedua-dua pasukan turut mencatat keputusan seri 1-1.

Meskipun terikat dengan agregat 3-3 tetapi Kelantan mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Kedah pernah beraksi di final Piala FA pada tahun 1996, 2007 dan 2008
dengan meraih gelaran sebagai juara, namun pada tahun 2010 mereka
dihampakan Negeri Sembilan yang pada masa itu dibimbing Wan Jamak Wan
Hassan.

Nasib ternyata tidak menyebelahi anak-anak buah pengendali yang
berasal dari Johor itu berdasarkan perkiraan gol ditempat lawan menerusi
agregat 3-3.

Kelebihan dua jaringan pada babak pertama menerusi jaringan penyerang
licik, Mohd. Khyril Muhymeen Mohd. Zambri yang mampu memberi kelebihan
kepada Kedah gagal dipertahankan sehingga wisel penamat.

Sebaliknya Kelantan bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan, Obinna Nwaneri dan penyerang, Mahmoud Ghadar.

Kedua-dua pasukan yang mahu mencari jaringan awal sebagai gol
semangat saling mengasak sebaik wisel dibunyikan pengadil perlawanan, M.
Yusof Mat Karim.

Pasukan tuan rumah berpeluang mendahului menerusi Gerc pada minit
ke-29, namun diselamatkan penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat.

Usaha skuad Kenari akhirnya berhasil menerusi sepakan percuma Ketua
Pasukan, Baddrol Bakhtir yang dikuis cantik Mohd. Khyril Muhymeen pada
minit ke-31.

Mohd. Khyril Muhymeen sekali lagi menceriakan lebih 30,000 penyokong
skuad Hijau Kuning apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-42.

Pemain berjersi 18 itu menolak masuk hantaran Mohd. Fazliata Taib
yang menerima hantaran Mohd. Khairul Helmi Johari daripada kawasan
tengah padang untuk meletakkan pasukan tuan rumah selesa mendahului dua
jaringan.

Skuad Kijang memulakan babak kedua dengan langkah kanan apabila
berjaya merapatkan kedudukan menerusi pemain import, Obinna Nwaneri yang
menanduk masuk bola hantaran sepakan sudut Indra Putra Mahayuddin pada
minit ke-47.

Mohd. Khyril Muhymeen yang berjaya melepasi pertahanan pasukan
pelawat sekali lagi berpeluang melebarkan jaringan dua minit kemudian,
namun sepakannya diselamatkan Khairul Fahmi.

Pasukan pelawat selepas itu menggandakan asakan dan akhirnya berjaya
memperoleh gol penyamaan menerusi Mahmoud Ghadar pada minit-61.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Fri May 04, 2012 5:51 am

Mat Zan diarah ‘cuti rehat


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my






KRISIS dalaman yang melanda bola sepak Terengganu kini memasuki
episod baharu apabila ketua jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris (gambar)
direhatkan daripada membimbing pasukan itu sehingga 15 Mei ini.

Berita terbaharu itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan
Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh selepas pihak
persatuan mengadakan mesyuarat tergempar kelmarin.

Menurut Abdullah, keputusan untuk merehatkan Mat Zan dibuat selepas
mengambil kira pelbagai faktor termasuk kegagalan Terengganu melangkah
ke perlawanan akhir Piala FA.

“Ini bukanlah keputusan individu tetapi keputusan dibuat sebulat
suara yang diputuskan oleh pengurusan PBSNT.“Dalam pertemuan itu juga,
PBSNT turut memanggil beberapa pemain senior untuk mendapatkan sendiri
pandangan mereka mengenai kedudukan Mat Zan,” katanya ketika dihubungi
Kosmo! semalam.

Tambah Abdullah lagi, ekoran keputusan untuk merehatkan Mat Zan,
tugas untuk membimbing pasukan Terengganu kini diserahkan kepada
penolong jurulatih, Khalid Mohd. Dahan.

“Mat Zan adalah seorang jurulatih yang berpengalaman dan pernah membantu Terengganu muncul juara Piala Malaysia pada 2001.

“Bagaimanapun, pihak persatuan perlu juga mengambil kira kepentingan
PBSNT kerana sasaran awal kami adalah untuk menjulang tiga piala. Kini,
Terengganu telah terlepas kejuaraan Piala FA,” ujarnya.

Ditanya adakah pihak persatuan bakal menyingkirkan Mat Zan, Abdullah
tidak menolak kemungkinan itu sambil menyifatkan keputusan tersebut
hanya boleh dibuat oleh pihak tertinggi PBSNT.

"Buat masa ini, kita hanya merehatkan Mat Zan hingga 15 Mei ini dan
segala tugasannya sebagai ketua jurulatih akan diambil alih oleh Khalid
buat sementara waktu,” tambahnya.

Untuk rekod, Mat Zan yang pernah membimbing Kuala Lumpur dan Pos
Malaysia mula mengendalikan skuad Penyu pada awal musim ini bagi
menggantikan Irfan Bakti yang berhijrah ke Selangor.

Di bawah kendalian Mat Zan, Terengganu ketika ini menduduki tangga
ketiga Liga Super dan mara ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola
Sepak Asia, namun gagal dalam misi mempertahankan gelaran Piala FA
selepas tewas memalukan di tangan Sime Darby minggu lalu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Fri May 04, 2012 5:56 am

Terengganu bergelora


Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


FORKEY DOE (kiri) tidak dapat diturunkan pada aksi menentang Perak malam ini akibat kecederaan.




HANYA moral dan semangat pemain Tereng- ganu sahaja yang boleh
memastikan kemena- ngan apabila turun menentang Perak dalam saingan Liga
Super di laman sendiri malam ini kerana pasukan itu sudah mendapat
cukup banyak tekanan.

Selepas gagal ke peringkat akhir Piala FA apabila tewas kepada Sime
Darby sebelum ini, pasukan itu kini kehilangan jurulatih utama, Mat Zan
Mat Aris yang direhatkan empat per- lawanan sehingga 15 Mei ini.

Pembantu jurulatih Terengganu, Khalid Mohd. Dahan yang kini memangku
tugas Mat Zan memberitahu, selain itu, ramai pemainnya tidak dapat turun
beraksi malam ini atas pelba- gai masalah.

"Francis Forkey Doe, Shamsul Kamal Mohamad, Abdul Manaf Mamat dan
Ahmad Nordin Alias mengalami kecederaan, manakala Reeshafiq Alwi masih
belum pulih sepenuhnya.

"Mazlizam Mohammad pula tidak boleh diturunkan sebab ada tiga kad
kuning," katanya ketika ditemui semasa sesi latihan di Stadium Sultan
Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

Dalam pada itu katanya, sedikit perubahan taktikal dan formasi perlu
dilakukan memandangkan ramai pemain utama yang tidak dapat diturunkan,
namun beliau mengharapkan agar para pemain boleh menunjukkan aksi penuh
semangat.

"Ketika ini kita tidak banyak kelebihan, jadi hanya moral dan
semangat yang akan membantu pasukan Terengganu untuk bermain le- bih
baik menentang Perak malam esok (malam ini)," katanya.

Jelasnya, peluang dengan Perak adalah 50-50 berdasarkan dua pertemuan
sebelum ini yang mana Terengganu pernah tewas sekali dalam pertemuan
Piala FA 0-1 dan menang 1-0 semasa pusingan pertama Liga Super di Perak.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu
(PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh menjelaskan, keputusan merehatkan Mat Zan
dilakukan selepas pasukan tersebut tewas kepada Sime Darby, Selasa lalu.

"Saya hubungi dia melalui telefon selepas perlawanan itu dan saya minta dia berehat empat perlawanan," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum