Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Rozaimi tekad julang Selangor

View previous topic View next topic Go down

Rozaimi tekad julang Selangor

Post by Park Deen on Fri Sep 21, 2012 4:11 am

Rozaimi tekad julang Selangor (KOSMO)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


ROZAIMI menanam tekad untuk membawa Selangor melangkah ke final Piala Malaysia musim ini.




MAHU menterjemahkan impian ke final menjadi realiti. Itu tekad
penyerang pinjaman Selangor, Rozaimi Abdul Rahman yang berazam mahu
memastikan impian Gergasi Merah menjejak pentas final Piala Malaysia di
Stadium Shah Alam, 20 Oktober depan bukan sekadar angan-angan kosong
semata-mata.

Menurut Rozaimi, dia enggan menamatkan tanggungjawab sebagai pemain
pinjaman Merah Kuning setakat terhenti di peringkat suku akhir.

Justeru, peledak berbisa Sabah itu mahu ‘jodoh’ bersama Gergasi Merah
disulami memori indah muncul juara Piala Malaysia edisi kali ini,
bermula ketika menentang Johor FC dalam suku akhir pertama di Stadium
Pasir Gudang, Selasa depan.

“Saya percaya dengan kemampuan kami menjejaki pentas final Piala
Malaysia kali ini, jadi sudah tentu saya mahu memastikan kehadiran saya
bersama Selangor berakhir dengan kejayaan dan bukan setakat di suku
akhir.

“Jika mendapat kepercayaan jurulatih (Irfan Bakti Abu Salim), saya
berazam untuk terus menjaringkan gol kerana itu tugas hakiki saya
sebagai penyerang,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada masa sama, Rozaimi yang dipinjamkan ke Selangor bersama seorang
lagi pemain, S. Veenod dari USM sepanjang kempen kali ini juga optimis
mampu beraksi sepenuh masa dan bukan sekadar tampil selaku pemain
gantian semata-mata.

“Ketika berdepan Sarawak (aksi terakhir kumpulan), saya diturunkan
selama 90 minit, jadi tidak timbul soal saya kurang cergas beraksi
sepenuh masa atau tidak.

“Kecederaan hamstring yang membelenggu saya sebelum ini juga sudah
pulih, jadi saya harap konsentrasi saya mencetak gol ketika berdepan
Johor FC selepas ini tidak lagi terjejas,” katanya optimis.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum