Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelantan akur dibenam Arbil FC

View previous topic View next topic Go down

Kelantan akur dibenam Arbil FC

Post by Park Deen on Thu Sep 20, 2012 4:29 am

Kelantan akur dibenam Arbil FC (Kosmo)



Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my
KETAKUTAN yang akhirnya menjadi kenyataan.

Demikian hakikat yang terpaksa diterima oleh Kelantan apabila
dimalukan dengan kekalahan besar 1-5 kepada kelab Iraq, Arbil FC pada
aksi suku akhir pertama Piala AFC kelmarin.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya
sebelum ini yang menganggap laluan Kelantan pada peringkat suku akhir
cukup berliku.

Menurutnya, kehilangan hampir sepa- ruh tonggak utama pasukan jelas
memperlihatkan aksi tempang Kelantan yang dilihat gagal mengimbangi
perlawanan terutama pada babak kedua.

"Sebagaimana semua tahu, kita datang ke Iraq dengan skuad yang agak
tempang tanpa beberapa pemain tonggak seperti S. Subramaniam, Muhammad
Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin, selain
kegagalan kita untuk daftar dua pemain import baharu agak memberi kesan
kepada pasukan.

"Kita juga kena akui kita masih lagi jauh kebelakang jika hendak
dibandingkan dengan pasukan-pasukan Asia Barat dari segi fizikal dan
kualiti," kata Azman semalam.

Menurut Azman, The Red Warriors (TRW) gagal untuk menyekat
kemaraan Arbil FC khususnya pada babak masa kedua yang menyaksikan
pasukan turun rumah itu tampil dengan aksi lebih pantas.

"Kekalahan mungkin suatu yang semua orang tidak inginkan tetapi
secara positifnya, kekalahan memberikan kita satu panduan untuk mencari
dan memperbaiki kelemahan," ujarnya.

Sementara itu, 'orang kuat' bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa
ternyata gagal menyembunyikan kekecewaan dan sedih dengan kekalahan
tersebut.

"Sedih. Apa yang kita tidak mahu ber- laku kepada pasukan yang mewakili negara dalam AFC akhirnya menimpa TRW.

"Kalah tak mengapa tetapi diaibkan dengan lima gol adalah memalukan," ujarnya yang dipetik melalui jaringan sosial Facebook.

Pada aksi yang berlangsung pukul 11.30 malam kelmarin (waktu Malaysia) di Stadium Franso Hariri, Iraq itu, Arbil FC membuka tirai jaringan melalui Halkard Mohammad Taher pada minit ke-38.

Ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi berjaya menyamakan kedudukan
melalui sepakan penalti pada minit ke-41 selepas Denny Antwi dijatuhkan
dalam kotak pe- nalti.

Kelantan jelas gagal menyaingi kepantasan Arbil FC pada babak kedua
yang menyaksikan gawang mereka dibolosi empat gol menerusi jaringan
Amjed Radhi pada minit ke-50, Luay Salah (66) dan Salih Sadeer (72 dan
93).

Kelantan akan menanti kunjungan Arbil FC pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 25 September ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum