Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Terima kasih semua'

View previous topic View next topic Go down

'Terima kasih semua'

Post by Park Deen on Thu Sep 20, 2012 4:24 am

'Terima kasih semua' (Kosmo)



Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my





PENJAGA gol utama Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee Ramlie
melahirkan rasa syukur dan lega apabila disahkan bebas daripada dakwaan
'menjual perlawanan' ketika skuad Penyu menentang Kedah dalam saingan
Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu pada 1 September lalu.

Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan
bahawa Sharbinee 'bersih' daripada dakwaan tersebut, sekali gus
merungkai segala persoalan membabitkan bekas penjaga gol kebangsaan itu.

"Saya sangat berterima kasih kepada semua orang yang membantu dalam
membersihkan nama saya. Sejak mula lagi, saya telah memaklumkan tidak
terlibat dan keputusan ini membuktikan saya bersih.

"Saya juga berpuas hati dengan siasatan yang dilakukan secara
terperinci dan menyeluruh oleh SPRM," katanya ketika ditemui pemberita
di pejabat PBSNT di Wisma Seri Amar, Kuala Terengganu semalam.

Sementara itu, dua lagi tonggak Terengganu, Ismail Faruqi Asha'ari
dan Mohd. Muslim Ahmad akur dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib
PBSNT yang mengenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 setiap seorang ke
atas mereka.

Kedua-dua pemain itu dikenakan hukuman denda tersebut atas kesalahan
disiplin kerana keluar dan balik lewat tanpa kebenaran dari hotel
penginapan mereka.

Hukuman tersebut sekali gus menolak dakwaan bahawa kedua-dua pemain
itu membawa balik wanita ke bilik tempat mereka menginap ketika skuad
Terengganu berada di Alor Setar, Kedah pada 1 September lalu.

"Saya menerima keputusan yang dibuat PBSNT dan tidak mahu
memanjangkan lagi perkara tersebut. Saya cuma ingin membersihkan nama
saya," katanya.

Muslim pula memberitahu, dia bersyukur kerana dengan hukuman
tersebut, sekurang- kurangnya boleh membersihkan kembali nama dan ahli
ke- luarganya.

"Saya juga berharap dapat kembali menyertai skuad kebangsaan selepas
ini," jelas Muslim yang membantu skuad Harimau Muda meraih pingat emas
pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.

Dalam pada itu, jurulatih Terengganu, Peter James Butler memberitahu,
beliau masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Jawatankuasa
Tatatertib PBSNT berhubung penggantungan enam bulan yang dikenakan ke
atasnya.

"Saya akan serahkan kepada pihak pengurusan PBSNT, sama ada masih memerlukan khidmat saya ataupun tidak.

"Tidak adil bagi saya untuk memberi komen pada masa ini kerana masih
belum menerima surat daripada pihak Jawatankuasa Tatatertib PBSNT,"
katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum