Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Johan rasa berbaloi tak berlakon filem

View previous topic View next topic Go down

Johan rasa berbaloi tak berlakon filem

Post by Park Deen on Wed Sep 19, 2012 4:24 am

Johan rasa berbaloi tak berlakon filem (KOSMO)



Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


JOHAN tidak kisah rakan gandingannya dalam kumpulan Jozan, Zizan dikatakan lebih menonjol berbanding dirinya.



SELEPAS Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohamad
Aziz menyertai radio Era FM sebagai penyampai tetap tahun lalu, jarang
sekali dia kelihatan di layar perak berbanding gandingannya dalam
kumpulan Jozan, Zizan Razak.

Zizan sebagai rakan seperjuangannya dalam kumpulan Jozan pula kini
lebih ligat di layar perak manakala Johan seakan tenggelam selepas
program Maharaja Lawak Mega tahun lalu.

Selepas terlibat dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pada tahun
2010, Johan hanya kelihatan muncul dalam program lawak jenaka di Astro
Warna sahaja.

Ketika ditanya persoalan sama ada dia selektif dalam memilih watak
menyebabkan kelibatnya jarang muncul, Johan pantas berkata, bahawa
jarang berlakon filem disebabkan tidak dapat memberi komitmen kerana
sibuk bekerja di konti sebagai penyampai radio.

“Saya sibuk sekarang, walaupun orang tengok pukul 10 pagi saya sudah
habis waktu kerja di radio, sebenarnya kerja saya masih banyak selepas
itu misalnya, buat promosi lain bagi memudahkan kerja esok hari pula,”
jelasnya ketika ditemui pada sidang akhbar pementasan Lawak Ke Der? 2 di
Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, jika dia menerima banyak tawaran berlakon filem, perkara
itu dikhuatiri akan menjejaskan dan mengganggu masa dia sebagai
penyampai radio pula.

Johan berkata, jadual waktu yang tetap di konti turut menyebabkan dia
sukar untuk memberi komitmen lain kerana seawal pukul 4.30 pagi dia
sudah berada di situ dan pulang kira-kira pukul 12 tengah hari setiap
hari kecuali hujung minggu.

Ujarnya lagi, dia menganggap bekerja di konti berbaloi bagi
kerjayanya kini memandangkan pendengar radio tersebut sudah mencecah 1.2
juta orang.

“Saya anggap melepaskan peluang berlakon filem adalah berbaloi. Saya
suka kerja saya sekarang. Kalau ada penggambaran filem saya kena balik
awal dan tidur awal dan nanti terkejar-kejar pula,” jelasnya.

Dia turut memberitahu, sudah hampir dua tahun tidak berpanas di bawah matahari untuk mana-mana penggambaran drama atau filem.

Dia sebaliknya hanya terlibat dengan penggambaran di dalam studio sahaja seperti untuk program Karoot Komedia di Astro Warna.

“Tengoklah kulit saya lebih cantik dan putih sekarang sebab tidak buat kerja tengah panas,” ujarnya berjenaka.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna dia tidak laku untuk dijual dalam sesebuah filem atau menolak terus tawaran yang datang.

Sebagai bukti, Johan bakal muncul dengan dua filem baharu arahan
Afdlin Shauki iaitu Pontianak Vs Orang Minyak hujung tahun ini dan
Papadom 2.

“Saya tidak memilih untuk berlakon, tetapi kena tengok filem itu
macam mana dulu baru boleh beri kata putus. Pada saya, berada di konti
seperti berlakon 10 buah filem,” jelasnya yang memberitahu menerima
tawaran berlakon jika ia berbaloi.

Ditanya pula tentang Zizan Razak yang lebih menonjol dan popular di
kaca televisyen mahupun layar perak, Johan menjelaskan, sebenarnya dia
tidak kisah tentang situasi tersebut.

Apa yang lebih penting baginya, dia perlu memikirkan kerjaya yang dipilihnya sebagai penyampai radio.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum