Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Percaturan bakat, rupa, sensasi

View previous topic View next topic Go down

Percaturan bakat, rupa, sensasi

Post by Park Deen on Wed Sep 19, 2012 4:21 am

Percaturan bakat, rupa, sensasi (KOSMO)









"SALAM perkenalan. Nama saya Fatimah," ujar figura cantik ini
menimbulkan sedikit kejutan. Kejutan tercetus kerana dia sebelum ini
lebih dikenali dengan nama komersial, Emma Maembong.

Sementelah apabila melihat dirinya yang berwajah Pan-Asia, seperti
tidak percaya nama yang agak kemelayuan itu miliknya sejak lahir.

Reaksi yang sama diraih sejak dia mula menceburi bidang seni dengan
lebih serius bermula Jun lalu. Katanya, ramai yang tidak menyangka nama
sebenarnya Fatimah Rohani Ismail.

"Kalau orang yang rapat dengan saya biasanya menyapa saya Timah, yang
baru kenal panggil saya Emma. Nama Emma itu singkatan Timah kalau
disebut banyak kali dan laju-laju.

"Maembong pula gabungan nama ayah saya, Ismail dan datuk saya Embong.
Itu nama pena dia sepanjang berkarya sebagai pelukis negara," sesi
pengenalan itu diteruskan ketika jurusolek Mimie Romyza mula mengoles
wajah mulus gadis kacukan Melayu dan Scotland itu.

Bakat luar biasa menggalas peranan gadis dianiaya ibu dan abang
kandung sendiri dalam mencari sinar kebahagiaan dalam drama rantaian
arahan Erma Fatima, Kau Yang Terindah secara jujurnya mencuri tumpuan
ramai pihak.

Pelukis

Biar bukan melakonkan watak utama, hakikat yang harus diakui, dia antara pucuk muda yang perlu diberi perhatian.

Pujian buat pelakon baharu yang tidak pernah menuntut ilmu daripada mana-mana institut khas seni lakon.

"Barangkali darah seni itu mengalir sendiri daripada ayah saya yang gemar melukis dan minat luar biasa menonton wayang.

"Apabila mula berlakon saya berasa diri saya terpisah dengan
kecenderungan saya yang gemar melukis. Saya pernah beritahu ayah saya
bahawa saya mahu jadi pelukis," ungkapnya.

Membuka lembaran awal kisah hidupnya sebagai anak seni, kata Emma kerjayanya berlangsung dengan pantas.

"Saya mahu menjadi pramugari dan meminta pertolongan kakak saya (Yaya Maembong) untuk mencarikan kerja kosong.

"Kebetulan ketika itu kakak saya yang bekerja di belakang tabir
diberitahu mengenai kekosongan watak untuk drama terbaharu Erma Fatima.
Saya pun mencuba nasib.

"Seminggu kemudian kak Erma mengajak saya bertemu dan minta saya
membaca satu skrip. Selepas tiga hari, dia menawarkan watak Munirah
dalam drama Kau Yang Terindah," katanya sebelum memulakan sesi fotografi
di studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin baru-baru ini.

Peluang diberikan watak yang memerlukan dia sentiasa bersedih itu
umpama rezeki yang datang bergolek. Tidak pernah terduga namun dalam
masa sama melihat haluan itu sebagai medan menguji kemampuan diri.

Kata Emma: "Itu satu cabaran menguji kemampuan diri, sekiranya ada
yang memuji Alhamdulillah, kalau ada yang mengeji saya ambil komen itu
sebagai panduan."

Sebelum drama Kau Yang Terindah, Emma pernah membintangi sebuah drama
terbitan Amazon Entertainment Sdn. Bhd. berjudul, Facebook Ustazah
Shamsiah.

Jadual Emma kembali padat sekembalinya ke set penggambaran drama
bersiri 24 episod Rindu Rania bergandingan dengan Zack X-Factor, Elly
Mazlein dan Erry Putra. Kali ini Emma diberi kepercayaan menggalas
peranan utama iaitu sebagai Rania.



DARAH seni dalam diri Emma menurutnya, mengalir daripada bapanya yang gemar melukis.



Seksi

Bakat sahaja tidak cukup, nyata sekali industri kini meneliti rupa
paras sebagai sandaran untuk pergi jauh. Hal itu diakui oleh Emma namun
dalam erti kata lain karier sukses harus seimbang bakat dan rupa.

"Saya tidak pernah meletakkan rupa atau asal-usul saya sebagai
penanda aras malah kalau setakat ada rupa tapi otak kosong pun tak
berguna. Rupa itu ekstra, yang perdana itu bakat serta ilmu," tegasnya.

Pernah ketika awal pembabitannya ketika dia dicerca dan ditohmah
dengan kutukan tentang mutu lakonan hambar, selain isu berpakaian seksi
dalam akaun instagram, dia menangis.

Namun tangisan itu sebenarnya penghapus segala kepedihan kata caci
dan cubaan mereka sensasi. Ujar anak kesembilan daripada sebelas beradik
itu, dia kini lebih kental.

"Terima saja herdikan dan kritikan orang. Sedih itu ada tapi berilah saya peluang untuk membuktikan kemampuan saya.

"Saya hargai semua pandangan orang sekeliling dan menilainya sebagai satu nasihat untuk jadi lebih bagus.

"Pernah saya dicemuh kerana berpakaian seksi dan ramai menyifatkan
saya gadis yang sosial. Ya, saya akui saya pernah terkena kejutan budaya
ketika usia 16 tahun tapi semua gambar seksi yang dimaksudkan itu
adalah gambar-gambar lama. Saya juga tidak pernah ke kelab kerana saya
antitempat ramai orang.

"Saya minta maaf jika ada pihak yang kurang senang dan tersinggung
dan mohon agar tidak dibangkitkan sejarah silam," pinta Emma merendah
diri.

Emma menjelaskan dia tidak mahu dilabel seorang gadis liar yang gemar
berpakaian seksi kerana hakikat sebenar dia anak manja ayahnya.

"Selepas ibu dan ayah saya bercerai, saya tinggal dengan ayah dan
tidak pernah berjauhan dengan dia. Saya akui saya anak kesayangan dia
dan dia segalanya bagi saya.

"Sejak tingkatan satu saya diberi homeschool (belajar di rumah) dan
tidak akan berenggang daripada ayah sampai sekarang," jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum