Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pasukan Bolasepak Terangganu

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed Nov 02, 2011 10:55 am

Lupakan ganjaran

Oleh Zaid Salim
sukan@hmetro.com.my



MISI GAGAL...pemain dan pegawai skuad Terengganu bergambar kenangan menjelang final Piala Malaysia.

“TIDAK ada ganjaran sama ada bonus atau insentif lain daripada
kerajaan negeri,” kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
yang bagaikan kecewa dengan kegagalan skuad Penyu menjulang Piala
Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Ahmad yang juga peminat setia bola sepak berkata, kejayaan Terengganu
menempah tiket ke final dianggap sebagai kejayaan besar dan ia
sememangnya patut diberi imbuhan.

“Tetapi ia bukan daripada
kerajaan negeri, terpulang pada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu
(PBSNT) untuk menguruskannya kerana mereka juga dapat habuan (kutipan
jualan tiket) daripada perlawanan itu,” katanya ketika ditemui selepas
majlis Perasmian Perarakan Bot Berhias sempena Program Sukan Rakyat Mega
Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu di Pengkalan Perahu Jeram,
Sungai Nerus, Kuala Terengganu, kelmarin.

Mengulas keputusan Irfan Bakti Abu Salim mengundur diri daripada
menjadi jurulatih Terengganu, Ahmad akui terkejut kerana tidak menyangka
keputusan itu dibuat selepas kecemerlangannya membawa skuad Penyu ke
pentas akhir Piala Malaysia 2011.

Beliau secara jujur berpuas
hati dengan khidmat diberikan Irfan Bakti berdasarkan beberapa rekod
kejayaannya menjulang nama Terengganu sebagai sebuah pasukan bola sepak
digeruni di negara ini. Ahmad berkata, beliau akan menghubungi PBSNT
untuk mengetahui punca sebenar jurulatih itu menarik diri daripada terus
mengendalikan skuad Penyu untuk bersama Selangor musim depan.

Katanya, sebelum ini, PBSNT memaklumkan akan menyambung kontrak Irfan Bakti dua musim lagi.

“Kita tidak tahu apa berlaku dan saya tidak mendapat maklumat jelas
mengenai perkara itu, saya akan tanya pengurusan PBSNT nanti.

“Biarpun
saya bukan jawatankuasa PBSNT, sebagai pemerhati perkembangan bola
sepak negeri saya berharap Irfan Bakti menilai semula keputusan dan
kekal bersama kita,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed Nov 02, 2011 10:59 am

Mat Zan akui tugas berat bimbing Terengganu
Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my

“BIARPUN tugas ini amat mencabar, saya sedia sahut cabaran
Terengganu untuk membimbing skuad itu musim depan,” kata Mat Zan Mat
Aris ketika ditanya sama ada beliau bersedia menerima tawaran daripada
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Jurulatih yang digelar ‘orang besi’ ketika zaman kegemilangannya
bersama Kuala Lumpur tanpa berselindung menyatakan tidak sabar untuk
kembali semula melatih Terengganu selepas sedekad mengucapkan selamat
tinggal.

“Ya, saya sedia menggalas tugas itu tetapi bukan
mudah untuk mengekalkan rekod cemerlang Terenggannu musim ini yang
mempamerkan kebangkitan menakjubkan.

“Dengan kejayaan merangkul Piala FA Jun lalu, naib juara Liga Super
dan Piala Malaysia, tugas berat bakal menanti untuk melonjakkan lagi
kejayaan pasukan itu musim depan,” kata pengendali berusia 53 tahun itu
yang akan mula menjalankan tugas pertengahan bulan ini.

Bagaimanapun,
jurulatih yang pernah membimbing skuad Kuala Lumpur, KL Plus, Telekom
Melaka dan KL Pos Malaysia itu tetap optimis menggalas tugas itu
sebagaimana dibuktikan ketika muncul juara piala itu pada 2001.

“Setiap
jurulatih mempunyai kelebihan tersendiri dan saya harap mampu
mengembalikan kejayaan buat Terengganu musim depan lebih-lebih lagi
skuad itu sudah memiliki pemain yang lengkap di setiap posisi digilap
Irfan Bakti,’ katanya. Kelmarin, Irfan Bakti membuat keputusan
mengejut apabila tidak mahu menyambung kontrak bersama Terengganu
biarpun sudah ditawarkan lanjutan dua tahun lagi membimbing gergasi
Pantai Timur itu.

Keputusan itu bagaikan sudah dijangka PBSNT yang awal-awal lagi
mempunyai pengganti dengan memilih Mat Zan yang pernah mengukir sejarah
pertama Terengganu. Ketika ditanya kenapa memilih Terengganu walhal
akan berjauhan dengan keluarganya di ibu kota, Mat Zan berkata,
pengalaman membimbing pasukan itu 10 tahun lalu membuatkan beliau
memilih skuad itu.

Katanya, kerjasama erat di kalangan
pengurusan dan pemain serta disiplin tinggi diterapkan dalam skuad itu
menguatkan lagi keinginannya ke Kuala Terengganu.

“Biarpun sebelum ini saya menerima tawaran daripada beberapa pasukan, keinginan melatih Terengganu sentiasa kuat,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed Nov 02, 2011 11:06 am

Tiga peledak Penyu kekal

TRIO peledak berbisa Terengganu yang diketuai penjaring terbanyak
musim ini, Abdul Hadi Yahaya, Mohd Ashaari Samsuddin dan Abdul Manaf
Mamat kekal bersama skuad itu musim depan.

Selain itu, nama besar yang turut dikekalkan ialah penjaga gol, Mohd
Sharbinee Allawee Ramli, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi, Mazlizam
Mohamad, Marzuki Yusof, Ahmad Nordin Alias dan Ismail Faruqi Ashari.

Kelmarin,
dalam sidang media khas di pejabat PBSNT, Presiden Datuk Che Mat Jusoh
mengesahkan akan mengekalkan kesebelasan utama manakala beberapa pemain
lagi masih dalam peringkat perbincangan dan keputusannya bakal
diketahui dalam masa terdekat. Pemenang kasut emas, Abdul Hadi
terpaksa menolak tawaran beberapa pasukan lain kerana masih sayangkan
pasukan Terengganu yang banyak melonjak namanya dalam persada bola
sepak.

Katanya, sebelum ini namanya tidak dikenali biarpun sudah tiga
pasukan diwakili tetapi ketika bersama Terengganu, namanya menjadi
sebutan ramai peminat apatah lagi terpilih mewakili skuad kebangsaan.

“Sebab
itulah saya tidak mahu berhijrah sebaliknya mahu kekal di sini
lebih-lebih lagi PBSNT masih memerlukan khidmat saya,” katanya.

Bagi
Abdul Manaf pula, musim ini mempunyai suka duka biarpun melakar
kejayaan muncul juara Piala FA dan melangkah ke final Piala Malaysia,
kesedihan kehilangan bapa tetap diingati.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Fri Nov 04, 2011 10:21 am

Faizal terima lamaran Penyu

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my

PEMAIN pinjaman Terengganu daripada Harimau Muda A, Mohd Faizal
Muhamad, sah dilamar skuad Penyu musim depan selepas dia menyatakan
persetujuan untuk menyarung jersi skuad itu sebaik selesai kontrak
bersama pasukannya.

Pemain kelahiran Sentul Patah, Marang, Terengganu itu berkata
kontraknya bersama Harimau Muda A akan tamat pada 31 Disember ini dan
dia minta dilepaskan daripada skuad itu untuk menabur bakti bersama
negeri kelahirannya musim depan.

“Ya, saya minta dilepaskan
daripada skuad Harimau A musim depan untuk beraksi bersama skuad
Terengganu yang sudah menyatakan kesediaan untuk melamar saya,” kata
pemain berusia 22 tahun itu.

Pada saingan Piala Malaysia yang berakhir minggu lalu, pemain itu
berjaya membentuk gandingan mantap bersama kapten, Marzuki Yusof, di
benteng pertahanan sekali gus menambat hati Persatuan Bola Sepak Negeri
Terengganu (PBSNT) mengikatnya musim depan.

Selain itu,
pemain yang pernah membantu negara menjulang trofi Piala Suzuki AFF
Disember tahun lalu mengakui keputusannya untuk mewakili Terengganu
musim depan disebabkan untuk membantu pasukan itu selepas kecewa gagal
mendakap trofi berprestij itu minggu lalu.

“Sebab itu saya
memilih Terengganu untuk berkhidmat musim depan biarpun turut mendapat
tawaran daripada pasukan lain,” kata pemain itu yang kini berada dalam
kem kebangsaan menghadapi Sukan Sea di Indonesia minggu depan.

Sebelum ini, PBSNT dalam mesyuarat awal skuad itu menyatakan
enggan melepaskan beberapa pemain utamanya yang dikatakan meminta
pelepasan untuk beraksi bersama skuad lain pada musim depan.

Antara pemain yang dikekalkan trio peledak, Abdul Hadi Yahaya, Abdul
Manaf Mamat dan Mohd Ashaari Samsuddin. Turut dikekalkan Mohd Sharbinee
Allawee Ramli, Marzuki Yusof, Joseph Kalang Tie, Reesyafiq Alwi, Ismail
Faruqi Ashari, Ahmad Nordin Alias, Mazlizam Mohamad dan penjaga gol
kedua Mohd Sharmiza Yusoff. Selain itu, Mohd Faizal berkata, dia
berikrar untuk membalas kepercayaan PBSNT dengan aksi terbaiknya pada
musim depan terutama dengan kehadiran jurulatih berpengalaman.

“Saya akan memberikan persembahan terbaik pada musim depan dalam
misi skuad mendakap Piala Malaysia,” katanya. lebih-lebih dengan
kehadiran Mat Zan Mat Aris yang sudah membuktikan kemampuannya membawa
Terengganu muncul juara Piala Malaysia pada 2001,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Sat Nov 05, 2011 5:09 am

Penyokong Peteh berang

SERAMAI 1,000 penyokong tegar bola sepak Terengganu mengadakan
perhimpunan secara aman selama 30 minit di luar perkarangan Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Perhimpunan bermula 5 petang tadi bertujuan mendesak campur tangan
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berhubung penstrukturan semula
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Perhimpunan
itu turut meminta perubahan dalam pengurusan PBSNT serta mendesak
pengunduran segera presiden, Datuk Che Mat Jusoh kerana didakwa berlaku
penyelewengan dan salahguna kuasa.

Selain itu, demonstrasi terbabit turut mengemukakan memorandum
membabitkan lima perkara berbangkit antaranya mendesak pengurusan
tertinggi PBSNT dirombak segera serta menyiasat permasalahan yang
berlaku dalam persatuan.

Menurut wakil penganjur, Khairul Amri
Salah Fikri At-Taranjani, 23, keputusan menganjurkan Demonstrasi
Kebangkitan Bola Sepak Negeri Terengganu itu diambil berikutan tidak
puas hati dengan sikap pengurusan PBSNT yang ternyata gagal mentadbir
dengan baik.

Katanya semua peminat bola sepak di negeri itu
juga berharap agar kepimpinan baru yang bakal dibentuk nanti perlu lebih
komited untuk menjaga kebajikan pemain dan jurulatih.

Ketika ditanya langkah seterusnya yang bakal diambil sekiranya tiada
perubahan selepas perhimpunan itu, katanya pihaknya tidak akan berputus
asa, sebaliknya akan terus bergerak ke semua daerah. - Bernama
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Fri Dec 02, 2011 9:54 am

Penyu rayu lanjutan

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my

SELEPAS terdesak mendapatkan khidmat pemain import berkualiti untuk
diserap dalam skuad Liga M musim depan, juara Piala FA musim ini,
Terengganu menagih simpati dan meminta jasa baik Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) supaya melanjutkan tempoh pendaftaran yang berakhir 8
Disember ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che
Mat Jusoh berkata, jika FAM terus tidak berganjak daripada keputusannya,
Terengganu mungkin tidak menggunakan khidmat awang import musim depan
kerana masa untuk mendaftar hanya tinggal tujuh hari.

Menurutnya,walaupun hingga kini sudah 10 pemain import termasuk dari Brazil,
Nigeria, Zambia dan England datang mencuba nasib bersama Terengganu,
mereka gagal memenuhi kriteria ditetapkan PBSNT.

“Hingga kini, 10 pemain yang beraksi di posisi tengah dan serangan
gagal menambat hati panel pemilihan dan semua pemain akan dihantar
pulang sementara menunggu beberapa lagi pemain yang bakal tiba hujung
minggu ini dan minggu depan.

“Dengan tempoh yang begitu singkat, saya percaya PBSNT sukar memilih pemain berkualiti untuk
diserapkan dalam pasukan. kerana pemain yang ada tidak memenuhi kriteria
yang kita tetapkan.

“Justeru, PBSNT meminta FAM melanjutkan
tempoh pendaftaran pemain import bagi memberi peluang kepada semua
persatuan termasuk PBSNT memilih pemain berkualiti untuk beraksi dalam
pasukan masing-masing musim depan.

“Masa yang mencukupi untuk memilih pemain import amat diperlukan bagi
mengelak daripada memilih pemain kurang berkualiti dan boleh merugikan
persatuan masing-masing,” katanya ketika ditemui di Padang Kompleks
Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu sebaik selesai perlawanan
persahabatan dengan T-Team yang berkesudahan Terengganu tewas 0-1,
petang semalam.

Menurut Che Mat, Terengganu yang juga bakal
beraksi dalam pentas Piala AFC tahun depan selepas muncul juara Piala FA
musim ini akan mendapatkan dua pemain import terbaik untuk
memperkuatkan bahagian tengah dan serangan untuk digandingkan dengan
pemain sedia ada.

Pandangan Che Mat juga turut disokong jurulatih T-Team, Yunus Alif
yang turut menyifatkan tempoh pendaftaran itu terlalu singkat dan
meminta FAM melanjutkan tempoh memandangkan saingan Liga M bakal bermula
10 Januari depan.

“Hingga kini T-Team hanya mempunyai seorang
pemain import dari Zambia iaitu Zacharia Simokonda dan dengan masa yang
semakin suntuk amat sukar buat kami untuk memilih pemain berkualiti dan
meminta FAM melanjutkan tempoh pendaftaran,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Tue Dec 06, 2011 4:22 am

Pemain tempatan sandaran Mat Zan

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my
PEMAIN tempatan bakal menjadi taruhan terbaik jurulatih baru
Terengganu, Mat Zan Mat Aris dalam mengharungi saingan Liga M dan Piala
AFC musim depan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak dapat
memenuhi permintaan persatuan negeri dan kelab untuk melanjutkan tempoh
pendaftaran pemain import kerana terikat dengan peraturan Fifa.

Menurut Mat Zan, biarpun bakal membariskan pemain tempatan menjelang
sepak mula liga pada 10 Januari depan, bekas ‘orang besi’ Kuala Lumpur
itu tetap yakin juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia itu mampu
memberi saingan terbaik dalam kancah liga musim depan.

“Memang
kita berhasrat menggunakan khidmat awang import untuk memperkuatkan
skuad lebih-lebih lagi Terengganu bakal beraksi dalam saingan Piala AFC,
namun dengan masa yang hanya tinggal tiga hari saja mustahil bagi kami
mencari pemain import yang benar-benar berkualiti.

“Selain itu, kualiti pemain import yang datang menjalani sesi ujian
terlalu rendah menyebabkan kita buntu untuk mencari pemain berkaliber
sekali gus menyaksikan pemain import tidak akan mewarnai kem pasukan
Terengganu musim depan,” katanya di Kuala Terengganu semalam.

Sebelum ini, Terengganu sudah menguji 10 pemain import dari Nigeria, England,
Brazil dan Zambia, namun semua pemain itu sudah dihantar pulang kerana
keupayaan mereka amat rendah berbanding pemain tempatan dan semalam enam
lagi pemain dari Brazil, Gambia dan Nigeria diuji.

“Selepas 10 pemain import gagal memenuhi kriteria ditetapkan Persatuan Bola Sepak
Negeri Terengganu (PBSNT), enam pemain baru yang datang untuk sesi
ujian semalam turut gagal memikat biarpun latar belakang yang diberikan
begitu gah sebelum diuji.

“Justeru, bagi mengelak pembaziran menawarkan pemain import yang
tidak berkualiti, Terengganu bakal menyandarkan tenaga tempatan yang
tidak kurang hebatnya untuk beraksi dalam pentas liga dan Piala AFC
musim depan yang sekali gus menjadi medan terbaik buat pemain menguji
kemampuan,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Sat Dec 10, 2011 4:32 am

Mohamadou ganti Gwar
Oleh Zainuddin Muhammad
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JURULATIH Terengganu, Mat Zan Mat Aris lega selepas dua pemain import pasukan Penyu, Tercio Nunes Machado dan Mohamadou Suamareh berjaya didaftarkan sebelum tarikh tutup kelmarin.

Sebelum itu, timbul kekecohan apabila penyerang dari Nigeria, Sibi Gwar, 24, yang pada awalnya dipilih mewakili Terengganu gagal didaftarkan kerana bekas pemain Niger Tornadoes FC itu tidak memiliki dokumen lengkap.


Namun, walaupun cuma berbaki kurang 24 jam, Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) sempat mencari pengganti dengan menawarkan kontrak kepada Mohamadou yang turut hadir bersama 16 pemain asing dalam sesi pemilihan minggu ini.

Mat Zan berkata, penyerang Gambia berusia 19 tahun itu sempat didaftarkan sebelum tarikh tutup dan bekas pemain Serrekunda FC itu sah menjadi pemain Terengganu bersama Machado, 33, yang sudah tidak asing lagi dengan Liga Malaysia selepas mewakili KL Plus pada musim 2007-08.


“Sebenarnya panel pemilih pemain import kami merasakan Mohamadou terlalu muda dan kurang berpengalaman berbanding dengan Sibi namun kami terpaksa membuat keputusan segera kerana pemain Nigeria itu tidak dapat didaftarkan.


“Apapun kami percaya Mohamadou bakal memberi impak besar kepada pasukan dan kami yakin namanya bakal menjadi sebutan ramai selepas bermulanya Liga Super pada 10 Januari,” katanya. Mat Zan kembali ke Terengganu untuk menggantikan Irfan Bakti yang kini menjadi jurulatih Selangor, gembira kerana Tercio, pemain Brazil di bawah jagaannya ketika beraksi dengan KL Plus dapat bersamanya lagi.

“Walaupun sudah beberapa tahun Tercio meninggalkan KL Plus untuk beraksi dengan Araxa FA dalam liga Brazil, dia masih mampu menunjukkan rentak permainan menarik .


“Umurnya sudah meningkat namun kecergasannya masih tidak terjejas dan kami yakin Tercio bakal menjadi pemain tengah yang digeruni lawan,” katanya.

Mat Zan yang mengemudi Terengganu untuk muncul juara Piala Malaysia 10 tahun lalu berkata, Tercio merupakan pemain penting KL Plus apabila mereka menduduki tangga kedua Liga Perdana pada 2008.


“Hantarannya selalu mengelirukan lawan dan caranya mengawal bola dan membaca permainan akan memberi kelebihan kepada pasukan yang diwakilinya.


“Kehadiran Tercio memberi ruang kepada Reshafiq Alwi dan Joseph Kallang Tie untuk melebarkan sayap dan menumpukan lebih perhatian kepada jentera serangan,” katanya.


Menurutnya, Mohamadou juga diyakini dapat berganding baik dengan Ashaari Shamsudin, Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya untuk mengekalkan keupayaan Terengganu yang sudah terkenal dengan permainan serangan pantas.


“Kami menyertai Kejohanan Piala AFC buat kali pertama musim baru ini dan perlukan seberapa ramai pemain yang mampu membantu dalam misi melepasi peringkat kumpulan di peringkat Asia.


“Kami juga ingin mengekalkan kecemerlangan musim lalu dan ingin membawa satu atau dua piala ke Kuala Terengganu musim depan,” kata Mat Zan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Tue Dec 13, 2011 5:21 am

PBSNT hela nafas lega

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyifatkan kerajaan negeri begitu prihatin meningkatkan cahaya lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, tindakan kerajaan itu tepat pada masanya memandangkan pasukan bola sepak negeri Terengganu yang melakar sejarah pertama berjaya memasuki pertandingan Piala AFC, Mac tahun depan. Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata, kerajaan negeri bersedia membaiki lampu limpah stadium bagi membolehkan perlawanan Piala Liga dan Piala AFC diadakan pada waktu malam.


Keupayaan cahaya lampu limpah di stadium itu sekarang adalah 800 lux berbanding 1,400 lux yang diperlukan untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

Che Mat berkata, stadium berusia lebih 35 tahun itu tidak mempunyai kemudahan canggih yang diperlukan sebuah stadium bola sepak pada masa kini.


“Kita agak malang kerana ada stadium baru (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin) di Gong Badak, bumbung runtuh dan ia memerlukan masa yang agak lama untuk dibaik pulih,” katanya.


Sehubungan itu, Che Mat berharap kerajaan negeri akan mengatasi masalah itu bagi meningkatkan lagi mutu bola sepak di negeri ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed Dec 28, 2011 3:45 am

Deo senjata baharu

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


AKSI lincah Deo (kiri) ketika menentang Perlis di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.




TIDAK sampai lima jam selepas menjejakkan kaki ke bumi Terengganu,
penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Deo sudah menjadi idola
peminat bola sepak negeri itu.

Semuanya gara-gara aksi menakjubkan yang dipamerkan pemain berusia 26
tahun itu apabila meledak hatrik ketika membantu Terengganu membelasah
Perlis 6-0 pada aksi persahabatan kelmarin.

Deo yang sebelum ini bermain untuk kelab Al-Ahly dalam Liga Mesir,
tiba di Terengganu kira-kira pukul 4 petang kelmarin untuk diuji dalam
usaha memantapkan skuad Penyu bagi menghadapi saingan Piala Konfederasi
Bola Sepak Asia (AFC).

Selain mewakili Al-Ahly, Deo juga pernah menyarung jersi New York Red
Bulls dan Minnesota Thunder sebelum berhijrah ke DC United dalam Liga
Bola Sepak Major Amaerika (MLS).

Ketua jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris berkata, beliau sendiri
terkejut dengan aksi memberangsangkan yang disajikan Deo sekalipun
baharu tiba di Terengganu beberapa jam sebelum perlawanan berlangsung.

“Dia seolah-olah seperti sudah lama berada dalam pasukan apabila berjaya membentuk keserasian yang baik dengan pemain tempatan.

“Malah, Deo juga telah membuktikan keupayaannya selaku penyerang
apabila meledak hatrik pada perlawanan itu,” kata Mat Zan kepada Kosmo!
semalam.

Bagaimanapun, Mat Zan menjelaskan, prestasi sebenar Deo hanya akan
dipantau sepenuhnya apabila dia diturunkan pada perlawanan persahabatan
menentang Kelantan, Sabtu ini.

“Kita sebenarnya akan mencuba beberapa lagi pemain import bagi
menguatkan pasukan apabila kami beraksi dalam Piala AFC,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu
(PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata, cabaran Terengganu dalam Liga
Malaysia (Liga-M) kini hanya diperkuatkan dengan seorang pemain import
iaitu dari Gambia, Mohamadau Suamareh selepas pendaftaran bintang
Brazil, Bercio Nunes Machado ditarik balik.

Namun katanya, untuk saingan Piala AFC, kuota bagi pemain import yang
dibenarkan adalah tiga orang dengan tarikh akhir pendaftaran adalah
pada Februari depan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed Dec 28, 2011 3:46 am

Sang Penyu tidak menangis lagi

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


MILIK KAMI... Skuad bola sepak Terengganu meraikan kejayaan muncul juara Piala FA selepas membenam Kelantan pada aksi final.




PENYU tidak menangis lagi. Itu hakikat besar yang telah diubah hampir 1.5 juta penduduk di negeri Terengganu.

Sang Penyu kini makin bertenaga dan terus garang, berenang merentasi
lautan untuk mengibarkan bendera Hitam Putih di seluruh pelosok tanah
air.

Tahun 2001 telah menjadi bukti. Bukti kepada kelahiran sebuah negeri
dari Pantai Timur yang terus megah di puncak pembangunan sukan negara.

Berkeluasan 12,955 kilometer persegi, negeri yang cukup sinonim
denankeropok lekor ini secara perlahan-lahan menembusi tembok dan
benteng untuk berdiri sama tinggi dengan negeri lain.

Siapa tidak kenal dengan jaguh basikal dunia, Azizulhasni Awang.
Melengkapkan lagi kecemerlangan adalah kehadiran ratu basikal Asia,
Fatehah Mustafa.

Dua ikon sukan basikal negara ini adalah contoh atlet sejati
kelahiran Terengganu yang berjaya menjulang Jalur Gemilang di serata
pelosok dunia.

Ironinya, Azizulhasni dan Fatehah bukanlah satu-satunya kejayaan sulung yang dicipta Terengganu.

Namun, sistem pembangunan sukan yang tersusun hasil idea kerajaan
negeri serta Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN) telah meletakkan
negeri ini sebagai juara sebenar sepanjang tahun 2011.

Buktinya, penganalisis sukan, Profesor Tan Sri Khoo Kay Kim pernah
menyuarakan pandangannya agar Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melihat
semula modul yang digunakan Terengganu dalam mengurus dan mentadbir
sukan.

Jelas pakar sejarah itu, Terengganu dahulunya merupakan pasukan
tercorot dalam sukan berbanding Selangor, Perak, Pulau Pinang dan
Sarawak, namun secara tiba-tiba negeri ini telah melonjak sebagai kuasa
baru.

Semua ini, kata Kay Kim, adalah disebabkan kemampuan Terengganu mengenalpasti bakat di kalangan anak-anak tempatan.

Pandangan jujur beliau itu sangat berasas selepas melihat kepada
kejayaan Terengganu menjuarai temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2011 buat
kali ketiga berturut-turut.

Temasya yang berlangsung di Lembah Klang itu menyaksikan Terengganu
mengumpul pungutan 30 pingat emas, lapan perak dan 12 gangsa untuk
muncul juara keseluruhan sekali gus mengulangi pencapaian edisi 2010 di
Melaka dan 2008 di laman sendiri.

Paling menarik, kejayaan itu dilakar tidakpun sampai 24 jam selepas
pasukan bola sepak Terengganu menewaskan Kelantan pada perlawanan akhir
untuk menjulang Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun.

Bagaimanapun, bagi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri,
Rozi Mamat, beliau mengakui tahun 2011 merupakan tahun penuh mencabar
buat Terengganu dalam lapangan sukan.

Sebelum berlangsungnya temasya Sukma dan saingan bola sepak, Rozi
menjelaskan keupayaan pengurusan Terengganu terlebih dahulu diuji dalam
perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011.

Pada perlumbaan berstatus Hors itu, Terengganu mencipta sejarah
tersendiri apabila menampilkan pasukan sendiri yang dikenali sebagai
Terengganu Cycling Team (TSG).

“Ia adalah penampilan pertama pasukan Terengganu pada perlumbaan LTdL
dan kami berjaya menduduki tempat kelapan keseluruhan daripada 23
pasukan yang mengambil bahagian,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Perlumbaan dua minggu itu turut menyaksikan TSG menduduki tempat
kelima mengatasi satu lagi pasukan benua, LeTua Cycling Team (L2A) dan
pasukan kebangsaan Malaysia dalam kedudukan pasukan Asia.

Rentetan daripada kejayaan pada LTdL, Sukma dan Piala FA serta
pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan yang disertai, Rozi menjelaskan
bahawa ia adalah bukti kepada kesungguhan anak-anak negeri ini untuk
berjaya.

Jelasnya, kejayaan itu bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan, tetapi
telah banyak pengorbanan dibuat termasuk menerusi wang ringgi dan tenaga
dalam memastikan sukan di Terengganu terus mekar.

“Jika kita lihat perkembangan sukan di negeri ini, ia sebenarnya
sedang menuju ke satu standard yang cukup tinggi. Kami bermula sejak
2006 menerusi program-program pembangunan yang dilakukan di peringkat
akar umbi.

“Pada 2008 iaitu apabila Sukma berlangsung di Terengganu, kami telah
muncul juara keseluruhan. Walaupun ada pihak yang menganggap ia adalah
kejayaan selaku tuan rumah, kami telah buktikan apabila mempertahankan
kejayaan itu di Melaka pada 2010,” katanya.

Ditanya rahsia sebenar pembangunan yang dibuat, Rozi mengakui ia
adalah hasil kerjasama kerajaan negeri yang sentiasa memberi sokongan
tidak berbelah bagi kepada sebarang aktiviti sukan di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri menerusi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad
Said telah memberi bajet besar kepada MSN untuk mengadakan lebih banyak
akademi pembangunan dalam melahirkan atlet yang berkualiti.

“Tahun 2012 akan menyaksikan Akademi Bola Sepak, Akademi Badminton dan Akademi Renang diwujudkan di negeri ini.

“Misi Terengganu kini adalah untuk mengeksport lebih ramai atlet berkualiti di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Menyusuri lagi kejayaan yang dicipta Terengganu sepanjang 2011,
seramai 54 anak kelahiran negeri itu telah terpilih menyarung jersi
Malaysia untuk beraksi di pentas Sukan SEA di Indonesia.

Rozi menjelaskan, kejayaan itu bukan bersandarkan kepada kuantiti
semata-mata, tetapi pemilihan yang dibuat adalah berdasarkan kualiti
pada atlet-atlet Terengganu yang beraksi dalam acara bola lisut, kenu,
silat, basikal, sepak takraw, judo, olahraga, bola sepak, memanah dan
lawang pedang.

Menyentuh perkembangan Liga Malaysia, beliau turut melahirkan pujian
apabila dua pasukan dari negeri ini iaitu Terengganu dan T-Team berjaya
menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik Piala Malaysia.

“Terengganu paling cemerlang apabila muncul juara Piala FA selain menduduki tempat kedua dalam Liga Super dan Piala Malaysia.

“Namun, kehebatan T-Team juga perlu diakui kerana sebagai pasukan
kelab, mara ke separuh akhir Piala Malaysia merupakan satu pencapaian
membanggakan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah MSN negeri, Zainal Abidin Hussin ketika
ditanya mengenai perkembangan sukan Terengganu sepanjang 2001 tampil
memberi kredit kepada ibu bapa di negeri ini yang telah menjadi individu
pertama membentuk budaya sukan di kalangan anak-anak.

Katanya, trend ibu bapa membawa anak-anak ke akademi termasuk
menghantar untuk menyertai apa juga pertandingan adalah bukti kepada
kesedaran mereka mengenai kepentingan sukan di negeri ini.

“Menjadi atlet bukan lagi semata-mata untuk memburu emas mahupun
perak, tetapi ia adalah satu kerjaya yang menjamin masa depan anak-anak.

“Menerusi pelan yang dilakukan oleh kerajaan negeri, mana-mana atlet
yang berjaya tidak kira di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa
akan diberikan insentif yang bersesuaian,” katanya.

Namun, Zainal mahu lebih bersikap realistik mengenai masa depan sukan
di Terengganu dengan tidak terlalu bergantung kepada sukan tradisi
negeri ini seperti berbasikal dan kenu serta mendayung.

“Untuk menjadi kuasa sukan yang baru maka pelbagai cabaran perlu
ditempuhi. Kami perlu menguasai lebih banyak sukan-sukan utama seperti
renang, terjun, angkat berat dan badminton.

“Sasaran kita pada 2012 adalah untuk memastikan gelaran juara
keseluruhan Sukma yang bakal berlangsung di Pahang nanti berjaya
dipertahankan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu
(PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh mengakui, bola sepak Terengganu telah
kembali ke landasan sebenar dengan kejayaan yang dicapai sepanjang 2011.

Katanya, paling membanggakan apabila ramai pemain pasukan Terengganu
terpilih untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan mahupun skuad Harimau
Muda.

Antara yang mencuri tumpuan, katanya, adalah Zubir Azmi, Ashaari
Shamsudin, Sharbinee Alawie, Joseph Kalang Tie dan Abdul Hadi Yahya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Thu Jan 05, 2012 6:01 am

Terengganu masih berbisa

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my



KEKANG...pemain Negeri Sembilan, Hairudin Omar cuba melepasi pertahanan Terengganu, Mohd Faizal Mohamad

BERDASARKAN pencapaian musim lalu, Terengganu yang dibimbing
jurulatih baru, Mat Zan Mat Aris selepas Irfan Bakti Abu Salim membuat
keputusan mengejut menarik diri, adalah pasukan yang perlu dihormati dan
digeruni pasukan lain yang beraksi dalam pentas Liga M musim ini.

Kebangkitan skuad itu sehing�ga layak beraksi dalam pentas Piala AFC
hangat diperkatakan peminatnya yang beranggapan juara Piala FA musim
lalu itu mempunyai trio penyerang berbisa selain kemampuan pemain lain
memikul tugas dengan berkesan.

Buktinya selepas merangkul juara Piala FA, skuad yang mengekalkan
keseluruhan pemain musim lalu dan diuruskan Presiden Datuk Che Mat
Jusoh, muncul naib juara Liga Super dan Piala Malaysia serta mengekalkan
kasut emas di Terengganu menerusi Abdul Hadi Yahaya yang meledakkan 20
jaringan untuk muncul pemenang kasut emas selepas Mohd Ashari Samsuddin
melakukan�nya musim 2010 dengan 18 gol.

Musim ini, bisa pasukan
yang diberi jolokan Penyu bakal bertambah dengan kehadiran dua kelibat
import, Francis Forkey Doe, 25, dari Liberia yang bertindak di posisi
serangan dan Erison Da Silva Santos Carnietto, 30, dari Brazil yang
menjadi arkitek baru di posisi tengah.

Dengan kehadiran dua tonggak import itu serta ditambah dengan
pemain sedia ada termasuk kapten berpengalaman, Mohd Mazuki Yusof,
penjaga gol Md Sharbinee Allawee Ramli, penyerang Abdul Manaf Mamat,
Mohd Ashari dan Joseph Kalang Tie, skuad itu boleh dikatakan mempunyai
pakej lengkap untuk bergelar juara.


Selain itu dengan kembalinya semula bekas pengendali skuad musim
2001, Mat Zan yang melakar sejarah pertama buat Terengganu muncul juara
Piala Malaysia dilihat membuka lembaran baru buat skuad itu untuk
mendakap trofi Piala Malaysia selepas terlepas di tangan juara musim
lalu, Negeri Sembilan.

Pengalaman dimiliki Mat Zan yang digelar
`orang besi’ ketika membantu Kuala Lumpur muncul juara Piala Malaysia
tiga kali berturut-turut bermula tahun 1987 kembali ditagih dalam misi
Terengganu menebus kehampaan musim lalu dalam saingan Piala Malaysia dan
Liga Super.

“Dengan barisan pemain sedia ada, saya yakin
Terengganu mempunyai ramuan terbaik untuk menjadi pencabar utama musim
ini seterusnya mendakap sekurang-kurangnya satu piala daripada tiga
trofi yang dipertandingkan,” katanya.

Menurut Mat Zan, selain
me�ngidam trofi kejuaraan Liga Super yang belum pernah didakap sejak
dipertandingkan, Terengganu juga menyasarkan muncul juara Piala Malaysia
musim ini.

Ditanya kekuatan utama skuad itu, Mat Zan berkata,
keserasian pemain yang pernah bersama ketika dalam saingan Piala
Presiden, Sukma dan Liga M adalah aset utama Tereng�ganu untuk melakar
kejutan pada musim 2012.

Selain itu, katanya, keakraban, disiplin
dan kerjasama pemain ketika berada di dalam dan luar padang juga satu
petanda positif buat pasukan untuk meraih kejayaan.

“Saya
percaya dengan kekuatan, pengalaman dan rekod pencapaian yang
membanggakan musim lalu, Sang Penyu tidak akan menangis lagi musim ini
dalam misi memburu kejayaan Liga Super dan Piala Malaysia serta
mempertahankan trofi Piala FA,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed Jan 11, 2012 10:19 am

PBSNT terpaksa mengalah

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) terpaksa mengalah
dengan tindakan badan induknya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
tidak membenarkan dua tonggak import beraksi dalam kancah Liga Malaysia
2012 yang membuka tirainya semalam.


Namun presiden badan induk bola sepak negeri itu, Datuk Che Mat
Jusoh tetap berpegang teguh dengan pendiriannya sebelum ini bahawa
pemain import untuk juara Piala FA 2011 itu boleh didaftarkan sehingga
kelmarin.

“Ini adalah pandangan serta pendapat saya selepas
membaca surat pekeliling terbabit. Kami terpaksa akur kerana tidak mahu
merumitkan suasana namun jangan cuba mencari kesalahan sesiapa dalam
masalah ini termasuk Abdullah Salleh (Setiausaha PBSNT) yang menjadi
ahli Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.





“Apa yang penting adalah mencari jalan penyelesaian. Tiada guna
persatuan negeri dan badan induk berkelahi. Malah sejak malam semalam
(malam kelmarin) saya menghubungi Pengerusi JKPT FAM (Datuk Hamidin Mohd
Amin) bagi membincangkan perkara ini namun tiada jawapan, mungkin
beliau sibuk dengan mesyuarat atau sebagainya,” katanya ketika dihubungi
petang semalam.

Mengenai permohonan maaf yang dimahukan
Hamidin, bekas Naib Presiden FAM itu tidak mahu memanjangkan perkara itu
dan menganggap tidak perlu meminta maaf.

Hamidin yang juga
Naib Presiden FAM pada satu sidang kelmarin, melahirkan kekecewaan
terhadap kekeliruan yang ditimbulkan Che Mat berhubung tarikh akhir
pendaftaran pemain import bagi sesi pertama Liga Malaysia musim ini yang
berakhir 8 Disember lalu selain mahukan permohonan maaf selepas
dikatakan celupar.



Beliau turut menggesa agar Che Mat memahami maksud sebenar
kandungan surat terbabit bahawa tiada sebarang lanjutan atau
keistimewaan diberikan kepada PBSNT berhubung tarikh akhir terbabit.

Situasi terbabit menyebabkan Penyu terpaksa melupakan khidmat Francis
Forkey Doe (Liberia) dan Erison Da Silva Santos Carnieto (Brazil) buat
sementara waktu sehingga jendela perpindahan pemain kedua dibuka pada 2
April.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed Jan 11, 2012 2:19 pm

Terengganu timbang saman FAM, tarik diri daripada Liga Malaysia
Oleh Azman Mahmood

2012/01/11


KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mahu
menyaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan meminta ganti rugi
serta mempertimbangkan menarik diri daripada Liga Malaysia berikutan
keputusan badan induk sukan bola sepak itu yang tidak membenarkan
Terengganu menurunkan dua pemain import dalam Liga Malaysia.


Ahmad berkata, pasukan Terengganu sudah menggajikan dua pemain
import berkenaan tetapi disebabkan karenah birokrasi dan pertukaran
syarat kelayakan pada saat akhir, FAM menyatakan kedua-dua pemain
berkenaan tidak dapat diturunkan untuk bermain dalam Liga Malaysia,
sebaliknya hanya layak diturunkan dalam Liga AFC
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Thu Jan 12, 2012 7:36 am

Ahmad berang
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

BERANG dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak
membenarkan Terengganu mendaftarkan dua tonggak importnya beraksi,
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengancam untuk menarik penyertaan
Terengganu dan T-Team dari Liga M.

Beliau berkata, penarikan diri itu adalah pilihan terakhir andai FAM
masih berkeras dengan keputusan tidak membenarkan Terengganu menurunkan
kedua-dua pemain berkenaan.

“Kami ada tiga pilihan untuk FAM
iaitu membenarkan dua pemain import bermain atau kedua, kerajaan negeri
akan ambil tindakan undang-undang terhadap FAM berdasarkan pekeliling
yang dikeluarkan dan ketiga, bayar ganti rugi sebab kami sudah keluar
belanja untuk kontrak dua pemain itu.





“Senario lebih buruk lagi kemungkinan besar kami akan tarik semua pasukan daripada Liga M.

“Kalau
(FAM) hendak gantung, gantunglah kerana mereka tidak profesional, sebab
kami main bola sepak untuk orang suka-suka, kenapa hendak susahkan
orang. Ini tidak betul.

“Saya sudah bincang dengan beberapa
peguam dan jika ini pegangan FAM, saya rasa mereka tak profesional,”
katanya yang berasa bertanggungjawab untuk menegur FAM kerana kerajaan
negeri membiayai sebahagian besar kos Terengganu dan T-Team bertanding
dalam Liga M.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Majlis
Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan Sea dan Para Asean
2011 untuk atlet Terengganu di Wisma Darul Iman, semalam.

Ahmad
mengulas tindakan FAM yang tidak membenarkan dua pemain import
Terengganu diturunkan atas alasan pendaftaran dibuat lewat dari tarikh
ditetapkan pada 8 Disember tahun lalu sedangkan pekeliling dikeluarkan
FAM menyatakan Terengganu boleh mendaftar pemain import mereka
selewat-lewatnya pada 9 Januari lalu.

Dua pemain import terbabit ialah Francis Doe Forkey dari Liberia yang
beraksi sebagai penyerang dan pemain tengah, Erison Da Silva Santos
Carnietto dari Brazil.

Akibat tindakan FAM itu, Terengganu
tidak dapat menurunkan pemain import hingga pintu pendaftaran dibuka
semula pada April ini dan kini skuad Penyu bergantung sepenuhnya kepada
khidmat pemain tempatan untuk membawa cabaran dalam Liga Super yang
turut menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada Perak dalam perlawanan di
Ipoh, kelmarin. Ahmad berkata, FAM tidak rugi jika tidak membenarkan
kedua-dua pemain itu beraksi, sebaliknya kerajaan negeri dan Persatuan
Bola Sepak Negeri Terengganu yang rugi kerana sudah mengeluarkan bayaran
untuk mereka.

“Sebab itu bola sepak Malaysia tidak berkembang kerana ada pegawai yang berperangai macam tu, bermain politik dan sebagainya.

“Cuba tengok bola sepak luar negara yang lebih bersifat terbuka. FAM mendakwa bersikap profesional tapi sebenarnya, tidak.

“Apa hendak dibimbangkan jika dua pemain import bermain dalam Liga M sebab
bukannya ambil Thierry Henry atau Lionel Messi hingga menyebabkan
pasukan negeri lain merungut kerana takut.

“Kami akan minta pasukan Terengganu dan T-Team tarik diri kecuali mereka mempunyai duit sendiri untuk meneruskan permainan serta tidak perlu bantuan kerajaan
negeri.

“Jika tarik diri, kita boleh bermain di mana-mana pun,
di daerah-daerah untuk pertunjukan, sebab gaji pemain sudah dibayar,”
katanya.

Sementara itu, dalam Majlis Penyampaian Insentif Skim
Hadiah Kemenangan Sukan Sea dan Para Asean 2011, atlet kelainan upaya
olahraga, Mohammad Azlan Mat Lazim menerima insentif tertinggi daripada
kerajaan negeri, RM11,500 susulan kejayaan meraih dua emas, satu perak
dan satu gangsa di Sukan Para Asean di Solo, tahun lalu.

Pelumba basikal negara, Fatehah Mustapa pula menerima RM10,500 atas
kecemerlangannya memenangi tiga emas di temasya Sukan Sea Indonesia.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Fri Jan 13, 2012 4:45 am

Che Mat mahu tunggu dan lihat reaksi FAM

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che
Mat Jusoh tidak mahu menambah kekusutan mengenai kemelut antara
persatuan itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebaliknya
mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung isu pemain import.

“Saya tak mahu memberi sebarang komen sekarang. Bukannya tidak
mahu bertanggungjawab, tapi ingin tunggu dulu perkembangan seterusnya.

“Jika saya komen, tidak berapa sesuai, terserah kepada Menteri Besar
(Datuk Seri Ahmad Said) membuat keputusan. Kami (PBSNT) akur kepada
setiap keputusan,” kata Che Mat. ketika diminta mengulas permintaan
Ahmad berhubung status dua pemain import Terengganu, Francis Doe Forkey
dan Erison Da Silva Santos Carnietto, yang dilarang beraksi dalam
saingan Liga Super.

Bagaimanapun, Che Mat yang sudah 14 tahun memimpin PBSNT turut
mengharapkan ada perkhabaran positif daripada badan induk bola sepak
negara itu demi kebaikan sukan itu.

Ditanya jika Ahmad
benar-benar serius mahu menarik keluar penyertaan Terengganu dan T-Team
daripada beraksi dalam Liga M, Che Mat berkata, beliau tidak mahu
membuat sebarang andaian ketika ini.

“Sukar saya membuat
andaian, tapi jika kerajaan negeri membelanjakan RM6 juta untuk pasukan
negeri Terengganu dan T-Team musim ini, kami terpaksa akur,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi
Mamat berkata, beliau akan menghubungi FAM dalam masa terdekat untuk
mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung perkara itu.

Katanya, buat masa sekarang beliau akan menunggu maklum balas daripada
FAM terlebih dulu mengenai permintaan Ahmad yang mahukan dua pemain
import itu dibenarkan beraksi dalam saingan Liga M.

“Kita tunggu apa reaksi daripada FAM terlebih dulu mengenai isu
dua pemain import ini sebelum mengadakan perbincangan dengan FAM dan
PBSNT bagi mengatasi kemelut ini.

“Bagaimanapun, saya
mengharapkan FAM membuat keputusan yang sewajarnya demi pembangunan bola
sepak negara kerana saya percaya mesti ada mekanisma terbaik untuk
menangani perkara ini,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Fri Jan 13, 2012 5:19 am

Peminat gesa Pengerusi JKPT letak jawatan

SEHARI selepas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
mengancam menarik keluar Terengganu dan T-Team daripada beraksi dalam
Liga M berikutan dua pemain import negeri itu tidak dibenarkan beraksi,
peminat setia negeri itu mendesak Naib Presiden Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, bertanggungjawab atau
meletakkan jawatan.


Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh), Wan Mohd
Azmi Wan Ngah berkata, sebagai orang berkuasa dalam FAM, sepatutnya
beliau (Hamidin) perlu bijak menangani masalah itu dan bukannya
menyalahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).


Menurutnya, tindakan Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan Tempatan (JKPT) dalam menyelesaikan isu itu jelas tidak
mencerminkan kewibawaannya dan senario itu sekali gus menyebabkan
peminat kecewa kerana terpaksa menunggu sehingga 2 April ini untuk
menyaksikan kelibat import beraksi dalam skuad Penyu.

“Saya tidak nampak sikap profesional yang ditunjukkan Hamidin
dalam isu ini. Beliau bukan saja enggan meminta maaf kepada PBSNT atas
kesilapan FAM, malah turut menggertak untuk mengambil tindakan terhadap
PBSNT jika melanggar peraturan.

“Kenyataan Hamidin ini
bukan saja tidak menggambarkan semangat kesukanan tinggi, malah boleh
dikatakan tidak mampu menguruskan isu ini dengan cara terbaik tanpa
merugikan mana-mana pasukan.

“Justeru, saya mewakili
peminat bola sepak negeri Terengganu mendesak Hamidin melepaskan jawatan
dan digantikan dengan pegawai yang lebih berwibawa yang mempunyai
kelulusan undang-undang,” katanya.

Mengenai permintaan Menteri Besar kepada FAM, Wan Mohd Azmi berkata,
Kelab Peteh menyokong penuh dan sentiasa berdiri teguh di belakang PBSNT
berhubung kenyataan yang disuarakan peminat bola sepak nombor satu
negeri itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Tue Jan 17, 2012 4:20 am

Penyu waspada ancaman skuad Bujang Senang

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


TERENGGANU tidak mahu terlalu yakin apabila turun menentang Sarawak di Kuching malam ini.




STATUS sebagai naib juara Liga Super musim lalu sedikitpun tidak
memberi rasa selesa buat pemain-pemain Terengganu yang bakal berdepan
cabaran tuan rumah, Sarawak pada aksi Liga Super malam ini.

Sebaliknya, jurulatih skuad Penyu itu, Mat Zan Mat Aris awal- awal lagi mengisytiharkan pasukannya sebagai underdog pada pertemuan di Stadium Kuching itu.

Kata Mat Zan, kemampuan skuad Bujang Senang itu tidak boleh
diperkecilkan, apatah lagi mereka akan beraksi di hadapan penyokong
sendiri.

"Semua pasukan yang berada dalam Liga Super merupakan pasukan terbaik di Malaysia dan begitu juga dengan Sarawak.

"Jadi, seharusnya kami menghormati mereka yang akan turun selaku tuan
rumah. Saya menjangkakan satu perlawanan yang sengit bakal berlangsung
malam esok (malam ini)," kata Mat Zan semalam.

Dalam pada itu, Mat Zan juga menyeru para pemainnya agar mengulangi
pencapaian membanggakan seperti mana ketika mereka menewaskan Felda
United, Sabtu lalu.

Jelasnya, keyakinan yang ada pada pemain perlu dikekalkan sehingga
penghujung musim dalam misi juara Piala FA itu membawa pulang trofi Liga
Super ke Terengganu buat pertama kali dalam sejarah.

"Saingan masih awal lagi dan semua pasukan juga mempunyai peluang yang sama rata untuk berada di puncak," jelasnya.

Sementara itu, Mat Zan juga masih menunggu kelulusan daripada
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan kedudukan dua pemain
import Terengganu iaitu Francis Forkey Doe (Liberia) dan Erison Da Silva
Santos Carnieto dari Brazil sebelum boleh diturunkan beraksi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Tue Mar 06, 2012 4:16 am

Satu mata sudah memadai


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


DUO TEMPATAN... Ashaari Samsudin
(tengah) dan Abdul Manaf (kiri) mampu merobek gawang Song Lam Nghe An
pada aksi pembuka tirai Piala AFC di Stadium Vinh, Vietnam malam ini.




KEYAKINAN memuncak kini dirasai para pemain Terengganu yang akan
membuat penampilan sulung pada kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia
(AFC) malam ini.

Tampil selaku juara Piala FA, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu
dijadualkan menentang kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An pada aksi
pembuka tirai Kumpulan F di Stadium Vinh.

Bagaimanapun, ramalan awal ketika ini jelas memihak kepada Song Lam
berdasarkan reputasi tuan rumah itu selaku juara Liga Vietnam
(V-League), selain akan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Justeru, Mat Zan lebih bermi- nat untuk bersikap realistik dengan
menggangap satu mata yang diraih dari gelanggang lawan sudah memadai
buat pasu- kannya.

"Ini adalah penampilan pertama kami pada Piala AFC dan sudah pasti ia memberi cabaran berbeza kepada para pemain.

"Malah, dengan jadual padat yang terpaksa kami lalui sepanjang bulan
ini, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kecergasan pemain," kata
Mat Zan kepada Kosmo!

Mat Zan yang mula membim- bing Terengganu awal musim ini turut mengakui kemampuan kelab dari Vietnam itu.

Katanya, corak permainan bola sepak di Vietnam yang agak pantas
menyebabkan barisan pemainnya berada pada kecergasan terbaik sepanjang
90 minit permainan.

"Sasaran awal kami pada Piala AFC adalah untuk melepasi peringkat kumpulan dan mara ke pusingan kedua.

"Jadi, saya cuma mengharap- kan para pemain dapat menge- kang setiap
asakan lawan untuk kami membawa pulang satu mata sekurang-kurangnya,"
jelasnya lagi.

Untuk rekod, Song Lam yang merupakan juara Piala Super musim lalu
kini menduduki tangga kelima dalam kempen Liga Vietnam, manakala
Terengganu berada di kedudukan kedua dalam saingan Liga Super.

Musim lalu, kelab dari Vietnam itu berjaya melepasi aksi peringkat
kumpulan Piala AFC sebelum tewas kepada kelab Indonesia, Persipura
Jayapura pada pusingan kedua.

Menurut Mat Zan lagi, beliau kini mengharapkan barisan serangan
pasukannya yang diketuai penyerang berbisa, Francis Forkey Doe mampu
menghasilkan sesuatu pada perlawanan malam ini.

"Sentuhan Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya juga begitu ditagih
bagi memberi sesuatu kepada pasukan pada saingan Piala AFC msuim ini,"
ujarnya.

Selain Terengganu dan Song Lam, kelab Hong Kong, Kitchee dan Tampines Rovers dari Singapura turut bersaing dalam Kumpulan F.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed Mar 07, 2012 1:44 pm

Gol Manaf benam Song Lam

TERENGGANU meraih kemenangan pertama apabila mengalahkan kelab
Vietnam, Song Lam Nghe An 1-0 menerusi aksi sulung Kumpulan F Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Vinh, Vietnam, petang
semalam.

Abdul Manaf Mamat menjadi wira skuad Penyu apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-51.

Selain kedua-dua kelab terbabit, dua lagi lagi pasukan dalam kumpulan itu
adalah kelab Hong Kong, Kitchee FC dan Tampines Rovers dari Singapura.

Terengganu akan bertemu Kitchee FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 20 Mac ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Wed Mar 07, 2012 1:45 pm

Pantau aksi Penyu

Oleh Zainuddin Muhammad
sukan@hmetro.com.my

ADA sesuatu yang tidak kena dengan kemenangan 1-0 Terengganu ke atas Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Melaka, Sabtu lalu.

Persembahan skuad Penyu dilihat terlalu pincang dan Menteri Besar,
Datuk Ahmad Said ingin memastikan Terengganu tidak terbabit dengan
gejala rasuah bola sepak.

Bercakap di majlis Bicara Menteri
Besar Terengganu Bersama Media di Kuala Terengganu kelmarin, Ahmad
berkata, pengurusan persatuan perlu meneliti sebab juara Piala FA musim
lalu itu bermain hambar dan cuma menang satu gol ke atas pasukan
belasahan Liga Super musim ini.

“Walaupun kita menang malam itu, saya dan ramai lagi penyokong
pasukan kecewa melihat persembahan Terengganu yang gagal menunjukkan
permainan sebenar, seolah-olah ada yang tidak kena. Demi masa depan
pasukan, pegawai dan pengurusan perlu mencari punca sebenar kepincangan
mereka dan kita mesti pastikan yang persembahan buruk itu tiada
kena-mengena dengan rasuah bola sepak,” katanya.

Ahmad berkata, sebelum ini pegawai persatuan ada memberitahunya mengenai
beberapa masalah yang timbul berikutan pengambilan pemain import.

“Ada kedengaran timbulnya beberapa puak dalam pasukan, termasuk pemain tempatan yang kurang senang dengan import.

“Ada juga kedengaran, pemain import mempunyai masalah menyesuaikan
diri dengan pemain tempatan dan mungkin ini boleh menjadi punca mereka
tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Namun apapun masalahnya,
penyelesaian perlu dicari segera,” katanya.

Menurutnya, bagi
kedua-dua pasukan, Terengganu dan T-Team, pemilihan pemain import perlu
dilakukan dengan lebih sempurna untuk mengelak daripada membuat pilihan
kurang tepat.

T-Team tersilap pilih apabila mengambil penyerang Zambia, Zachariah
Simukonda dan akhirnya pemain itu terpaksa ditamatkan kontrak dan hingga
kini pasukan itu terpaksa bermain dengan seorang pemain import.

“Kita tidak boleh terlalu mengharapkan ejen pemain saja kerana majoriti tidak
memberitahu perkara sebenar terutama berkaitan kecederaan pemain.
Sepatutnya, pemilihan dibuat di negara asal pemain supaya kualiti mereka
dapat dinilai secara dekat dan disahkan pelbagai pihak di sana,”
katanya.

Ahmad juga menegaskan pemain import mestilah
berkualiti tinggi dan pasukan tidak perlu risau sekiranya harga pemain
yang ingin dimiliki terlalu mahal.

“Saya sudah berkali-kali
mengatakan yang kerajaan negeri sanggup membayar gaji walaupun RM100,000
sebulan asalkan pemain yang diambil betul-betul berkualiti dan dapat
membantu mencapai kejayaan,” katanya.

Tahun lalu, Terengganu
dan T-Team masing-masing menerima kira-kira RM3.5 juta daripada kerajaan
negeri dan untuk musim ini, jumlah penajaan dijangka bertambah kerana
adanya pemain import serta Terengganu bersaing dalam Piala AFC.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Sat Mar 10, 2012 4:49 am

Terengganu tekad benam Perak


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


SHARBINEE belum pasti dapat
bersama Terengganu pada perlawanan menentang Perak pada pusingan kedua
Piala FA malam ini ekoran masalah kecederaan.



BANYAK perkara yang mahu diselesaikan anak-anak buah Mat Zan Mat Aris
apabila Terengganu melayan kunjungan Perak pada aksi pusingan kedua
Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
malam ini.

Selain mahu membalas dendam selepas tewas 0-1 kepada Perak pada aksi
pembukaan Liga Super, Januari lalu, skuad Penyu itu turut bertekad
meneruskan kemaraan ke suku akhir, sekali gus berusaha mempertahankan
Piala FA yang dimenangi musim lalu.

Atas kertas, kelebihan jelas memihak kepada tuan rumah itu yang kini
berada pada prestasi terbaik, termasuk merekodkan kemenangan sulung di
pentas Asia dengan menewaskan gergasi Vietnam, Song Lam Nge An pada
kempen Piala AFC.

Justeru, hanya keyakinan tinggi yang dituntut oleh Mat Zan kepada
anak-anak buahnya dalam usaha menghadirkan kemenangan di hadapan
penyokong sendiri nanti.

“Kami adalah juara bertahan dan sudah pasti kami mahu mara lebih jauh dalam saingan ini.

“Lagi pun, menentang Perak akan memberi peluang kepada kami untuk
membalas dendam ke atas pasukan itu selepas kami tewas dalam Liga
Super,” kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, kebimbangan tetap dirasai Mat Zan apabila dua tonggak
utamanya, Marzuki Yusof dan penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli
dikhabarkan masih dibelenggu kecederaan.

Tambahan pula, beberapa pemain dipercayai masih keletihan selepas melalui jadual perlawanan yang ketat sepanjang minggu ini.

“Marzuki sudah pasti tidak dapat diturunkan, manakala Shar- binee
pula berada dalam keraguan. Saya berharap Sharbinee dapat pulih segera
sebelum perlawanan bermula.

“Bagi pemain lain, saya akui mereka terlalu letih apabila kami perlu
melalui tiga perlawanan penting dalam tempoh lapan hari,” ujarnya.

Sebelum aksi malam ini, kemampuan Terengganu terlebih dahulu diuji
apabila mereka bertandang ke Stadium Vinh, Vietnam bagi memulakan kempen
Piala AFC, Selasa lalu.

Tiga hari sebelum itu, skuad Penyu turut dikerah bekerja keras
sebelum menang 1-0 ke atas Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super di Stadium
Hang Tuah, Melaka.

“Liga Super, Piala AFC dan Piala FA merupakan saingan berbeza tetapi
kami perlu memberi tumpuan kepada perlawanan malam esok (malam ini)
kerana kami akan turun sebagai juara bertahan,” tambahnya.

Mengenai polemik dalaman yang dikatakan menimpa kem Terengganu ekoran
perilaku pemain importnya, Francis Forkey Doe, Mat Zan tidak mahu
terlalu memikirkannya.

“Saya hormati setiap teguran ataupun peringatan yang diberi- kan
kepada pemain-pemain saya termasuk dalam isu peng- libatan dalam rasuah.

“Namun secara peribadi, saya percaya perkara tersebut tidak berlaku kerana mereka (pemain) profesional,” ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Mon Mar 12, 2012 7:24 am

Percaturan Mat Zan berhasil


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


ASHAARI (kanan) cuba melepasi
kawalan pemain Perak pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah, Kuata Terengganu kelmarin.




HANYA tiga langkah lagi yang memisahkan Terengganu daripada misi
mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila berjaya menempatkan diri dalam
kelompok lapan pasukan terbaik musim ini.

Turun dengan reputasi sebagai juara bertahan, skuad kendalian Mat Zan
Mat Aris itu terpaksa bermandi peluh sebelum berjaya menyingkirkan
juara dua kali, Perak 1-0 pada aksi kedua kelmarin.

Jaringan kemenangan menerusi Ashaari Shamsuddin itu jelas melegakan
Mat Zan yang turut menyifatkan percaturannya pada aksi di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu menjadi.

"Kami bertemu pasukan berbeza pada setiap perlawanan dan sudah pasti
corak permainan kami juga perlu diubah," kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Pada perlawanan itu, Mat Zan menggunakan lima pemain tengah dengan
pemain import dari Brazil, Erison Da Silva lebih berperanan sebagai
pemain tengah bertahan untuk berada di belakang empat pemain lain.

Penjaring terbanyak Terengganu, Francis Forkey Doe pula dibiarkan
berseorangan di hadapan dengan dua pemain pertahanan terpaksa
mengawalnya, sekali gus membuka lebih banyak peluang pemain lain
melancarkan gerakan.

"Kalau dilihat, serangan bukan sahaja dibuat oleh Doe tetapi Ashaari
dan Abdul Manaf juga memainkan peranan sama menerusi gerakan dari
sebelah tepi.

"Di sini kita boleh lihat semua pemain tengah termasuk Ismail Faruqi
dan Syukur Jusoh mempunyai peluang untuk menggerakkan bola dengan
dibantu dua pemain pertahanan kiri dan kanan.

"Hasilnya, kami berjaya menjaringkan satu gol dan jaringan itu sudah cukup untuk melayakkan kami ke suku akhir," ujarnya lagi.

Mengenai penampilan pemain pertahanan muda, Muslim Ahmad yang diberi
tanggungjawab sebagai kapten pasukan, Mat Zan mengakui pemain muda itu
mempunyai karakter yang cukup matang di atas padang.

Jelasnya, ketiadaan Marzuki Yusof yang masih dibelenggu masalah
kecederaan berjaya diisi dengan baik oleh Muslim termasuk memegang watak
sebagai kapten.

"Perak merupakan pasukan yang hebat dan mereka telahpun menewaskan kami pada perlawanan pertama Liga Super, Januari lalu.

"Jadi, kemenangan ini bukan sahaja membawa kami ke suku akhir tetapi
turut menebus dendam ke atas kekalahan di Ipoh lalu," katanya.

Ditanya mengenai pertembungan menentang Lions XII pada aksi suku
akhir nanti, Mat Zan menjelaskan pasukan dari selatan itu merupakan
pasukan paling meningkat naik ketika ini.

"Ia adalah tugasan paling getir buat kami kerana Singapura mempunyai barisan pemain yang baik," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Tue Mar 13, 2012 9:46 am

Terengganu bersedia

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my

BIARPUN tempoh perlawanan suku akhir pertama bertemu Lions XII 24 Mac
ini, juara Piala FA musim lalu, Terengganu awal-awal lagi sudah membuat
persiapan rapi dalam misi melayakkan diri ke separuh akhir.

Jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris berkata, meskipun Terengganu pernah
mencatat kemenangan 1-0 dalam saingan Liga Super ke atas wakil
Singapura itu, tidak bermakna barisannya mengambil mudah pertemuan itu.

“Saya tidak mahu ambil risiko, sebaliknya akan membuat persiapan awal
merancang strategi dan taktikal untuk menewaskan lawan yang semakin
menunjukkan peningkatan.

“Kejayaan LionsXII itu berada di tangga kedua berbanding
Terengganu ketiga, jelas membuktikan skuad itu semakin garang dan harus
disekat pada perlawanan pertama di Kuala Terengganu sebelum bertandang
ke Singapura pada 27 Mac ini,” katanya.

Tambah merisaukan
pengendali berusia 54 tahun itu adalah kecederaan serius empat pemain
utamanya yang perlu berehat kira-kira dua bulan selepas menjalani
pembedahan.

“Kapten, Marzuki Yusof, Reesyafiq Alwi dan
Ahmad Nordin Alias serta pemenang kasut emas musim lalu, Abdul Hadi
Yahya, bakal berehat panjang selepas menjalani pembedahan, manakala
penjaga gol utama, Mohd Sharbinnee Allawee Ramli dan Abdul Manaf Mamat,
masih lagi bergelut dengan kecederaan.

“Kecederaan yang dialami enam pemain utama meresahkan saya kerana
dalam bulan ini ada tiga perlawanan penting iaitu suku akhir Piala FA
dan Piala AFC bertemu kelab dari Hong Kong, Kitchee di Kuala Terengganu,
20 Mac ini,” katanya.

Mat Zan berkata, untuk mengelak
skuadnya tempang, beliau akan melakukan beberapa rombakan termasuk
menyenaraikan pemain simpanan menggantikan pemain utama.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Park Deen on Tue Mar 20, 2012 9:44 am

Penyu hormati Kitchee FC


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


MAT ZAN (kiri) bersalaman dengan
rakan sejawatnya dari Kitchee FC, Gombau (dua dari kanan) selepas sidang
media di Kuala Terengganu, semalam menjelang pertemuan pada Piala AFC
2012 petang ini.




KEHEBATAN sebenar Terengganu dalam kancah bola sepak Asia bakal
teruji petang ini apabila skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu turun
melayan kunjungan kelab gergasi Hong Kong, Kitchee FC dalam aksi Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2012.

Berbekalkan kemenangan besar 6-3 ke atas Sabah dua hari lalu,
keyakinan seratus peratus turut dilaungkan kesebelasan utama skuad Penyu
yang tekad memburu tiga mata penuh pada aksi yang akan berlangsung di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, sekali gus
merampas kedudukan Kumpulan F.

Ketika ini, Terengganu dan Kit- chee berkongsi tiga mata selepas
masing-masing mencatat kemenangan pada aksi pembukaan tiga minggu lalu,
namun kelebihan masih memihak kepada kelab Hong Kong itu berdasarkan
perbezaan jaringan.

Kitchee sebelum ini menewaskan jaguh Singapura, Tampines Rovers 3-1,
manakala skuad Penyu sekadar melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab
Vietnam, Song Lam Nghe An.

Bagi Mat Zan, beliau awal-awal lagi memberi peringatan kepada barisan
pemainnya agar mengubah tempo permainan mengikut keperluan semasa
memandangkan reputasi pemain lawan yang berkelas tinggi.

Katanya, Kitchee yang juga juara Liga Divisyen Satu Hong Kong
memiliki senarai pemain terbaik termasuk lima pemain import dari
Sepanyol diketuai penyerang sensasinya, Jordi Tarres.

"Kami telah membuat persiapan yang cukup rapi untuk menghadapi
perlawanan ini dan sudah pasti kami akan menampilkan corak permainan
berbeza apabila menentang Kitchee.

"Sebagai jurulatih, saya begitu menghormati Kitchee yang dibimbing
jurulatih dari Sepanyol, Josep Gombau dan meramalkan perlawanan petang
esok pastinya sengit dengan kedua-dua pasukan mahu mencari kemenangan
kedua pada kejohanan ini," kata Mat Zan pada sidang akhbar di Kuala
Terengganu semalam.

Mengenai jadual perlawanan yang terpaksa berlangsung sebelah petang,
Mat Zan merasakan ia bukanlah masalah besar bagi pemain-pemainnya
memandangkan mereka telah pun beraksi pada waktu sama ketika menewaskan
Song Lam sebelum ini.

"Waktu perlawanan bukanlah masalah kepada saya kerana apa yang
penting adalah fokus sepanjang permainan. Saya sedar pasukan telah
kehilangan beberapa pemain tonggak akibat kecederaan tetapi kami masih
mendapat suntikan daripada penyokong tempatan," ujarnya yang terus
memberi kepercayaan kepada Muslim Ahmad sebagai kapten pasukan.

Sementara itu, Gombau ketika ditanya mengenai prestasi pasukan
Terengganu mengakui, gandingan tiga serangkai, Francis Forkey Doe,
Ashaari Shamsudin dan Abdul Manaf Mamat merupakan trio pemain yang perlu
diawasi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Terangganu

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum