Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sharbinee bersih - SPRM

View previous topic View next topic Go down

Sharbinee bersih - SPRM

Post by Park Deen on Wed Sep 19, 2012 3:56 am

Sharbinee bersih - SPRM (Kosmo)



Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


SHARBINEE disahkan bersih daripada dakwaan menjual perlawanan.




PENJAGA gol Terengganu, Mohd. Shar- binee Allawee Ramlie bebas
daripada dakwaan 'menjual perlawanan' ketika melakukan kesilapan semasa
skuad Penyu menentang Kedah dalam saingan Piala Malaysia pada 1
September lalu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri
Terengganu, Md. Yusoff Md. Zin berkata, hasil siasatan yang telah
dijalankan mendapati tidak wujud sebarang bukti atau dokumen menunjukkan
kewujudan unsur rasuah dalam perlawanan tersebut.

"Sepanjang siasatan dijalankan, SPRM telah memanggil beberapa orang
saksi untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan bagi membantu
siasatan.

"Dalam pada itu, ujian poligrafi yang turut dijalankan menunjukkan tiada tindak balas signifikan (No Significant Reactions) yang boleh mengaitkan perlakuan rasuah seperti didakwa," katanya.

Md. Yusoff menambah, ketika rakaman ujian poligrafi dijalankan,
keputusan diperoleh menunjukkan Sharbinee bercakap benar kepada
soalan-soalan yang dikemukakan.

Katanya, SPRM telah menjalankan siasatan bagi kes tersebut mengikut
bidang kuasa seperti mana diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan siasatan dijalankan adalah bebas,
telus dan profesional.

Skuad Terengganu mula diselubungi kemelut dalaman apabila dua pemain
tonggak, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi dikatakan mempunyai masalah
disiplin, sekali gus disingkirkan oleh jurula- tih Peter James Butler
daripada pasukan itu.

Belum reda dengan isu itu, sekali lagi skuad Terengganu dilanda
masalah apabila Sharbinee dikatakan melepaskan gol mudah dan menyaksikan
pasukan itu sekadar seri 1-1 dengan Kedah.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum