Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Selesaikan di Pasir Gudang'

View previous topic View next topic Go down

'Selesaikan di Pasir Gudang'

Post by Park Deen on Wed Sep 19, 2012 3:50 am

'Selesaikan di Pasir Gudang' (Kosmo)





AMRI tetap menjadi watak penting dalam skuad Selangor.



TAMATKAN sahaja di Pasir Gudang, jangan sampai tunggu di Shah Alam.
Demikian mesej positif Datuk Hamidin Mohd. Amin terhadap pemain Selangor
menjelang aksi suku akhir pertama menentang Johor FC di Stadium Pasir
Gudang, Johor Bahru pada Selasa depan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)
berkata, defisit gol di tempat lawan pastinya memainkan peranan yang
cukup besar bagi memastikan mereka mara lebih jauh kali ini.

Justeru, beliau menuntut anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim
menganggap pertembungan itu ibarat aksi final biarpun sedar tugas
menjinakkan Sang Lebah di depan 'Gelombang Oren' sememangnya bukan
mudah.

"Jangan sampai tunggu di Shah Alam, kita kena meraih kemenangan selesa di Pasir Gudang.

"Jika mahu memastikan 'Misi 33' tidak lagi tergendala kali ini, wajar
untuk kita menang dalam perlawanan itu nanti," tegas Hamidin kepada Kosmo!.

Mengakui sentimen kecewa ditewaskan Johor FC pada pusingan kedua
Piala FA, Mac lalu masih berbekas dalam hati peminat setia Gergasi
Merah, Hamidin mahu kesemua pemain Merah Kuning supaya menjadikan
perkara itu sebagai pembakar semangat memburu bekalan selesa di Shah
Alam.

Pada masa sama katanya, kredibiliti beberapa pemain utama termasuk
Amri Yahyah juga diharapkan berterusan menemui sentuhan penyudah biarpun
tidak lagi menggalas tugas selaku kapten.

"Amri berjaya 'melunaskan hutang' apabila membantu kami mara ke suku
akhir biarpun dia terlepas tiga aksi awal kumpulan gara-gara digantung
perla- wanan.

"Jadi, saya harap sebagai pemain senior Amri dapat membimbing
rakan-rakan sepasukan menjejak pentas final di gelanggang keramat kami
di Stadium Shah Alam (20 Oktober depan)," katanya optimis.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum