Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Misi anak Malaysia

View previous topic View next topic Go down

Misi anak Malaysia

Post by Park Deen on Sun Sep 16, 2012 9:06 am

Misi anak Malaysia (Kosmo)









SECARA kimia, rasa dan landskap fikiran ketiga-tiga jiwa ini
berkongsi titik temu. Bunga persahabatan yang terbentuk menjalinkan
sebuah keharmonian sama ada dalam suasana bekerja mahupun peribadi.

Bahasa siulan mereka kedengaran pada satu gelombang, bezanya hanya di atas padang dan peluang.

Sharifah Amani bergerak di landasan seni visual manakala Yunalis
Zarai dan AG, sang gitaris band Coco dan Hujan di sektor audio yang
menjual melodi. Selayaknya, mereka itu bergelar pengkarya dan hebatnya,
mereka bermula ketika darah masih remaja.

Khas sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, tiga anak Malaysia itu bercerita tentang citra dan cinta mereka.

Keterbukaan jendela pandangan dan cara mereka memperhalusi kemahuan
dan ekspresi jiwa sepatutnya menjadi inspirasi generasi baharu.

Visual dan muzik

Mukadimah penceritaan bermula dengan kerjasama dua seni yang
menyatukan tiga jiwa itu. Jujur kata AG atau nama sebenar Hedzry Hafiz,
di matanya, dia melihat belum banyak kolaborasi membabitkan dunia muzik
dan visual yang mencakupi filem dan drama.

Bercakap dalam nada protes tetapi masih berlapik santun, dalam loghat Kedah yang lunak di telinga, AG melepaskan rasa kecewa.

"Drama kita masih banyak pakai lagu Indonesia. Muzik latar dilihat sebagai satu tempelan dan tiada ketulenan.

"Lihat semasa zaman (Allahyarham) Tan Sri P. Ramlee, muzik dan visual
berjalan sekali dan saling mendukung. Orang yang menonton filem mahu
juga tahu siapa yang membikin lagu.

"Sepatutnya medium ini boleh membantu tugasan promosi lagu pengkarya kita," ujarnya panjang lebar.

Pengamatan AG itu tidak salah. Ia pengamatan dari kaca karyawan muda yang mencari dan mengharap banyak ruang untuk berkembang.

Disokong pula oleh wanita muda yang bukan sembarangan orang, penyanyi
dan komposer Yunalis Zarai yang melakar karya dan saham sampai ke
Amerika Syarikat (AS).

"Negara kita sangat kecil dan seharusnya kita saling menyokong antara
satu sama lain. Budaya itu sangat digalakkan di luar negara.

"Kolaborasi muzik dan filem diterapkan sejak dari kolej lagi. Macam
budak-budak di AS, LA Film Academy akan bekerja rapat dengan pelajar
dari LA Music Academy.

"Di Malaysia, kalau ada kerjasama pun ia bermusim dan bertumpu pada
satu-satu artis sahaja. Dari situ saya lihat nilai kreatif kena lebih,"
kata Yuna yang kemudian dicelah oleh AG dan Nani.

Kata AG, pembelajarannya sewaktu di Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan (Aswara) dulu juga sama seperti yang diulas oleh Yuna namun,
amalan sedemikian jarang berlaku apabila memasuki alam pekerjaan
profesional.

"Industri kita masih baharu, masih dalam pembelajaran. Sekarang,
pembikin filem atau drama generasi baharu semakin menampakkan gelombang
itu.

"Penting untuk dua seni itu saling menyokong. Kerjasama itu sudah ada
tapi tak cukup," celah Amani sambil menzahirkan kekagumannya terhadap
pencapaian Yuna.

Kata Amani: "Saya bukan seorang pendengar muzik yang hardcore tapi Yuna benar-benar memberi inspirasi buat saya.

"Dia artis pertama yang saya miliki kesemua naskhahnya. Berbalik
kepada industri, orang filem atau orang muzik, mereka sepatutnya saling
menjadi inspirasi."

Ikatan emosi

Jenaka kecil AG dan mimik muka Amani memecahkan hilai Yuna. Gelagat
tiga anak seni itu melambangkan tautan setiakawan yang sedang terbina
antara mereka.

"Saya dan AG selalu buat kerja bersama. Saya tulis lagu, AG buat muzik. AG boleh faham bunyi yang saya mahukan.

"Mula-mula kenal dulu ada juga benda yang AG tak boleh nak masuk
dengan saya tapi bila sudah lama, kami cukup serasi dan mempelajari skil
masing-masing.

"Dengan Nani, dia rujukan saya berkaitan filem dan lakonan. Kami ada pendapat yang sama.

"Kami mula lepak bersama sejak tahun lepas," cerita Yuna tentang
pertembungan citra bersama Amani, aktres muda yang cemerlang menerusi
filem Sepet dan Gubra.

Daripada mulut Nani pula, dia melihat pengkarya bidang muzik seperti Yuna sebagai insan seni yang cukup bertuah.

Bukan tidak bersyukur kerana lahir dalam keluarga yang memberi
galakan untuk berkarya dengan lakonan tetapi sehabis baik pun dia
bekerja, akhirnya nilai karya itu ditentukan oleh kerja berkumpulan.

"Komposer dan penyanyi boleh berdiri sendiri. Macam Yuna, dia boleh
petik gitar dan terbitkan lagu sendiri. Kami pelakon nak begitu, pelakon
kena bergantung kepada banyak aspek.

"Rasanya, saya buat kerja yang sama. Yang bezanya pelakon berlainan
dan lokasi. Pemuzik lebih bebas mewarna karya mereka," jelas Amani yang
kemudian dipintas oleh AG.

"Awak kerja dengan televisyen, ramai orang. Kami buat lagu. Orang nak
guna (ikut selera), orang tak nak guna, tak guna (dipaksa)," sampuk AG
selamba.

"Ya, bila jadi pelakon, setiap kerjanya harus bergerak sebagai
pelakon. Kalau buat sesuatu benda, tindakan atau keputusan yang lebih
cenderung untuk diri sendiri, ia jadi rosak.

"Saya cuma beri contoh Yuna, sebab dari hujung rambut sampai hujung
kaki semuanya dia putuskan sendiri, ada juga penyanyi lain yang dicipta.
Saya pilih untuk kagum terhadap pengkarya," kata Nani.

Buka mata



AMANI, AG dan Yuna
menumpahkan pendapat tentang hubung kait serta simbiosis dunia visual
dan muzik. Kolaborasi dan idea kreatif mereka disalurkan bersama untuk
sebuah hasil yang memuaskan hati.



Berpesan-pesan agar anak Malaysia hari ini tidak terperangkap dengan
susur masa di laman sosial Twitter, Facebook atau Instagram, kata
penyanyi yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu,
sebaik-baiknya mulakan langkah, keluar dan lihatlah dunia.

"Bila berada di AS, saya lihat etika kerja orang di sana sungguh
berlainan. Negara itu nampak cantik sebab penduduknya bekerja keras.

"Etika kerja mereka terbaik. Bila berada di persekitaran begitu, saya
sendiri kena tingkatkan tahap kerja dua kali ganda. Kalau di sini
semuanya bergantung kepada AG, di sana saya kena belajar untuk buat
susunan muzik sendiri. Kena serba boleh.

"Mereka bekerja pada awal usia. Persaingan di sana sangat sengit tak
macam di sini. Negara kita aman, hidup sama rata tapi ada yang tidak
tahu bersyukur.

"Jadikanlah kerja keras sebagai prinsip hidup," cerita Yuna yang berpangkalan di New York di bawah pengurusan Fader Label.

Sambung Amani, sejauh mana pun dia merantau, ke Mexico, India dan Eropah, dia tetap rindu untuk pulang ke Malaysia.

"Saya setuju bab jangan terperangkap dengan susur masa di laman sosial tadi. Kita kena ada ilmu, cari apa sahaja ilmu.

"Apa pun, saya cintakan negara saya. Sebab itulah bila ada yang
memberontak, marah dan kecewa dengan persekitaran, saya akan terkilan
dengan orang yang langsung tidak mahu ambil kisah.

"Kita kena prihatin dengan nasib negara kita kerana inilah masa depan
anak-anak dan generasi akan datang," ujar Amani bernada patriotik.

Tiba giliran, AG yang banyak memerhatikan gelagat Amani meluahkan rasa dan pengalamannya:

"Malaysia adalah sebuah tempat yang selesa. Di sini sangat banyak grup yang sebenarnya tidak tahu arah tuju mereka.

"Sepanjang saya menjelajah Britain mahupun Indonesia, mereka tidak
dibekalkan dengan alat muzik mahupun pertolongan untuk membuat gig.

"Kalau di sini, semua disediakan. Kerjasama berpasukan merekalah yang membentuk profesionalisme."

Tambah AG, rakyat Malaysia masih banyak menelan hiburan luar.

"Saya rasa sudah sampai masanya untuk kita keluarkan bunyi Malaysia
dalam lagu-lagu kita, ini yang patut dibanggakan. Kena penting dan
banyakkan identiti Malaysia dalam muzik mahupun filem kita," ujar AG.

Pendek kata, menjadi anak Malaysia itu satu keberuntungan namun cara
menghargai ruang kesejahteraan itu harus bijak agar tidak terlepas
peluang yang sepatutnya ada dalam genggaman.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum