Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

IRFAN BAKTI

Go down

IRFAN BAKTI

Post by Park Deen on Tue Nov 01, 2011 1:29 am

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my




ADA GAYA...Irfan mahu cabaran baru bersama Selangor.

SELEPAS gagal mendakap Piala Malaysia pertama kali dalam sejarah
kariernya sebagai jurulatih, jodoh Irfan Bakti Abu Salim bersama
Terengganu tidak kekal lama apabila jurulatih itu memilih untuk tidak
menyambung kontraknya bersama skuad Penyu sebaliknya memilih Selangor
musim depan.

Kekosongan kerusi panas skuad Penyu itu bakal diisi bekas pengendali
KL Pos, Malaysia, Mat Zan Mat Aris, yang pernah melakar kejayaan membawa
skuad Terengganu menjulang piala berprestij itu pada 2001.

Irfan
Bakti berkata, beliau memilih tidak menyambung kontrak bersama
Terengganu kerana ingin berubah angin selain menimba pengalaman melatih
pasukan baru selepas dua tahun bersama skuad itu sejak 2010.

“Saya tiada masalah dengan PBSNT, malah persatuan sudah
menawarkan kontrak dua tahun lagi, tetapi keinginan untuk mengutip
cabaran baru membuatkan saya tidak menyambung kontrak dan memilih
Selangor destinasi musim depan.

“Bagi saya, sepanjang
menjadi jurulatih sejak 20 tahun lalu, pemain Terengganu adalah antara
yang terbaik pernah saya latih terutama daripada segi disiplin dalam dan
luar padang.

“Saya begitu selesa dengan pemain, mereka
bukan saja mempunyai azam tinggi setiap kali beraksi, malah memiliki
semangat kekeluargaan dipupuk PBSNT sejak awal lagi, inilah pasukan
terbaik pernah saya latih,” katanya.

Sepanjang bersama Terengganu, Irfan Bakti membawa skuad itu juarai
Piala FA Jun lalu, naib juara Liga Super, dua pemain menjadi penjaring
gol terbanyak dua tahun berturut-turut dan terbaru naib juara Piala
Malaysia.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: IRFAN BAKTI

Post by Park Deen on Thu Nov 03, 2011 5:56 am

Belum muktamad

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my



IMBAS KEMBALI... jurulatih pasukan Terengganu, Irfan Bakti memberi tunjuk ajar dalam sesi latihan
di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

“IRFAN Bakti sendiri yang menyatakan hasrat untuk menjadi jurulatih
Selangor, bukannya kami yang menghubunginya. Bagaimanapun perkara ini
masih di peringkat perbincangan,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola
Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai kedudukan bekas
jurulatih Terengganu itu untuk bersama pasukan Gergasi Merah musim
depan.

Katanya, keputusan sama ada Irfan mengikat kontrak bersama Selangor akan diketahui dalam tempoh terdekat ini.

“Sebenarnya
sudah lama Irfan mahu menjadi jurulatih Selangor, malah bukan beliau
seorang saja, tapi ada beberapa lagi jurulatih yang turut berminat.
“Tapi perbincangan antara Irfan dan Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar
Ahmad sedang dijalankan dan akan diumumkan hujung minggu ini atau awal
minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman skuad
bawah 23 tahun negara semalam.

Irfan yang membawa Terengganu menduduki tangga kedua Liga Super,
juara Piala FA sebelum tewas di tangan Negeri Sembilan 2-1 di pentas
final, Sabtu lalu membuat kejutan apabila enggan menyambung kontrak
bersama skuad Penyu.

Mengulas mengenai sejauh mana peluang
Irfan untuk menggantikan tempat jurulatih Selangor sekarang, P Maniam,
Hamidin sekadar menjawab: “Segala-galanya mungkin.” Katanya secara
peribadi Irfan adalah antara jurulatih terbaik di Malaysia.

“Sepuluh
tahun dulu lagi beliau sudah berminat dengan Selangor. Bagi saya beliau
sekarang sudah cukup matang dan antara jurulatih terbaik tempatan
ketika ini dan jika benar Irfan berminat, kami juga tiada masalah
menerimanya dengan tangan terbuka,” kata Hamidin lagi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: IRFAN BAKTI

Post by Park Deen on Fri Nov 04, 2011 10:18 am

Hormat keputusan Irfan

MENTERI Besar Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini keberatan
melepaskan Irfan Bakti Abu Salim sebagai jurulatih bola sepak
Terengganu, akhirnya merelakan pemergian jurulatih itu.

Ahmad berkata, beliau mahu semua pihak menghormati keputusan
jurulatih kelahiran Kelantan berusia 60 tahun itu untuk berhijrah ke
Selangor.

Katanya sebagai jurulatih, Irfan Bakti yang enggan
menyambung kontraknya dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu
(PBSNT) yang bakal berakhir pada 30 November ini, mempunyai hak berbuat
demikian demi masa depannya dalam bola sepak.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: IRFAN BAKTI

Post by Park Deen on Sat Dec 03, 2011 7:25 am

Irfan tuntut aksi terbaik pemain

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

JENTERA serangan Selangor musim depan perlu menjadi antara yang
digeruni lawan dalam mengharungi kancah Liga Malaysia musim depan bagi
memastikan sekurang-kurangnya satu piala yang menjadi sasaran Persatuan
Bola Sepak Selangor (FAS) menjadi milik Merah Kuning.

Bagi memastikannya menjadi realiti, kepakaran pengendali baru
Selangor, Irfan Bakti Abu Salim akan menjadi taruhan selepas kejayaan
bekas jurulatih Terengganu itu membentuk gandingan mantap gergasi Pantai
Timur itu pada musim ini yang diketuai Abdul Hadi Yahya, Ashaari
Shamsuddin dan Abdul Manaf Mamat.

“Saya masih mencari seorang
lagi pemain import yang berkualiti untuk mengetuai bahagian serangan.
Tiga pemain dijangka tiba dalam masa terdekat untuk diuji bagi
digandingkan dengan seorang lagi pemain tempatan,” kata pengendali yang
dinobat Jurulatih Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011,
baru-baru ini.

Pengendali berpengalaman berusia 60 tahun itu sudah mempunyai
perancangan tersendiri apabila mahu mencuba pemain serba boleh dimiliki
Selangor, Mohd Amri Yahyah seperti yang pernah digunakan bekas ketua
jurulatih Selangor, P Maniam dan K Devan pada musim lalu.

“Selain itu, saya mahu Mohd Amirulhadi Zainal kembali menonjol kerana dia
seorang pemain sayap berbakat selain Mohd Safiq Rahim di tengah. Namun
saya tidak mahu mewujudkan satu pasukan yang bergantung kepada seorang
pemain saja. Semua pemain perlu memainkan peranan,” katanya.

Untuk musim depan, Selangor sudah mendapatkan pemain pertahanan dari Lubnan,
Ramez Dayoub selain mengekalkan 12 muka lama serta sejumlah muka baru
dengan bekas perancang tengah Harimau Muda A, K Gurusamy menjadi pemain
terbaru menyarung jersi Merah Kuning.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: IRFAN BAKTI

Post by Park Deen on Mon Feb 13, 2012 3:48 am

SUKAN










Irfan hilang kata-kata

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


RUDIE yang kini mewakili PKNS, menjadi pemusnah terhadap impian Selangor untuk meraih tiga mata malam kelmarin.




'RAJUK dalam diam' pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim sememangnya bukan dibuat-buat.

Selain 'berserabut' memikirkan masalah ketumpulan penyudah jentera
serangan Gergasi Merah yang masih belum ternoktah, tewas 0-2 di tangan
'adik' sendiri, Selangor PKNS dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis
Bandaraya Petaling Jaya malam kelmarin juga mengundang kemurkaan Irfan.

Meskipun tidak menyalahkan seratus peratus kekalahan kelmarin kepada
barisan pemainnya, Irfan begitupun menuntut supaya pemain Selangor
kembali bangkit mempamerkan kejantanan ketika melayan kunjungan
pendahulu liga, Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

"Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu nak kata apa apabila kami tewas
ketika berdepan PKNS walaupun menguasai sebahagian besar permainan.

"Inilah bola sepak, macam-macam boleh berlaku. Saya harap pemain
Selangor dapat melupakan kekalahan memilukan ini dan menebusnya semula
ketika berdepan Kelantan nanti (malam esok)," katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam perlawanan itu, dua gol PKNS dijaringkan oleh bekas pemain
Merah Kuning, Rudie Ramli pada minit ke-35 dan juga Helmi Remeli pada
minit ke-61.

Ia merupakan kemenangan pertama skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim
dalam saingan Liga Super musim ini selepas seri lima kali dan tewas
sekali sebelum ini sekali gus mengutip lapan mata, satu mata di belakang
Selangor.

Sementara itu, ini merupakan kekalahan kedua Gergasi Merah selepas turut tewas kepada Felda United sebelum ini.

Menurut Irfan, keghairahan anak buahnya melakukan asakan bertali-arus
dalam perlawanan itu juga mengundang padah apabila dihukum serangan
kilat pemain PKNS.

"Sebelum perlawanan, saya sudah ingatkan pemain supaya berhati-hati
memandangkan barisan pemain PKNS yang rata-ratanya merupakan bekas
pemain Piala Presiden Selangor pastinya mahu membuktikan sesuatu dalam
perlawanan itu.

"Tidak mengapalah, ini pengajaran berguna yang diperolehi pemain saya
dan saya pasti mereka akan membuktikan sesuatu ketika menentang
Kelantan nanti.

"Malah, saya juga berharap masalah Sijil Perpindahan Antarabangsa
(ITC) yang membelenggu pemain import dari Croatia, Bosko Balaban dapat
diselesaikan esok (hari ini) sebelum dapat diturunkan ketika berdepan
Kelantan," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: IRFAN BAKTI

Post by Park Deen on Tue Feb 14, 2012 4:26 am

Irfan waspada helah Kelantan


Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KREATIVITI Safiq Rahim amat ditagih dalam usaha Selangor menyekat kemaraan Kelantan.



HELAH peneraju Liga Super, Kelantan pastinya sentiasa tersimpan utuh
di dalam 'kocek' pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim.

Irfan pula pastinya tidak duduk diam menjelang pertemuan kedua-dua
pasukan pada aksi Liga Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini
kerana beliau sedang memikirkan strategi terbaik untuk menyekat kemaraan
Kelantan.

Biarpun bersedia untuk 'direhatkan' gara-gara prestasi hambar
Selangor setakat ini, keputusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang
masih mempercayai kredibiliti Irfan pastinya mahu dibalas pengendali
kelahiran Perak itu dengan kemenangan.

Duka dimalukan 'adik', Selangor PKNS dengan keputusan 0-2, Sabtu lepas juga sukar diterimanya.

Justeru, Irfan serta seluruh anak didiknya pastinya tahu apa yang perlu mereka lakukan malam ini jika berhasrat mengejar The Red Warriors yang ketika ini cukup selesa di persada liga dengan 17 mata, lapan mata meninggalkan Selangor.

Kehadiran semula bek kiri kental, P. Gunalan yang sebelum ini
tersisih dalam dua perlawanan terdahulu gara-gara kecederaan juga
pastinya menjadi aset yang paling bernilai buat Gergasi Merah untuk
mengutip tiga mata berharga.

Larian deras Gunalan di sebelah kiri serta kemampuannya melakukan
hantaran tepat ke kubu lawan dilihat sebagai senjata sulit Merah Kuning,
tambahan pula 'malapetaka' ketumpulan penyudah dilihat masih menghantui
pasukan itu apabila sekadar meledak enam gol dalam tujuh perlawanan
setakat ini.

"Kepulangan Gunalan sememangnya cukup melegakan kami terutamanya
ketika cuba mengekang asakan Kelantan menerusi 'ayam tambatan' mereka,
Norshahrul Idlan Talaha.

"Pada masa sama, saya juga berharap supaya barisan serangan kami
dapat menamatkan kemarau jaringan, sekali gus mencatatkan kemenangan ke
atas Kelantan," kata Irfan kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, Selangor tewas dalam kedua-dua pertemuan kepada Kelantan
pada saingan Liga Super musim lepas, selain turut kecewa ditunjukkan
jalan keluar oleh Sang Kijang pada peringkat separuh akhir Piala FA 2011
apabila tewas dengan agregat 2-5.

Irfan memberitahu, beliau tidak akan membuat rombakan besar-besaran
dan yakin dengan kemampuan kesebelasan utama yang sering diturunkan
sebelum ini termasuk kapten, Amri Yahyah, Safiq Rahim, K. Soley, Nasriq
Baharom, Fitri Shazwan dan Azidan Sarudin.

"Pada masa sama, saya juga harap pemain tidak mengulangi kesilapan
seperti mana ketika menentang PKNS tempoh hari apabila akhirnya dihukum
akibat terlalu ghairah menyerang," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: IRFAN BAKTI

Post by Park Deen on Tue Mar 13, 2012 9:29 am

Irfan diberi kata dua


Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PASUKAN Gergasi Merah yang beraksi hambar pada Liga Super dan Piala FA menghampakan peminatnya. - Gambar hiasan




NASIB jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim (gambar kecil)
mungkin sama seperti mana pengendali Chelsea, Andre Villas-Boas
seandainya beliau berada dalam saingan Liga Perdana England.

Ia ekoran persembahan hambar Gergasi Merah yang seka- dar mengutip 12
mata daripada sembilan perlawanan Liga Su- per setakat ini yang jelas
mengecewakan peminat fanatik Merah Kuning.

Malah, tewas menerusi penentuan sepakan penalti terha- dap Johor FC
ketika pusingan kedua Piala FA baru-baru ini juga menyukarkan sasaran
yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk
sekurang-kurangnya menjulang satu piala musim ini.

Mungkin, 'magis' yang dimiliki Irfan ketika bersama Terengganu musim
lepas apabila muncul juara Piala FA serta naib juara Liga Super dan
Piala Malaysia 2011, dilihat masih belum menjadi sehingga timbul
spekulasi betapa masa depannya bersama Selangor semakin samar.

Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd. Amin begitupun pantas
menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan, pihaknya masih mempercayai
dan menagih kredibiliti yang dimiliki Irfan.

Mengakui kecewa dan menganggap tidak ada rezeki sele- pas terlepas
Piala FA musim ini, Hamidin begitupun mengingatkan Irfan dan
pemain-pemain Selangor supaya segera melupakan kekecewaan tersebut.

Menurut beliau, pertemuan menentang Kuala Lumpur dalam aksi Liga
Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Sabtu ini
dilihat seba- gai medan terbaik bagi membuktikan kebangkitan Gergasi
Merah.

"Sudah tidak ada rezeki kami mendakap Piala FA musim ini, hendak buat
macam mana. Saya percaya Irfan pasti melaku- kan sesuatu ketika
menentang Kuala Lumpur, Sabtu ini.

"Kedudukan Irfan sebagai jurulatih juga tidak terjejas kerana kami
masih berpeluang memburu sekurang-kurangnya satu piala musim ini,"
katanya kepada Kosmo! semalam.

Ketika ditanya mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap
penjaga gol, Norazlan Razali yang dikatakan menjadi punca kekalahan
Selangor kepada Johor FC tempoh hari, Hamidin begitupun menyerahkan
tindakan lanjut berhubung perkara itu kepada Irfan.

"Kami sedang membuat post-mortem bagi mengenal pasti punca sebenar
kekalahan kami semasa menentang Sang Lebah, namun saya percaya ia lebih
kepada kurang bernasib baik.

"Terpulang kepada Irfan (jika mahu menggunakan khidmat G.
Jeevananthan) bagi menggantikan Norazlan (dalam pertemuan menentang
Kuala Lumpur). Apa pun, kami masih menunggu laporan postmortem sebelum
mengambil tindakan lanjut," tegasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: IRFAN BAKTI

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum