Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Buat pertimbangan sewajarnya'

View previous topic View next topic Go down

'Buat pertimbangan sewajarnya'

Post by Park Deen on Sun Sep 16, 2012 8:57 am

'Buat pertimbangan sewajarnya' (Kosmo)



Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Skuad Harimau Muda meraikan kejayaan memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.




TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, pelawaan yang diterima oleh skuad
Harimau Muda untuk beraksi dalam Liga Brazil merupakan satu petanda
baik.

Justeru, Tengku Abdullah menjelaskan bahawa FAM perlu memberi pertimbangan sewajarnya terhadap tawaran tersebut.

“Peluang seperti ini perlu dikaji lebih teliti, jangan cepat melompat
dan pemain-pemain juga harus mempunyai sikap positif supaya dapat
digunakan dengan sebaik mungkin.

“Bukan sahaja di Brazil, malah negara-negara lain juga akan menjemput
kita dari semasa ke semasa,” titah baginda semasa ditemui pemberita di
Bandar Indera Mahkota, Kuantan semalam.

Akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan, skuad Harimau Muda di bawah
kendalian Ong Kim Swee berpeluang untuk menyertai Liga Brazil sebagai
persiapan awal mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2013 di
Myanmar.

Namun difahamkan, perkara tersebut masih dalam perbincangan dan kata
putus belum dapat diberikan oleh FAM dalam usaha memberikan pendedahan
terbaik buat skuad muda negara itu.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah menegaskan, FAM perlu mengkaji
dengan lebih mendalam baik buruk tindakan itu dan tidak memberikan
persetujuan secara melulu.

“Ia dapat memberi kita pendedahan perlawanan dan tunjuk ajar yang luas kepada pemain muda.

“Saya hendak nyatakan di sini, bukan sahaja Malaysia tetapi banyak
juga negara-negara ASEAN dipelawa bermain di tempat ini. Kalau kita
tidak ambil perhatian kita akan kerugian,” titahnya.

Mengulas mengenai kekalahan skuad Harimau Malaya kepada Vietnam baru-baru ini, baginda meminta ia dijadikan satu pengajaran.

Menurut Tengku Abdullah, semua pihak yang terlibat harus membantu
jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mengenal pasti pemain untuk
beraksi dalam skuad utama negara pada kempen Piala AFF Suzuki yang
dijadualkan berlangsung November depan.

“Difahamkan, Rajagobal sudah ketengahkan pemain baharu dan saya harap
dalam masa terdekat, dia sudah kenal pasti 11 atau 15 orang pemain. Ini
supaya dia tidak ragu-ragu dengan pemain utama dalam pasukan.

“Kekalahan itu saya rasa tidak perlu kita risau. Bila buat persiapan mesti ada kalah mesti ada menang.

“Saya harap ia menjadi iktibar, pengajaran dan satu permainan yang
membolehkan dia mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam pasukan dan
pemain.

“Kata putus bagi memilih pemain utama negara adalah di tangan
Rajagobal dan hanya dia mengetahui pemain terbaik untuk beraksi dalam
pasukannya,” titahnya
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum