Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

ATM elak silap langkah

View previous topic View next topic Go down

ATM elak silap langkah

Post by Park Deen on Sun Sep 16, 2012 8:56 am

ATM elak silap langkah (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
"JIKA kami kekal beraksi sebegini (ketika menentang Kedah), berdepan MP Muar pun kami akan kalah."

Itu peringatan jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B.
Sathianathan kepada barisan pemainnya menjelang aksi suku akhir pertama
Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 28 September ini.

Menyedari Negeri Sembilan bakal tampil selaku pasukan pilihan,
Sathianathan awal- awal lagi telah mengingatkan anak-anak buahnya tidak
mengulangi kesilapan yang sama ketika mereka seri 2-2 dengan Kedah di
Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) malam kelmarin.

"Saya tidak tahu bagaimana para pemain saya hilang rentak dan mereka
beraksi di bawah tahap sebenar. Fokus dan disiplin mereka bagaikan
hilang pada separuh masa kedua.

"Saya tidak mahu mereka 'main-main' meskipun mendahului dua gol dan
pemain-pemain harus menyedari mereka tidak boleh memandang rendah kepada
mana- mana pasukan lain.

"Jadi saya harus memikirkan cara untuk memperbaiki setiap kelemahan
itu agar kesilapan yang sama tidak berulang ketika menentang Negeri
Sembilan nanti.

"Kami tidak boleh mengambil ringan pertemuan dengan Negeri Sembilan.
Mereka merupakan juara bertahan dan memiliki pengalaman lebih berbanding
kami," kata Sathianathan kepada Kosmo! Ahad semalam.

Begitupun, beliau tetap berpuas hati dengan hasil usaha
pemain-pemainnya selepas berjaya mencapai misi ke peringkat kalah mati
Piala Malaysia.

"Secara peribadi, saya gembira dengan kejayaan ATM ke peringat suku
akhir tetapi kalau boleh, biarlah pasukan mampu mara ke final.

"Kami telah membuktikan dengan melepasi cabaran 'kumpulan maut'.

"Saya percaya kualiti yang ada pada skuad ini. ATM boleh dianggap
sebagai salah satu pasukan terkuat dan kami memiliki peluang untuk
berbuat demikian," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum