Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Tunggu hitam-putih dahulu'

View previous topic View next topic Go down

'Tunggu hitam-putih dahulu'

Post by Park Deen on Sat Sep 15, 2012 9:40 am

'Tunggu hitam-putih dahulu' (KOSMO)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my
TEKA-TEKI mengenai peluang Harimau Muda ‘berguru’ dalam Liga Brazil
tahun depan sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas Sukan SEA
2013 di Myanmar masih belum terjawab.

Semalam, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk
Azzuddin Ahmad menegaskan, perkara itu masih terlalu awal untuk
didedahkan memandangkan ia masih di peringkat perbincangan.

Menurut beliau, apa yang paling utama ketika ini ialah bagaimana ia
mampu memberikan pendedahan lebih positif buat skuad muda negara dalam
usaha memburu ‘ibu emas’ pada temasya Sukan SEA buat kali ketiga
berturut-turut.

Sekiranya hasrat menyertai Liga Brazil gagal mencapai keputusan
muktamad katanya, skuad Harimau Muda masih boleh menimba ilmu di
Slovakia seperti mana sebelum ini.

“Benda masih dalam perbincangan, jangan letak harapan tinggi sebab tidak ada kata putus lagi.

“Buat apa (pergi ke Brazil) jika hanya main dalam divisyen ke-10,
lebih baik tunggu ‘hitam putih’ (pengesahan rasmi) terlebih dahulu,”
katanya kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan potensi Harimau Muda yang bakal mendapat
sentuhan ‘samba Brazil’ apabila berpeluang menyertai liga negara Amerika
Selatan itu sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas temasya
Sukan SEA 2013.

Jika ia menjadi kenyataan, tempat Harimau Muda dalam aksi Liga
Singapura (Liga S) musim depan dijangka diambil alih ‘skuad kedua’ yang
dibarisi pemain-pemain muda dari skuad Harimau Muda B dan Harimau Muda
C.

Untuk rekod, skuad Harimau Muda sepatutnya beraksi dalam Liga S
sehingga 2015 berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) antara FAM dan
Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebelum ini.

Sebagai ‘pertukaran barter’, skuad Lions XII pula menyertai Liga Malaysia dalam tempoh yang sama berdasarkan MoU tersebut.

Skuad kendalian Ong Kim Swee yang ketika ini berada di tangga keempat
Liga S dengan 32 mata bakal melayan kunjungan Home United di Stadium
Yishun, Singapura malam ini.

Azzuddin memberitahu, FAM akan berusaha sedaya upaya bagi
merealisasikan hasrat tersebut memandangkan ia merupakan medan terbaik
buat Harimau Muda meningkatkan prestasi dan corak permainan sedia ada.

“Usaha pembangunan bola sepak negara sememangnya memerlukan masa, jadi saya harap semua pihak dapat bersabar,” jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum