Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kim Swee tuntut komitmen pemain

View previous topic View next topic Go down

Kim Swee tuntut komitmen pemain

Post by Park Deen on Sat Sep 15, 2012 9:38 am

Kim Swee tuntut komitmen pemain (KOSMO)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SKUAD Harimau Muda akan diuji Home United malam ini dalam saingan Liga S.




SEJAUH mana kemampuan Harimau Muda mengekalkan momentum kemenangan
dalam saingan Liga Singapura (Liga S) 2012 bakal terjawab apabila
melayan kunjungan pasukan di tangga kelima, Home United di Stadium
Yishun, Singapura malam ini.

Masih segar dengan kejayaan menjulang Piala SCTV apabila menewaskan
skuad Bawah 22 Tahun (B-22) Indonesia 1-0 minggu lalu, skuad kendalian
Ong Kim Swee pastinya berselera besar memburu tiga mata penuh malam ini
sekali gus memperbaiki kedudukan semasa di tangga keempat liga apabila
berkongsi 32 mata dengan Home United, namun dibezakan dengan jumlah
jaringan.

Kejayaan meraih tiga mata malam ini juga dilihat mampu menjelmakan
tiga kemenangan berturut-turut buat Harimau Muda dalam saingan Liga S
setelah mengatasi Singapore Armed Forces dan Brunei DPMM dengan
keputusan 4-1 dan 2-1 sebelum menyertai Piala SCTV minggu lalu.

Begitupun, Kim Swee enggan anak-anak buahnya mendabik dada
memandangkan misi untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan di tangga
kelima Liga S musim ini masih belum selesai.

Menurut beliau, ketahanan fizikal dan mental skuad kendaliannya bakal
teruji sekali lagi malam ini dan sebarang kesilapan boleh mengundang
padah.

“Perjuangan kami dalam saingan Liga S masih belum selesai. Ketika
berdepan Indonesia dalam kejohanan Piala SCTV minggu lalu, pemain
dilihat berjaya menyerap tekanan dan mempertahankan kelebihan satu gol
sehingga wisel penamat.

“Justeru, saya menuntut pemain supaya mengekalkan momentum yang sama
ketika berdepan Home United (malam ini),” katanya kepada Kosmo!
baru-baru ini.

Selepas menentang Home United, Harimau Muda akan berkunjung ke
Stadium Woodlands berdepan Woodlands Wellington pada 22 September depan
sebelum melayan kunjungan Balestier Khalsa (27 September) dan Gombak
United (30 September) di Stadium Yishun.

Bagi aksi sepanjang Oktober pula, Harimau Muda akan membuat
perhitungan dengan Hougang United di tempat lawan (20 Oktober) sebelum
melayan kunjungan Geylang United empat hari kemudian. Mereka akan
menutup tirai Liga S berdepan pendahulu liga, Tampines Rovers di Stadium
Jalan Besar pada 1 November depan.

Kesibukan jadual skuad muda negara juga tidak terhenti di situ
apabila dijangka menyertai satu lagi kejohanan jemputan iaitu Newspaper
Cup di Vietnam yang dijadualkan berlangsung awal Oktober depan.

Dalam pada itu, Kim Swee juga kekal menaruh keyakinan kepada penjaga
gol, Ahmad Izham Tarmizi Roslan supaya dapat mengawal kubu Harimau Muda
dengan sempurna malam ini.

“Saya percaya pendedahan dalam Liga S dapat mematangkan persembahan
Ahmad Izham sekali gus bersedia sebagai penjaga gol utama skuad muda
negara.”
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum