Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Amri julang Selangor

View previous topic View next topic Go down

Amri julang Selangor

Post by Park Deen on Sat Sep 15, 2012 9:36 am

Amri julang Selangor (KOSMO)





AMRI menjaringkan kedua-dua gol Selangor pada aksi menentang Sarawak di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 2-0.




SKUAD Gergasi Merah, Selangor memastikan ‘misi 33’ terus membara
apabila menyambar slot ke suku akhir saingan dengan penuh bergaya selaku
juara Kumpulan D selepas menewaskan Sarawak 2-0 dalam aksi terakhir
peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam
tadi.

Amri Yahyah muncul wira Gergasi Merah apabila meledak kedua-dua gol
pada minit ke-66 dan 73, sekali gus mengesahkan status Selangor selaku
juara kumpulan dengan 13 mata.

Turut mengiringi Selangor ke suku akhir ialah naib juara kumpulan,
Pahang yang dikejutkan dengan kekalahan 2-3 oleh T-Team di Stadium Darul
Makmur, Kuantan dalam satu lagi aksi Kumpulan D malam tadi.

Pada suku akhir nanti, Selangor bakal berdepan Johor FC sementara Pahang menanti kunjungan juara Kumpulan A, Lions XII.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kejayaan dramatik juara
Liga Super dan Piala FA 2011, Kelantan juga tidak kurang hebat apabila
berjaya muncul juara Kumpulan B sebaik ‘mengerjakan’ Terengganu 6-1.

Ia ekoran satu lagi pasukan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekadar seri 2-2 ke atas Kedah di Stadium Selayang malam tadi.

Gol kemenangan Kelantan dicetak oleh Afiq Azmi (minit ke-13), Nor
Farhan Muhammad (28 dan 47), Mohd. Badhri Radzi (76 dan 81) sebelum
Indra Putra Mahayuddin melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah
sementara gol sagu hati Sang Penyu pula diledak Mohd. Asmizan Kamaruddin
pada minit ke-84.

Biarpun berkongsi 11 mata dengan ATM, The Reds Warriors muncul juara
kumpulan hasil perbezaan jaringan dan bakal membuat perhitungan dengan
Felda United dalam aksi suku akhir nanti.

Skuad kendalian B. Sathianathan pula berdepan tugas getir apabila
berdepan juara bertahan, Negeri Sembilan yang muncul juara Kumpulan C.

Terengganu selaku finalis Piala Malaysia 2011 pula boleh mengucapkan
‘selamat tinggal’ apabila terperosok di tangga tercorot kumpulan dengan
sekadar mengutip empat mata.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan nyaris
berputih mata dalam usaha menyambar slot suku akhir apabila sekadar seri
1-1 dengan pasukan berstatus kelab, Felda United.

Skuad pelawat terlebih dahulu di depan seawal minit ke-17 menerusi
jaringan Farderin Kadir sebelum Effa Owana menyelamatkan maruah tuan
rumah apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76.

Begitupun, skuad kendalian Azraai Khor Abdullah sewajarnya ‘berterima
kasih’ dengan kejayaan Perak yang berjaya mengejutkan pasukan di tangga
ketiga, Sime Darby dengan keputusan 2-0 di Stadium Perak, Ipoh dalam
satu lagi aksi kumpulan.

Dengan keputusan itu, Sang Rusa yang mengutip 10 mata muncul juara
kumpulan, tiga mata di depan Felda United yang turut mara ke suku akhir
sekali gus memadam cabaran Sime Darby dan Perak yang masing masing
berkongsi enam mata.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kejayaan Johor menewaskan
PKNS 2-0 dalam aksi Kumpulan A bagaikan tidak membawa sebarang makna
apabila gagal menyambar slot suku akhir.

Ia ekoran ‘adik’ mereka, Johor FC berjaya mengikat Lions XII dengan
keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Dalam perlawanan malam tadi, kedua-dua gol Jengking diledak oleh penyerang import, Muriel Juan Orlando.

Dengan keputusan itu, Lions XII dan Johor FC yang berkongsi sembilan
mata mara ke suku akhir, mengatasi Johor yang mengutip lapan mata
sementara PKNS sekadar mengutip lima mata.

Perlawanan suku akhir pertama dijadualkan bermula pada 28 September ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum