Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Muda kekal di Liga S

View previous topic View next topic Go down

Harimau Muda kekal di Liga S

Post by Park Deen on Fri Sep 14, 2012 5:25 am

Harimau Muda kekal di Liga S (Kosmo)









SKUAD Harimau Muda kekal beraksi dalam saingan Liga Singapura (Liga S) musim depan, lapor NAN HIDAYAT NAN AZMIE.

Semalam, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee (gambar)
membayangkan bakal mempertaruhkan 'skuad kedua' yang akan dibarisi
pemain daripada skuad Harimau Muda B dan Harimau Muda C dalam saingan
Liga S 2013, sekali gus memadam spekulasi negatif mengenai hasrat awal
skuad itu yang dikatakan mahu menarik diri sebelum ini.

Biarpun masih belum membuat keputusan muktamad, Kim Swee menjelaskan,
ia hanya akan berlaku sekiranya skuad Harimau Muda sedia ada dapat
menjalani latihan di Slovakia ataupun Brazil sebagai persiapan awal
mempertahankan emas temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar.

"Jika kami sah menjalani latihan di Slovakia ataupun Brazil, satu
lagi pasukan merangkumi pemain muda negara akan meneruskan perjuangan
dalam saingan Liga S nanti.

"Jadi, tidak timbul isu kami mahu menarik diri daripada Liga S dan
saya harap keputusan (sama ada berlatih di luar negara atau tidak) dapat
diketahui secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
majlis penyerahan insentif Harimau Muda atas kejayaan memenangi pingat
emas Sukan SEA 2011 di Menara TM, Bangsar semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),
Datuk Azzuddin Ahmad; Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan
Ketua Pegawai Pemasaran TM, Datuk Rozalila Abdul Rahman.

Spekulasi Harimau Muda mahu menarik diri daripada saingan Liga S 2013
sebelum ini tercetus selepas Kim Swee secara terbuka mahu membawa
anak-anak buahnya 'berguru' di luar negara bagi memastikan persiapan
rapi mempertahankan emas Sukan SEA dapat dilaksanakan dengan sempurna
tanpa 'diintip' mana-mana pasukan.

Mengulas lanjut kata Kim Swee, keberkesanan menimba ilmu di bumi
Slovakia telah pun terbukti apabila mereka berjaya mempertahankan emas
Sukan SEA di Jakarta, Indonesia tahun lalu.

"Mengenai tawaran sebuah kelab dari Brazil pula, setakat ini ia masih
di peringkat perbincangan jadi saya tidak dapat mengulas lanjut,"
jelasnya.

Malam esok, Harimau Muda yang kini di tangga keempat Liga S dengan 32
mata kembali menyambung perjuangan berdepan cabaran pasukan ketujuh
liga, Home United di Stadium Yishun, Singapura.

Dalam pada itu, Azzuddin turut menyokong hasrat Kim Swee menggunakan
variasi pemain yang berbeza untuk saingan Liga S musim depan.

"Ia suatu pendedahan yang bagus buat skuad muda negara dalam mengenal pasti beberapa pemain pelapis yang berpotensi," katanya.

Sementara itu, Rozalila ketika mengulas pemberian insentif itu
memberitahu: "Saya harap pemberian insentif ini mampu membakar semangat
pemain muda negara supaya mempamerkan aksi yang lebih bagus.

Ia sekali gus membuka peluang mereka untuk beraksi bersama kelab di luar negara terutamanya Manchester United."

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah insentif tersebut.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum