Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Safiq mahu 'Misi 33' tercapai

View previous topic View next topic Go down

Safiq mahu 'Misi 33' tercapai

Post by Park Deen on Fri Sep 14, 2012 5:18 am

Safiq mahu 'Misi 33' tercapai (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT
NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SAFIQ mahu rakan-rakan sepasukannya
membawa Selangor melangkah ke suku akhir saingan Piala Malaysia musim
ini bagi memburu 'Misi 33' pasukan tersebut.




JANGAN tewas sebelum berjuang.

Itu mesej kapten Selangor, Safiq Rahim kepada rakan-rakan
sepasukannya menjelang aksi terakhir Kumpulan D kempen Piala Malaysia
menentang Sarawak di Stadium Shah Alam malam ini.

Biarpun slot ke suku akhir dilihat seolah-olah terjamin buat Gergasi
Merah apabila selesa mengutip 10 mata, Safiq tidak mahu rakan-rakan
sepasukannya terlalu yakin sehingga mengundang padah.

Tewas mengejut 1-2 di Stadium Kuching dalam aksi pembuka tirai
sebelum ini juga katanya, mampu berulang jika Merah Kuning tidak
berwaspada malam ini.

"Masih ada 90 minit, apa pun boleh berlaku dalam bola sepak.

"Jadi, saya harap kami mampu melakar kemenangan, sekali gus memasti-
kan 'Misi 33' tidak lagi tergendala kali ini," kata Safiq kepada Kosmo! sebelum ini.

Untuk rekod, hasrat Gergasi Merah menyempurnakan 'Misi 33' telah pun
tertangguh selama tujuh musim selepas kali terakhir menjulang trofi
paling berprestij itu pada 2005.

Jika tewas dengan jumlah jaringan yang besar malam ini, tidak
mustahil hasrat Merah Kuning berjaya dinafikan Bujang Senang yang ketika
ini mengekori rapat dengan tujuh mata di saat satu lagi pasukan, Pahang
(juga 10 mata) dijangka tidak berdepan masalah menewaskan T-Team dalam
satu lagi aksi kumpulan malam ini.

Mengulas lanjut, Safiq juga mengakui tidak tertekan dengan
tanggungjawab selaku kapten sele- pas dilihat mengambil alih tugas itu
daripada Amri Yahyah dalam kempen kali ini.

Ketika ditanya mengenai harapan penyokong Gergasi Merah yang pastinya
mahu Safiq meledak gol menerusi sepakan percuma seperti mana
'identitinya' sebelum ini, jelasnya: "Jika dapat meledak gol (menerusi
sepakan percuma), Alhamdulillah. Yang paling utama misi meraih tiga mata
berharga (malam ini) tidak kira siapa pun yang mencetak gol buat
Selangor."
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum