Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Perak belum mahu mengalah

View previous topic View next topic Go down

Perak belum mahu mengalah

Post by Park Deen on Fri Sep 14, 2012 5:15 am

Perak belum mahu mengalah (Kosmo)



PERAK tetap memburu kemenangan pertama walaupun harapan ke suku akhir saingan Piala Malaysia musim ini semakin pudar.

Malam ini, Perak akan berhadapan Sime Darby dalam saingan Kumpulan C di Stadium Perak, Ipoh.

Jurulatih Perak, Jang Jung meminta para pemainnya supaya tidak
terlalu memikirkan harapan Perak ke suku akhir sebaliknya memberi fokus
kepada perlawanan terakhir itu.

"Kita perlu menang pada perlawanan terakhir ini demi menjaga maruah pasukan," tegas Jang Jung di Ipoh semalam.

Beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai harapan Perak untuk
melangkah ke suku akhir, sebaliknya mahukan semua pemainnya tampil
dengan aksi terbaik.

Peluang Perak untuk ke saingan suku akhir umpama 'telur di hujung
tanduk' kerana perlu menumpaskan Sime Darby dengan jaringan yang besar
sambil mengharapkan Negeri Sembilan membelasah Felda United.

Jika Negeri Sembilan dan Felda United mengakhiri perlawanan terakhir
itu dengan keputusan seri, ia akan mengakibatkan Perak tersingkir
walaupun menang besar ke atas Sime Darby.

Setakat ini, Perak mengutip tiga mata selepas mengharungi lima perlawanan.

Negeri Sembilan selaku juara bertahan Piala Malaysia mendahului
Kumpulan C dengan sembilan mata diikuti Felda United di tangga kedua
dengan enam mata.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum