Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Awas amukan Tok Gajah di Kuala Terengganu

View previous topic View next topic Go down

Awas amukan Tok Gajah di Kuala Terengganu

Post by Park Deen on Fri Sep 14, 2012 5:13 am

Awas amukan Tok Gajah di Kuala Terengganu (Kosmo)



PAHANG yakin dapat menundukkan T-Team bagi mengukuhkan peluang mereka
untuk mara ke pusingan suku akhir saingan Piala Malaysia musim ini.

Pahang akan membuat perhitungan dengan T-Team di Kuala Terengganu malam ini.

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Che Nasir Salleh berkata, keyakinan
tersebut berdasarkan keadaan pemain yang kembali bersemangat untuk
melangkah ke saingan seterusnya.

Ujar beliau lagi, kemenangan di Kuala Terengganu adalah penting bagi
meletakkan skuad Tok Gajah di tangga teratas Kumpulan D dalam saingan
Piala Malaysia.

"Selepas kalah dalam perlawanan dengan Selangor baru-baru ini, semangat para pemain memang sedikit terjejas.

"Tetapi para pemain kembali bersemangat untuk meneruskan cabaran ke
peringkat seterusnya dan kita mahu tambah tiga mata lagi," katanya
ketika dihubungi semalam.

Dalam pertemuan pertama di Stadium Darul Makmur pada 22 Ogos lalu, Pahang mengalahkan T-Team dengan keputusan 3-2.

Tambah Che Nasir lagi, Pahang akan menurunkan kesebelasan pemain
utama terbaik bagi menggempur T-Team, sekali gus mencipta satu lagi
kemenangan terhadap pasu- kan lawan mereka itu.

Ketika ditanya sama ada Pahang mampu menang besar ke atas T-Team di
Kuala Te- rengganu malam ini, beliau berkata, paling utama ialah tidak
kalah.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum