Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

T-Team mahu pertahankan maruah

View previous topic View next topic Go down

T-Team mahu pertahankan maruah

Post by Park Deen on Fri Sep 14, 2012 5:11 am

T-Team mahu pertahankan maruah (Kosmo)





YUNUS mahu anak-anak buahnya
mempertahankan maruah pasukan T-Team pada aksi terakhir peringkat
kumpulan Piala Malaysia malam ini.




PASUKAN berstatus kelab, T-Team tidak akan memberi jalan mudah ketika
bertemu Pahang malam ini biarpun ia sudah tidak layak ke peringkat suku
akhir saingan Piala Malaysia musim ini, lapor MANIRAH OTHMAN.

Malah, pasukan yang mungkin tidak lagi wujud musim depan itu tetap
tidak akan mengaku kalah lebih awal, sebaliknya mahu menampilkan
persembahan terbaik tanpa mengulangi kesila- pan-kesilapan lampau.

Jurulatihnya, Yunus Alif memberitahu, rentak kemenangan perlu dicari
dan pemain dinasi- hatkan supaya tidak mengambil mudah perlawanan malam
ini bagi membolehkan mereka memungut tiga mata penuh.

"Sekurang-kurangnya kita mahu menang dalam perlawanan esok (malam ini) dan memungut tiga mata penuh di laman sendiri.

"Ini adalah maruah kita dan juga maruah pemain-pemain dan inilah
satu-satunya perlawa- nan bagi musim ini untuk mereka buktikan yang
mereka adalah antara pasukan yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium
Sultan Ismail Nasirud- din Shah kelmarin menjelang perlawanan terakhir
peringkat kumpulan D menentang Pahang malam ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya punca kegagalan sepanjang lima
perlawanan sebelum ini, Yunus mengakui kecacatan dalam pasu- kan menjadi
punca skuad bimb-i ngannya itu gagal menemui rentak kemenangan
sepanjang saingan Piala Malaysia musim ini.

Katanya, pada perlawanan pembukaan ketika menentang Pahang, skuad
bimbingannya itu berjaya menemui rentak perla- wanan, namun apabila
salah seorang pemain (Marco Tulio) dibuang padang menyebabkan T- Team
ketinggalan 2-3 setelah terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

"Pada perlawanan kedua ketika menentang Sarawak, kita berpe- luang
untuk memenangi perlawa- nan, namun beberapa cubaan menarik di depan
gawang gagal disudahkan dengan baik.

"Ketiga adalah faktor-faktor lain dimana kita dikenakan sepakan
penalti pada saat-saat akhir dan ini menambah tekanan kepada pemain
sehingga melunturkan semangat mereka untuk terus berjuang," katanya.

Justeru, beliau berharap para pemain T-Team dapat bangkit dan
membuktikan bahawa mereka ini mampu memberikan saingan biarpun menerima
pelbagai tekanan dan memenangi perlawanan terakhir saingan kumpulan D
ketika turun menentang Pahang di laman sendiri.

Ekoran prestasi yang kurang memberangsangkan musim ini, Menteri Besar
Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sedang menunggu laporan prestasi
pasukan itu dan ada kemungkinan pasukan tersebut dibubarkan, namun
keputusan itu masih pada peringkat perbincangan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum